Thursday, December 31, 2020

SAYONARA 2020, SELAMAT DATANG 2021

 

Angka yang cantik. Dikaitkan dengan wawasan banyak negara di seluruh dunia. Namun, dua bulan sebelum itu, iaitu November 2019 muncul novel corona virus. 

Sekelip mata, keadaan berubah. 2020 diselubungi pandemik. S O P, normal baharu dan penjarakan menjadi sebutan. 

Sekarang 11.58. menghitung detik berlalu 2020. Muncul 2021

Sudah pukul 12.00. Kedengaran letupan mercun. Ahlan wa sahlan 2021.

Perjalanan masa ialah kehidupan. Bersyukur ke Hadrat Ilahi atas kesempatan ini. Bukan semua yang sempat melaluinya.

Mari kita memperbaharui azam atau tekad. Tahun 2021 insya-Allah bakal lebih baik. amin ...




 



Saturday, November 28, 2020

CONTOH PEMBACAAN BUKU SPLKPM 2020 (TO FULFILL PROFESSIONAL DEVELOPMENT REQUIREMENT)

Sinopsis buku: The Art of Thinking Clearly (terjemahan Nicky Griffin)

Judul asal:  Kunst des klaren Denkens

Bilangan muka surat:  358

Penerbit: HarperCollins Publishers, New York

Penulis: Rolf Dobelli

 


Ramai yang terperangkap dengan kecelaruan kognitif dan khilaf. Segalanya berpunca daripadacara berfikir yang dipengaruhi falasi. Kurang cermat dalam taakulan menjurus terhadap amalan dan keputusan yang merugikan. Perbincangan dibahagikan kepada 99 bab yang banyak menggunakan metafora yang mudah tetapi sarat intelektualisme. Bagi penulis, berfikir ialah fenomena biologi. Kebanyakan manusia tidak menggunakan potensi otak untuk mencari kebenaran, sebaliknya lebih kepada mempengaruhi. Seterusnya, mereka memiliki akses terhadap kuasa dan sumber. Penulis memilih intuisi berbanding dengan proses berfikir yang melesukan. Proses itu disebut sebagai pusingan kompetensi. Analogi ahli muzik membiarkan intuisi lebih berkuasa memungkinkan jari-jemari mereka seolah-olah memainkan instrumen secara automatik. Penulis mencabar pembaca untuk berani mengatakan tidak terhadap amalan yang merugikan. Beliau menyarankan agar kesilapan-kesilapan mudah dalam cara berfikir seharian dikenal pasti dan seterusnya dijauhi. Penulis mengkonsepsikan setiap maksim yang berlegar dalam pemikiran popular sebagai kecenderungan berat sebelah, dusta dan ilusi. Dengan mengenal pasti punca kesilapan berfikir, seseorang itu berupaya menikmati pilihan terbaik, lebih gembira dan mengetepikan unsur tidak rasional dalam kehidupan peribadi dan organisasi.


Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Anjakan paradigma dan transformasi cara berfikir yang dibimbing oleh kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial. Kita hendaklah sentiasa melakukan penambahbaikan cara berfikir supaya mencapai tahap kesejahteraan diri yang optimum.


Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Lebih fleksibel dalam komunikasi dengan rakan sejawatan dan superior. Di samping itu, menghormati gaya berfikir subordinat, iaitu murid. Sentiasa bersedia dengan penambahbaikan dalam proses melaksanakan keputusan dengan mengambil kira persekitaran dan sumber yang sedia ada. Juga meneroka kemungkinan baharu bagi meningkatkan hasil dan mutu kerja.


