Pada suatu tengah malam, Rohani, 23 tahun, yang baru balik daripada kegiatan rempit telah dihalau oleh ibu angkatnya. Alasannya, Ani enggan berkahwin dengan Tuan Munir, seorang ah long. Ani mahu dijadikan tebusan. Namun, disebabkan Ani tiada arah tujuan, akhirnya dia mengalah. Malangnya, status isteri hanyalah luaran. Hakikatnya Ani didagangkan.
Pada suatu hari, seorang lelaki yang sangat Ani kenali telah datang. Dia mahu menyelamatkan Ani. Setelah keluar daripada kurungan suami, Ani mendapatkan Rusdi, kekasih lama yang menyelamatkannya itu. Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Kali ini Ani terpaksa menjadi pengedar dadah di bawah arahan Rusdi. Suatu hari Ani diberkas polis, lalu dibicarakan di mahkamah. Ani dijatuhi hukuman mandatori gantung sampai mati atas kesalahan memiliki dan mengedar dadah melebihi 100 gram.
Selama tiga tahun mendekam di penjara sementara menyelesaikan proses rayuan, Ani mendekatkan diri dengan Ilahi. Ani insaf, dan menyesali segala perbuatan silamnya. Selain itu, Ani ingin sekali menemui ibu kandungnya. Gambar berusia sesuku abad sukar dijadikan sandaran. Ibunya bekas GRO, seangkatan dengan ibu angkatnya. Ibunya menghilangkan diri tanpa muncul-muncul lagi.
Segala suka duka dan pengalaman hidup Ani ditulis dalam nota dan diletak kemas dalam sebuah kotak kecil untuk diserahkan kepada Seri Mawar, seorang pengarang majalah yang terkenal. Ani mahu kisah hidupnya dikongsi oleh masyarakat untuk dijadikan iktibar dan sempadan.
Tiba saat hendak digantung, hanya dua permintaan terakhir Ani. Pertama, mahu kisah hidupnya dikongsi untuk menjadi iktibar. Kedua, mahu mati dalam keadaan bertelekung, tanda taubat nasuha.
Kisah Ani di atas ialah nukilan A. Wahid Nasir, dari TTDI, Kuala Lumpur, disiarkan menerusi slot Panggung Drama, saluran Klasik Nasional RTM, pukul 12.30 tengah hari pada hari Ahad, 28 Jun 2009. Drama setengah jam itu dijayakan oleh dramatis Dato' Jalaluddin Hassan, Normah Damanhuri, Amyza Adnan dan Azhan. Muzik latar bersesuaian dengan penceritaan, manakala kata bual drama boleh dikatakan menyentuh perasaan pendengar.
Tidak dapat dipastikan jumlah pendengar drama radio era DVD, televisyen kabel dan you tube ini. Pada era 1980-an dahulu drama radio paling ditunggu seisi rumah. Satu lagi siaran radio yang mencatat jumlah pendengar tertinggi ialah "Bangsawan di Udara".
Tidak dapat juga dipastikan sama ada remaja kini mengambil peduli tentang drama radio atau tidak. Mungkin kalau drama sebabak Aznil dan Din Beramboi, Era FM lebih menangkap imaginasi mereka. Atau mereka lebih senang dengan celoteh FBI dan Fafau di Hot FM.
Bagi peminat drama tegar, mereka tidak kisah. Namun, bagi penganalisis drama, skrip yang berorientasi dera sosial (social torture) sangat mendukacitakan. Berapa lama masyarakat hendak disogokkan dengan ceritera lara yang tidak berpenghujung? Mana skrip yang menjurus kepada motivasi dan inspirasi buat titipan generasi muda?
Walaupun zaman berubah, peminat drama masih banyak. Khalayak pendengar drama radio dahagakan karya-karya yang lebih matang, dan terselit mesej yang disampaikan secara bersahaja, santai dan tidak membebankan minda. Slot drama masih dijadikan wahana hiburan ringan oleh masyarakat, sepertimana penglipur lara dan wayang kulit pada zaman dahulu kala.
