Kedah, Kelantan dan Terengganu mula buka pejabat hari ini, Ahad. Pemandangan ibu bapa menghantar anak ke sekolah satu perkara biasa seperti sedia kala. Sebahagian orang dewasa pula sudah separuh jalan menunaikan ibadah sunat puasa enam.
Memandangkan masih awal bulan, isi rumah harus berjimat cermat dalam perbelanjaan andai sebahagian besar pendapatan habis semasa musim perayaan. Masak campak-campak pun sedap terutama apabila dihidangkan panas-panas. Kreativiti resepi telur ayam dengan khasiat lengkap misalnya gaya hotel pasti berbaloi memandangkan harga telur kini di paras paling rendah.
Peniaga makanan juga harus menggembirakan pelanggan dengan potongan harga meski minimum sahaja bagi menggamit kedatangan mereka. Dalam menghadapi cabaran ekonomi dunia yang berhadapan ancaman buli tarif trump, penggunaan swasta domestik boleh membantu ekonomi bertahan. Selamat kembali ke pejabat dan ke sekolah, serta selamat istirahat kepada yang masih bercuti, atau pesara ...