SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, June 29, 2015

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TELEFON PINTAR (AAIN ONE GADGET)

...

.. .

...

...

...

...

...

...

ETIKA SEBARAN MAKLUMAT MENERUSI APLIKASI WHATSAPP (REAL TIME COPY AND PASTE)

Hanya dengan sentuhan singkat pada paparan telefon pintar, segala mesej bertulis, gambar, ilustrasi dan fail audio video boleh disalin dan disebarkan serta-merta kepada ahli kumpulan. Akan ada dalam kalangan ahli kumpulan yang menerima sebaran itu tanpa bertangguh pula mahu berkongsi dengan rakan kumpulan yang lain. Akhirnya, proses itu tidak ubah seperti penduaan bakteria yang berlaku dengan cepat sehingga susu menjadi masam secara tiba-tiba.

Perbuatan menyebarkan maklumat yang belum pasti sahih boleh mengundang skandal, kekalutan dan mungkin penganiayaan kepada pihak-pihak yang dirujuk dalam sebaran itu. Pemindahan maklumat secara elektronik dan maya itu jauh lebih pantas daripada sebaran maklumat dari mulut ke mulut. Namun, kesannya tetap sama, iaitu terdedah kepada natijah hukum hakam dan perundangan, khususnya jika pihak yang berasa dikhianati bertindak membuat aduan awam kepada pihak berkuasa.

...

...

...

...

...

...

Sunday, June 28, 2015

KELEBIHAN PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN (THE ULTIMATE REFERENCE OF VALUES)

...

...
pengajian tahfiz di Madrasah Manabi'ul Ulum
Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
sumber ambilan gambar: klik di sini

...

...

...

...

...

...

PERMINTAAN BURUH ASING SUKAR DISEKAT (THE IMBALANCE GLOBAL DISTRIBUTION OF WEALTH)

Pengumuman tentang langkah membawa sejumlah 1.5 juta orang warga Bangladesh ke negara ini mengundang pelbagai reaksi. Hanya apabila dijelaskan bahawa kumpulan besar itu hanya bagi mengganti dua juta orang Pati negara yang sama, banyak pihak menarik nafas lega. Namun, perancangan strategik guna tenaga tempatan perlu dibuat dengan segera supaya pergantungan kepada tenaga asing tidak seyogia menjadi alasan basi oleh majikan yang cenderung bersikap oportunis lagi licik.

...

imej ambilan akhbar Star, Ahad: 28.8.2015

...

...

...

...

...

...

Friday, June 26, 2015

BERPAKAIAN SOPAN DI PREMIS AWAM (PROMOTING ASSERTIVENESS IN SOCIETY)

Baru-baru ini timbul isu seorang wanita separuh umur keturunan Cina yang diminta memakai kain sarung yang disediakan sebelum berurusan di salah sebuah jabatan pengangkutan jalan. Selepas itu, seorang wanita lain juga dikenakan sekatan untuk berurusan di sebuah hospital kerajaan atas alasan yang sama. Kedua-dua wanita berkenaan didapati tidak akur terhadap kod etika yang ditetapkan di premis yang dikunjungi.

Ekoran itu, pelbagai pihak berkepentingan mula bersuara, sama ada menyokong mahupun membantah cara kes itu dikendalikan. Tan Sri Lee Lam Thye, aktivis sosial yang juga mempengerusikan pelbagai organisasi awam misalnya mahu orang ramai diberikan kebebasan mengenakan pakaian yang disukai tanpa sekatan yang ketat. Pihak lain pula menggesa supaya tiada tolak ansur diberikan terhadap sesiapa sahaja yang tidak peka terhadap sensitiviti majoriti masyarakat yang menolak amalan hedonisme dan bebas nilai.

...

...

...

...

...

...

Wednesday, June 24, 2015

Monday, June 22, 2015

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Sunday, June 21, 2015

MENCABAR TEORI PIRAMID MAKANAN (THE ACTUAL EATING NEEDS)

Apabila seorang doktor perubatan kenalan penulis blog (PB) memberitahu bahawa dia sudah tidak menyentuh nasi selama tiga bulan, sudah pasti ada sebab yang tertentu tentangnya. Doktor berkenaan memaklumkan bahawa dia tidak berseorangan, sebaliknya dilakukan bersama sekumpulan doktor di seluruh dunia yang mahu membuktikan bahawa piramid makanan yang biasa dipaparkan selama ini sebagai salah. Hal itu mendorong PB membuat carian maklumat lanjutan yang bersifat autentik.


sumber ambilan: klik di sini

...