Bagi memastikan generasi muda, khususnya murid sekolah akan terus menghargai genre drama, maka buku teks komsas memasukkan beberapa skrip drama yang ditulis oleh sasterawan ternama negara. Bahkan, judul drama "Kerusi" diangkat sebagai judul buku teks komponen sastera (komsas) tingkatan lima. Namun, murid tingkatan empat sudah mulai menggunakan teks antologi komsas yang baharu.
Sunday, June 28, 2009
Saturday, June 27, 2009
SMI KETIGA HOKI PREMIER (MICHAELIANS NO. 3 IN PREMIER SCHOOL'S HOCKEY)
Bota Kanan, Parit
Sabtu, 27 Jun 2009 (4 Rejab 1429)
Skuad hoki SMI akhirnya mencatat sejarah baru apabila berjaya merebut tempat ketiga dalam pertandingan hoki sekolah premier zon Perak 2009, satu pencapaian tertinggi sejak penyertaannya dalam temasya berkenaan. Dalam perlawanan yang berlangsung di padang rumput SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub (SMDARY), SMI menjinakkan SMK Sultan Iskandar Shah, Parit (tuan rumah bersama temasya sukan sekolah premier zon Perak, selain Main Convent, Ipoh) dengan kemenangan selesa 3 - 1. Perlawanan bermula pukul 8.30 pagi.
Kedua-dua pasukan pada mulanya mengamalkan permainan berhati-hati sambil menguji kekuatan dan kelemahan lawan. Pada minit ke-19, Raj menghadirkan keceriaan buat SMI apabila menyempurnakan tolakan penalti sudut ke gawang lawan. Namun, belum pun rasa puas yang tergambar di wajah pemain SMI hilang, pasukan lawan berjaya menembusi pertahanan SMI yang agak terleka dengan satu gol padang. Setelah itu, permainan agak seimbang.
Sebaik separuh masa kedua dimulakan, kedua-dua pasukan saling berbalas-balas serangan. Pujian harus diberi kepada Jeetenraj, penjaga gawang SMI yang banyak kali menafikan ancaman penyerang SMK Iskandar Shah dengan tampanan yang tepat dan keberanian mengeluarkan bola daripada kawasan D. SMI kembali di hadapan dengan satu gerakan cantik dan disudahkan dengan satu tolakan kencang Charles Santiagao. SMI membenam sisa-sisa harapan lawan dengan gol ketiga pada minit ke-22 dengan cara yang hampir sama, kali ini giliran S. Singh.
Penyampaian pingat dan sijil berlangsung di Stadium Mini, Parit, iaitu 20 kilometer daripada tempat perlawanan hoki. Majlis disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit, dan wakil Pengarah JPN (Ketua Sektor Kemanusiaan, Haji Idris Ramli). Pengetua SMi juga kelihatan. Kemudian, pegawai dan pemain diraikan dalam satu jamuan makan tengah hari sambil diiringi persembahan gamelan SMK Convent, Ipoh.
Keputusan lain:
Hoki akhir: Anderson (juara kebangsaan 2008) mengalahkan Clifford 2-0;
Bola sepak akhir: Clifford kalahkan Anderson (juara kebangsaan 2008) 2-1;
Bolak sepak tempat 3-4: SYS Batu Gajah kalahkan King Edward, Taiping 3-1;
Bola jaring akhir: Ave Maria (juara kebangsaan 2008) kalahkan RPS, Ipoh 38-33;
Bola jaring tempat 3-4: SMK St Bernedette Convent, Batu Gajah kalahkan Convent Taiping 23-9.
Pada tahun ini ragbi dan hoki perempuan direhatkan.
Edisi 2010 akan merehatkan hoki lelaki, dan satu lagi permainan yang bakal diputuskan kemudian.
Johan setiap acara akan mewakili zon Perak ke peringkat kebangsaan.
Perak ialah juara keseluruhan kebangsaan sekolah-sekolah sejak beberapa tahun.
