SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, December 7, 2014

BOLA SEPAK AFF: MALAYSIA TEMPUH JALAN SUKAR DI VIETNAM (CHANGING THE SCRIPT AWAY)

Kekalahan 1-2 di laman sendiri memberi kelebihan kepada pasukan lawan pada saingan separuh akhir kedua Khamis nanti. Malaysia kini menanggung misi wajib menang sekurang-kurangnya 2-1 juga bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan. Kemenangan 1-0 hanya bermakna memberi laluan percuma kepada Vietnam melangkah ke penentuan juara kejohanan rantau Asia Tenggara itu.

Peraturan jaringan gol di tempat lawan dalam sistem perlawanan timbal balik juga bermaksud bahawa anak buah Dolah Salleh mesti memburu gol awal bagi memberi tekanan kepada Vietnam. Jika Malaysia mampu mengecewakan Singapura di Kallang tempoh hari, mengapa tidak di Hanoi? Selagi wisel penamat 90 minit permainan pusingan kedia tidak ditiup oleh pengadil, harapan seluruh peminat bola sepak tanah air tetap menyala.

Di Stadium Shah Alam sebentar tadi, skuad negara bermula dengan garang apabila Safiq Rahim mudah memperdayakan penjaga gol Vietnam menerusi sepakan penalti pada minit ke-14. Pengadil dari China, Ma Ning menghadiahi tendangan bola mati satu lawan satu itu apabila pemain pertahanan Vietnam tertampan bola dengan tangan di dalam kotak penalti dalam usaha mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Kegembiraan kem. Malaysia itu bagaimanapun hanya bertahan sekadar 16 minit apabila Voo Huy Toan bijak memanfaatkan tangkapan kurang kemas Apek yang muntah berhampiran dengannya.

Jika tindakan penjaga gol Singapura, Hassan Sunny menjadi viral dengan ungkapan "keeper kita mana?", giliran kita pula bertanya "Mahalli Jasuli mana?". Mahalli sering lambat berpatah balik ke kedudukan asal sebagai bentang utama setiap kali naik membantu serangan. Lebih baik Mahalli terus diberi peranan sebagai pemain tengah bagi mengkucar-kacirkan kubu lawan.

Apek juga didapati mengulangi skrip tangkapan kurang kemas ketika membuka jalan kepada gol penyamaan Singapura tempoh hari. Memang sukar bagi mana-mana penjaga gol mempertahankan gawang gol daripada dibolosi jika pemain pertahanan asyik lesap entah di mana. Kita berharap Khairul Fahmi berjaya mengatasi masalah berkenaan daripada berulang lagi.

Nguyen Van Quet bijak mengelirukan pertahanan Malaysia sebelum mengecewakan Apek yang cuba menutup ruang dengan mara ke hadapan sedikit. Jaringan gol minit ke-60 bagaikan sudah cukup untuk Vietnam melengah-lengahkan masa dan bertahan seperti meletak bas melintang di hadapan pintu gol mereka. Serangan bertali arus seeta tendangan sudut silih berganti Malaysia tidak mengubah apa-apa.

Perlawanan sedikit tercemar apabila tercetus pergaduhan antara penyokong kedua-dua belah pihak yang gagal mengawal perasaan. Perbuatan segelintir penyokong Harimau Malaya membaling botol air mineral telah mencederakan penyokong Vietnam. Peristiwa berlaku antara minit ke-85 hingga 90.


1 comment:

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.