...

...
sumber ambilan: ibid

...

...

...

Saturday, June 20, 2015

PEMUJA BAHASA INGGERIS MASIH BELUM BERPUTUS ASA (THE SHADOW OF COLONIAL MASTER)

Walaupun dasar memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI) telah diumumkan sebagai ganti dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) (klik di sini), masih terdapat suara-suara sumbang tidak puas hati. Golongan orang putih celup berkenaan membuat tuntutan lebih jauh mahukan sekolah aliran Inggeris dihidupkan semula. Tidak perlu rasanya mengulang lagi alasan basi dan klise mereka tentang hal itu.

Kini puak-puak pemuja bahasa Inggeris beroleh alasan baharu, iaitu pelaksanaan program IGCSE di sekolah antarabangsa dan MRSM terpilih. Mereka menuntut program eksklusif berkenaan turut dilaksanakan di semua sekolah harian. Cacing sudah naik ke mata!
keratan akhbar The Star, 19 Jun 2015, halaman 47

...

...

...

...

...

...

Friday, June 19, 2015

SEKTOR PELANCONGAN NEGARA BERHADAPAN CABARAN GETIR (SELLING GOOD IMAGE)

Pengalaman negara jiran, iaitu Indonesia yang hanya mampu menggamit ketibaan pelancong kurang daripada 10 juta orang setahun patut dipelajari. Industri parawisata di sana terjejas teruk ekoran beberapa peristiwa yang mengundang tanggapan tentang tahap keselamatan yang membimbangkan kumpulan pelancong mewah, terutama dari Australia dan negara Barat yang lain. Peristiwa Bali dan hotel Merriot Jakarta, selain bencana alam mengakibatkan mereka banyak bergantung kepada ketibaan pelancong dari Malaysia dan Singapura.

Memang benar bahawa mana-mana sektor ada pasang surut dan waktu puncak masing-masing, tidak terkecuali sektor pelancongan. Namun, berserah kepada keadaan tanpa sebarang usaha bukan suatu pilihan bijaksana. Walaupun penurunan ketibaan pelancong asing mungkin bersifat pembetulan sementara, langkah proaktif dan segera perlu diambil sebelum pelancong asing beralih angin ke destinasi lain yang menawarkan pengalaman perjalanan serta percutian yang tidak kurang hebatnya.


Kini, giliran sektor pelancongan di Malaysia pula yang teruji. Walaupun negara ini aman daripada ancaman pengganas, fenomena alam merupakan perkara di luar kawalan manusia. Maka, suatu kajian yang autentik wajib dijalankan segera bagi mengenal pasti punca kejatuhan jumlah ketibaan pelancong asing supaya cadangan yang dihasilkan kelak benar-benar menyumbang terhadap nyawa sektor pelancongan kita.

...

...

...

...

...

Wednesday, June 17, 2015

RAMADAN BULAN PENDIDIKAN KEMBALI MENJELMA (THE TESTING OF REAL INTEGRITY)

Puasa ertinya menahan diri daripada lapar dan dahaga, serta segala perkara yang membatalkannya (bacaan lanjut klik di sini, pilih tarikh 12.6.2015 dan 19.6.2015). Tanggal 1 Ramadan 1436 Hijriyyah ditetapkan pada 18 Jun 2015. Pengumuman tentangnya dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada malam hari Selasa yang lalu.

Tempoh berpuasa harian bermula kira-kira pukul 5.40 pagi (masuk waktu Subuh, manakala waktu imsak atau berjaga-jaga 10 minit lebih awal) hingga kira-kira 7.30 malam. Waktu solat ditentukan mengikut zon oleh pihak berkuasa pentadbiran Islam negeri-negeri dengan menggunakan kepakaran ahli falak (astronomi). Maka, umat Islam dikehendaki mematuhi waktu yang ditetapkan berdasarkan tempat mereka berada pada hari yang berkenaan.

...

...

...

...

...

...

Sunday, June 14, 2015

CONTOH CADANGAN KERTAS PROJEK IJAZAH SARJANA (THE WRITING OF PROPOSAL)

 Tajuk
“PERMUFAKATAN DALAM PERANCANGAN PROGRAM PERKEMBANGAN STAF DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK  DI  NEGERI PERAK”.