Sunday, August 2, 2020

ANALISIS KERTAS STPM SEMESTER 2 MAKROEKONOMI 2015 - 2019 (PAST YEARS AND HOT TOPICS)

ANALISIS KERTAS STPM

2019
S
B
Tugasan S2

S
B
Tugasan U2
21
1
Aliran pusingan Y 3 sektor

21
1
Alat dasar (NRB, cukai) atasi inflasi
22
2
Masalah hitung Y: b.haram, SN, 2 X

22
2
Sebab p’kembangan ekonomi taraf hidup
23
3
(AD-AS) >ⁿ AD, >ⁿ AS  à  P, Y

23
3
(AE-Y)  Keseimbangan 3 sektor
24
4
(dengan contoh)  4 fungsi wang

24
4
Ms kawal inflasi: teori kuantiti, Keynes
25
4
(AE-Y)  kesan -Ms  à  Y

25
4
(gr pasaran wang) kesan Y à r  (Keynes)
26
5
4 faktor   kpa

26
5
(gr RM/USD) kesan +∆M b. m’sia à kpa RM

2018
S
B
Tugasan S2

S
B
Tugasan U2
21
1
Inflasi: takrif, 3 sebab ditangani

21
1
4 alasan inflasi (naik harga umum) diatasi
22
2
(rumus petunjuk) Ypk, sektoral, k.ptumbuhan

22
2
4 aktiviti tak dipasarà t’kurang anggar
23
3
(AE-Y) cara keluk AD diterbitkan

23
3
LD: takrif, (J-W) kesan X à LD
24
4
Alat DK: OPT, kawalan kredit t’pilih à M

24
4
Had ciptaan kredit (bocoran tunai, cagaran, opr)
25
4
(gr) hubungan r - MDt

25
4
(AE-Y 3 sektor) kesan DK menguncup à Ye
26
5
Dasar baiki deficit BoP; tarif, subsidi X

26
5
(RM/USD) kesan rakyat M’sia melancong ke USA

2017
S
B
Tugasan S2

S
B
Tugasan U2
21
1
Kemelesetan: takrif, DF, DK atasi

21
1
Kesan pertumbuhan -ve à  Ue, inflasi
22
2
Alasan hitung Y

22
2
Hitungan Y (t,>, t’<): suri rumah, barter, seludup
23
3
C autonomi: takrif, kesan a à dua sektor

23
2
Contoh  b’angka NT; kiraan 2X, sumbangan sektor
24
4
4 fungsi BPs

24
3
(AE-Y) kesan T à keseimbangan Y
25
4
(AD-AS) OPT < inflasi

25
4
Fungsi wang (atasi kelemahan barter)
26
5
Devaluasi: takrif, kesan X, M, BoT ß RM/USD

26
5
(RM/$S) proses E apabila lebihan $S

2016
S
B
Tugasan S2

S
B
Tugasan U2
21
1
(gr kitar niaga) hurai meleset, kembang, stabil

21
1
4 alasan Ue ditangani
22
2
4 kelemahan Ypk à taraf hidup antara negara

22
2
4 kelemahan Ypk à taraf hidup antara masa
23
3
(J-W) kesan +X > +M à Y

23
3
(AD-AS) RM : kesan P input M à  P, Y
24
4
Ciptaan kredit: kes cek RM1000 sebuah bank

24
4
(AE-Y) M à Y  m’ ikut Keynes
25
4
OPT: kesan jual bon à r   (teori Keynes)

25
4
4 alat DK atasi inflasi
26
5
4 sebab DD RM rakyat Singapura

26
5
4 fakktor m’pengaruhi SS RM

2015
S
B
Tugasan S2

S
B
Tugasan U2
21
1
5 alasan pertumbuhan tinggi

21
1
PFbLN -ve: FDI, buruh asing, milik hartanah asing
22
2
Konsep, hubungan: KDNK, KNK; KNKhp, KNKhp

22
2
4 masalah hitung Y tak tepat
23
3
(AD-AS) kesan P minyak mentah à P, Y

23
3
(J-W) Y à  -G
24
4
(gr) kesan +C à  r  (Keynes)

24
4
Nilai wang: maksud, 4 kesan ~ fungsi wang
25
4
(AE-Y) OPR kawal inflasi

25
4
(AD-AS) NRB atasi kemelesetan
26
5
4 sebab sekatan PAB

26
5
Defisit IAS diatasi: M, devaluasi


© azhar bin mohd rodzi, SmEkon UKM, Dip.Ed UIAM, M.Ed Distinction U Malaya