2        Pendahuluan
Di Malaysia, program perkembangan staf di kalangan guru biasanya diertikan sebagai kursus dalaman peringkat sekolah dan bersifat kursus dalam perkhidmatan. Program biasanya dikendalikan oleh penceramah jemputan atau kalangan guru yang menghadiri kursus anjuran pelbagai agensi Kementerian Pelajaran. Dengan mengambil kira bahawa sistem pendidikan negara yang berpusat (centralized), maka pelaksanaan program dipengaruhi oleh jumlah peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah.  Idea pengurusan program perkembangan staf berasaskan sekolah sebagaimana yang diamalkan di negara-negara maju yang direka bentuk sebagai proses pembangunan profesional yang berterusan, merangkumi program latihan praperkhidmatan, dalam perkhidmatan, pensiswazahan dan pengijazahan tinggi, kini mula mendapat perhatian ahli akademik dan perancang pendidikan. Satu daripada elemen penting program perkembangan staf berasaskan sekolah ialah permuafakatan dalam proses perancangannya.  Kajian ini akan meneliti amalan permuafakatan sedia ada, asas dan keberkesanannya, serta mengenal pasti perbezaan bentuk permuafakatan yang mungkin wujud antara  dua buah sekolah yang dikaji. Inferen kajian boleh menjadi input berguna untuk proses reka bentuk perancangan program perkembangan staf kalangan guru di Malaysia pada masa depan.

 3      Objektif Kajian
Pada akhir kajian diharapkan bahawa pengkaji akan dapat:

  1. Menentukan sejauh mana permufakatan dalam perancangan program perkembangan staf dilaksanakan di sekolah menengah teknik     
 b. Menilai asas permuafakatan dalam program perkembangan  staf  di  sekolah menengah teknik

  1. Menentukan keberkesanan permuafakatan sedia ada

  1. Mengenal pasti perbezaan bentuk permuafakatan sekolah menengah teknik akademik dengan sekolah menengah teknik kemahiran


4         Soalan Kajian


Pengkaji ingin mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan kajian berikut:

  1. Adakah guru-guru sekolah menengah teknik melaksanakan permuafakatan dalam perancangan  program perkembangan staf  di sekolah masing-masing?

  1. Apakah asas permuafakatan yang digunakan  dalam  merancang  program  perkembangan  staf  di sekolah menengah teknik yang dikaji?

  1. Sejauh manakah  keberkesanan permuafakatan dalam merancang program perkembangan staf di sekolah menengah teknik yang dikaji?

  1. Apakah perbezaan antara permuafakatan dalam merancang program perkembangan staf di sekolah mnengah teknik akademik dengan sekolah menengah teknik kemahiran?

5          Kaedah Kajian

Kajian  ini menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual. Dua sekolah yang bakal dilibatkan dalam kajian ialah:
a.   Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash, Ipoh;
b.   Sekolah Menengah Teknik Leboh Cator, Ipoh; dan

            Item soal selidik dan temu bual dibina berdasarkan instrumen yang diubah suai daripada Zulwali Kifli Merawi (disertasi Ph.D, University of Manchester, 1996).  Instrumen berkenaan sesuai untuk meneliti amalan perancangan program perkembangan staf berasaskan sekolah di sekolah yang dikaji.  Soal selidik akan ditadbirkan secara berkelompok di kalangan guru dengan kehadiran pengkaji bagi memastikan kadar pengembalian set soal selidik yang tinggi dengan jawapan lengkap.  Temu bual akan ditadbirkan kepada kedua-dua pengetua sekolah terbabit, serta terhadap beberapa orang guru di setiap sekolah menengah teknik yang dikaji.  


6          Analisis Data

            Semua item soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan data kekerapan dan peratusan bagi menggambarkan amalan, asas permuafakatan dan keberkesanannya dalam proses perancangan program perkembangan staf berkenaan.  Data temu bual akan ditranskripsikan bagi  menyokong data kuantitatif yang diperoleh.

7        Skop / Batasan Kajian

Kajian akan hanya membabitkan dua buah sekolah menengah teknik di negeri Perak yang dipilih.  Akses dokumen yang berkaitan akan dibuat berdasarkan kerjasama pentadbir sekolah yang dikaji.  Sebarang kekurangan yang wujud akan cuba ditampung menerusi pemerhatian pengkaji sendiri dengan menghadiri  beberapa program perkembangan staf yang dilaksanakan di sekolah yang dikaji.  
 

8        Kepentingan Kajian

Kajian ini penting memandangkan bahawa program perkembangan staf kalangan guru peringkat sekolah di Malaysia boleh dikatakan bersifat top – down, ad-hoc dan tidak berterusan. Belum ada suatu sistem pemantauan perkembangan profesional guru peringkat sekolah diguna pakai untuk memastikan guru yang diiktiraf menerusi program latihan praperkhidmatan akan sentiasa memperoleh input terkini kerjaya perguruan jika dibandingkan dengan  bidang profesional lain seperti akauntan, doktor, jurutera dan peguam. Pengetua juga tidak mendapat pendedahan dan latihan yang mencukupi bagi merancang program perkembangan staf berasaskan sekolah supaya diterima dengan baik dan benar-benar menyumbang kepada keberkesanan sekolah dan penghasilan pembelajaran murid yang menjadi sebab kewujudan institusi sekolah itu sendiri.   Elemen permuafakatan dalam proses perancangan program masih perlu diperkukuh.

Saturday, June 13, 2015

Thursday, June 11, 2015

Wednesday, June 10, 2015

Tuesday, June 9, 2015

Monday, June 8, 2015

Sunday, June 7, 2015

HAKIKAT KEHIDUPAN DI DUNIA (WISDOM AND VIRTUE TOGETHER)

Boleh dikatakan hampir semua orang Islam biasa membaca doa 'rabbana atina ...' yang memohon kesejahteraan hidup di dunia, kesejahteraan hidup di akhirat, serta dijauhi daripada azab neraka. 

Satu lagi doa yang masyhur ialah tentang kesudahan yang baik (khusnil khatimah) dan terhindar daripada kesudahan yang buruk (su'-ul khatimah). Sering juga ungkapan hukamak betapa dunia sebagai ladang akhirat diulang sebut. Maka, perspektif al-Quran tentang kehidupan dunia merupakan rujukan muktamad dan tertinggi.


maksudnya:


Ayat dari surah al-Hadid:20 di atas menjadi penanda aras konsep kehidupan dunia yang hakiki. Sudah pasti kehidupan dunia tetap penting justeru insan menjalani kehidupan di sini sebagai persediaan hidup yang abadi di akhirat kelak. Namun, urusan kehidupan hendaklah sentiasa berlandaskan perintah Allah dan Rasul-Nya.

Atas sebab apabila disebut Allahu Akbar (Allah Maha Besar), secara automatik urusan yang lain menjadi kecil belaka, sama ada amalan ibadah khusus mahapun ibadah umum. Sesuatu amalan baik itu hanya berstatus ibadah jika diniatkan kerana Allah, di samping mematuhi syarat lain yang ditetapkan.  Insan yang melafazkan dua kalimah syahadah telah menafikan segala pengabdian yang lain, sebaliknya secara tuntas menjuruskan amal ibadah terhadap Yang Maha Esa.

...

...

...

...

Saturday, June 6, 2015

Friday, June 5, 2015

HUTANG ISI RUMAH MENYUMBANG TERHADAP INFLASI DI MALAYSIA? (THE INCREASING TREND OF SPENDING)

Inflasi ialah peningkatan harga umum secara berterusan dan tidak terbatas dalam jangka panjang. Kadar inflasi diukur berdasarkan indeks harga pengguna dengan sejumlah komponen barang dan perkhidmatan yang membentuk wajaran yang ditetapkan pada harga tahun asas. Tiga kategori inflasi yang biasa dibincangkan ialah inflasi tarikan permintaan, inflasi tolakan kos dan inflasi diimport.

Perbelanjaan isi rumah berkait rapat dengan inflasi tarikan permintaan apabila tekanan perbelanjaan agregat terlalu tinggi (melebihi penawaran agregat). Orang ramai mungkin memiliki sejumlah kecairan (wang tunai) yang banyak di dalam tangan. Selain itu, kemudahan pinjaman begitu longgar akibat nisbah rizab bank perdagangan yang tinggi, sementelah tempoh bayaran balik yang panjang.
Paparan grafik di atas menunjukkan betapa paras hutang isi rumah di negara kita sangat kritikal. Arah aliran meningkat apabila dinisbahkan dengan keluaran dalam negara kasar membuktikan hakikat berkenaan. Pendapatan yang dibawa balik ke rumah pada setiap hujung bulan hanya tinggal 'serdak' kerana hampir habis dipotong menerusi slip gaji, selain dibayar sendiri di mesin deposit tunai.

Ketua isi rumah era digital kini tidak pernah melihat, apatah lagi menggenggam semua wang tunai pendapatan penuh mereka. Hanya catatan angka dalam slip gaji yang mampu menjadi tatapan. Sepertinya mereka bertungkus-lumus mencari rezeki untuk diagih-agihkan kepada pelbagai pihak, kecuali dirinya sendiri.

Ketua isi rumah berpendapatan sederhana tidak menikmati pelepasan cukai dan pengecualian bayaran sebagaimana golongan berpendatan relatif lebih rendah, iaitu RM5,000 sebulan dan ke bawah. Mereka perlu membayar jumlah penuh perbelanjaan persekolahan anak, termasuk derma PIBG. Pinjaman pengajian tinggi juga sukar melepasi pembiayaan 100 peratus.

Pendapatan boleh guna mereka juga mengecil apabila mengalami potongan cukai berjadual yang menghampiri 10 peratus gaji pokok bulanan. Kenaikan gaji tahunan lebih bersifat elaun inflasi, dengan sebahagiannya harus diperuntukkan terhadap bayaran cukai pendapatan mencecah 24 peratus bagi kumpulan baki pendapatan bercukai yang tertentu.

Isi rumah juga menanggung beban cukai tidak langsung yang besar daripada pembelian barang dan perkhidmatan, cukai jalan, cukai pintu, cukai tanah dan terkini GST. Pergerakan persatuan pengguna dan koperasi yang lemah mengakibatkan kebajikan pengguna bagi menikmati kos sara hidup yang munasabah tidak tercapai. Pengguna di Malaysia yang tidak bersatu menjadi punca utama mereka terdedah kepada eksploitasi dan kezaliman.

Sikap pengguna yang berbelanja boros tanpa mengukur baju di badan sendiri hanya memburukkan keadaan. Golongan muda yang belum cukup matang terlalu menurut kata hati untuk melanggar siling had kredit yang ditawarkan oleh pihak bank. Pada akhirnya, segala macam bayaran yang dibuat itu mendorong pihak pemodal dan peniaga mengambil kesempatan melonjakkan keuntungan, lalu mencetuskan inflasi ...

Wednesday, June 3, 2015

JALUR KERAS DALAM ORGANISASI (TENSION IN LEADERSHIP STYLE)

Bukan mudah untuk mengemudi atau menakhoda sesebuah kumpulan manusia yang sudah pasti memiliki latar belakang tersendiri. Pemimpin yang bijak menggembleng persamaan dan perbezaan dalam kalangan pengikut dapat bertahan lebih lama. Maksudnya, pemimpin seperti itu beroleh sokongan bagi membawa kebaikan dalam organisasi menerusi semangat kerjasama, setia kawan dan kepatuhan.

Kepimpinan ialah proses mempengaruhi orang lain ke arah pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Namun, tidak semua pemimpin organisasi secara automatik memiliki daya kepimpinan yang unggul. Terdapat pemimpin yang mengambil kesempatan daripada kedudukan yang disandang untuk memenuhi agenda peribadi, kelompok penyokong tertentu atau mengikut telunjuk pihak di luar organisasi.

Jalur keras merujuk terhadap sikap ekstrem, keterlaluan, melampau, melulu dan taasub dalam pendirian, perspektif dan pendirian. Pihak yang berbeza pendapat akan dilabel sebagai pengacau, penghalang dan penghancur organisasi yang mesti dipinggirkan. Sikap tolak ansur atau kompromi dianggap sebagai kelemahan dan tunduk kepada acuan yang menggoncang keutuhan organisasi.

simplistik
Jalur keras hanya bersandar terhadap sifir organisasi yang jumud dan tertutup. Watak diktator, feudal dan kuku besi terserlah dalam saf kepimpinan organisasi. Konsep kepatuhan tuntas (walak) disumbat dalam monda pengikut supaya semuanya pak turut yang mudah dikendalikan.

menirus
Jalur keras berasa selamat dengan persekitaran seragam tanpa diganggu gugat.

eksklusif

menindas

bernada angkuh

...

Tuesday, June 2, 2015

Monday, June 1, 2015

DILEMA KERJAYA JURUTERA (THE RISK OF HIGHER POST)

Bidang yang sinonim dengan inovasi dan kecanggihan teknologi ini dianggap sebagai nadi kemajuan fizikal serta reka bentuk kemudahan moden yang sentiasa ditambah baik. Maka, segala aplikasi prinsip yang diterokai sekian lama telah menjamin bahawa tidak berlaku fenomena keusangan dalam disiplin ilmu yang kritikal ini. Pendek kata, sumbangan para jurutera terhadap kesejahteraan hidup insan memang sangat besar.

Jurutera tidak sekadar mendalami kemahiran teknikal aras tinggi, malah memastikan amalan pengurusan terbaik dalam kerjaya mereka. Sebahagian asas ilmu pengurusan berpunca daripada pengamatan tokoh kejuruteraan seperti Frederick Taylor dan Henry Fayol. Oleh itu, tidaklah menghairankan bahawa kemuncak kerjaya seseorang jurutera ialah peringkat pengurusan organisasi.
sumber: kiriman whatsapp

Negara Jerman dan Peranchis adalah contoh negara maju berteraskan kejuruteraan. Masing-masing terkenal dengan industri automatif dan pembinaan prasarana mega. Begitu juga dengan Jepun dan Korea Selatan yang juga semakin ke garis paling hadapan dalam bidang itu. Malaysia juga tidak mahu tercicir apabila lebih banyak institusi pengajian dan latihan kejuruteraan telah dibuka. 

Mata pelajaran seperti Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Kemahiran Hidup dan celik komputer diperkasakan bagi menyemai kecenderungan murid ke arah pengajian kejuruteraan. Sekolah teknik, kolej vokasional, kolej komuniti dan politeknik merintis laluan separa teknikal kejuruteraan sebelum menjurus kepada pengajian di peringkat ijazah asas, lanjutan dan kelayakan ikhtisas kejuteraan. Pelajar kejuruteraan juga diterapkan dengan input keusahawanan supaya stigma sebagai pekerja biasa dapat diangkat ke tahap majikan yang berdaya saing.

Hakikat bahawa pelajar bidang kejuruteraan dan ibu bapa mereka berasa khuatir tentang penawaran berlebihan calon jurutera pada masa hadapan bukanlah perkara baharu. Walaupun perancangan guna tenaga secara makro telah diunjurkan dengan teliti, tiada sesiapa jua pun yang berupaya menjangka dengan tepat persekitaran ekonomi yang sentiasa berubah. Bidang kejuruteraan tidaklah terkecuali daripada menerima tempias pengaruh kegiatan ekonomi yang bersifat demikian.

Namun, fenomena pengangguran siswazah, termasuk pemilik sarjana muda kejuruteraan yang telah bertungkus-lumus sejak di bangku sekolah lagi bukanlah jalan mati. Negara China, India dan Filipina kini mengecapi kemakmuran hasil sentuhan daya pengeluaran modal insan siswazah setelah melepasi fasa pengangguran skala besar. Maka, Malaysia boleh meminjam pengalaman mereka, tetapi dengan proses perancangan guna tenaga yang lebih cekap.

Era jurutera sebagai kerjaya glamor sudah belalu. Sebaliknya, setiap jurutera hendaklah sanggup membiasakan diri terhadap konsep pembelajaran sepanjang hayat dengan sentiasa bersedia menekuni jurnal penyelidikan kejuruteraan yang terkini sama ada berbentuk cetakan atau capaian atas talian. Jika tidak, pergantungan terhadap nasib baik dan pihak lain bakal berterusan.

Kepada pemohon pengajian kejuruteraan, sama ada di peringkat sijil, diploma dan ijazah, persiapan mental seperti yang tersebut hendaklah sentiasa tersemat dalam benak fikiran. Bidang kejuruteraan akan sentiasa kekal istimewa dan relevan selagi mana calon jurutera memiliki wawasan dalam menempuh cabaran pengajian serta kerjaya masa hadapan. Masyarakat tidak akan pernah berhenti memerlukan perkhidmatan kejuruteraan ...