WACANA BAHASA DI CONVENT (LANGUAGE TALK AT MAIN CONVENT, IPOH)
nota: tarikh foto ialah 26.6.2009, bukan 1.1.2007;
note: the actual date of photos are 26th June 2009, not 1.1.2007
Jumaat, 26 Jun 2009 (3 Rejab 1430)
Penulis blog telah diberi penghormatan mengisi majlis dengan perbincangan beberapa aspek bahasa yang berkaitan dengan pelajar menengah atas. Kira-kira 300 orang pelajar dan sejumlah guru telah SMK Convent, Ipoh hadir. Perbincangan berlangsung lebih dua jam bermula pukul 10 pagi bertempat di Dewan Besar sekolah.
Antara perkara yang dibincangkan ialah perbezaan antara isi tersurat dengan isi tersirat berdasarkan sesuatu petikan. Cara menulis pendahuluan dan penutup sesuatu penulisan juga turut dibincangkan. Majlis menjadi hangat apabila proses mengenal pasti kata tugas dalam sesuatu pernyataan atau tugasan soalan dibangkitkan. Pelajar mengakui bahawa penentuan kata kunci didapati perlu lebih teliti supaya tidak tersalah jawab. Terdapat pelajar mencadangkan supaya pelajar mencuba beberapa kata kunci untuk dijadikan kata tugas soalan sebagai jalan selamat.
Isu tatabahasa seperti ejaan tercantum dan ejaan terpisah juga mendapat perhatian. Sebagai contoh< perkataan sekali gus yang dieja secara tercantum dalam Kamus Dewan Edisi i dan Edisi II. Begitu juga ejaan martabak yang dipengaruhi ejaan di pasar malam, iaitu "murtabak". Kisah peribahasa "melepaskan batok di tangga" yang diselewengkan menjadi "melepaskan batuk di tangga" juga disentuh.
Kajian novel Julia dan Perlumbaan Kedua sebagai teks komsas, di samping Anak Laut dan Kerusi dibincangkan secara holistik. Pelajar dapat membezakan cara menulis elemen-elemen komsas yang berlainan. Tidak ketinggalan juga saranan tentang kaedah menulis idea berasaskan KBKK diperhalusi.
Convent sudah pun menyambut perayaan 100 tahun pada 2007. Maknanya, Convent lebih senior daripada SMK ST Michael, Ipoh (SMI). Namun demikian, pelajar Convent yang memilih pengajian prauniversiti (tingkatan 6) akan mendaftar di SMI. Hubungan di peringkat itu sudah lama.
Thursday, June 25, 2009
HOKI SEKOLAH PREMIER: SMI KE PENENTUAN TEMPAT KETIGA (PREMIER SCHOOL’S HOCKEY: MICHAELIANS TO SETTLE 3RD PLACING)
Pertandingan akhir sekolah premier negeri Perak merupakan ulangan pertemuan dua finalis tahun lalu, Anderson dan Clifford, Kuala Kangsar. Kedua-dua pasukan projek hoki negeri itu menepati ramalan awal apabila membenam kesemua cabaran lawan dengan mudah. Anderson ialah juara bertahan dengan kemenangan bergaya 6 - 0 ke atas Clifford untuk edisi 2008. Anderson juga ialah naib juara hoki MSSM selaku wakil Perak apabila tewas tipis di tangan SSBJ (Bukit Jalil) yang mewakili Selangor.
Bertemu dengan Anderson sudah dikira suatu penghormatan. Walaupun tubuh pemain Anderson bersaiz lebih kecil kerana kebanyakan pemain yang diturunkan masih di peringkat menengah rendah, namun pemain yang dikumpul dari segenap ceruk negeri Perak ternyata perkasa di padang hoki. Michaelian cuba memberi saingan, namun kemahiran taktikal dan hantaran jauh Anderson berada di kelas yang tersendiri. Maka, SMI akan bertarung dengan tuan rumah temasya sekolah premier edisi 2009,SMK Idris Shah, Parit untuk merebut tempat ketiga Sabtu ini, pukul 8.30 pagi di padang hoki SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota.
Walaupun dihadiahi sedozen jaringan, namun jumlah itu masih kecil dibandingkan dengan nasib yang diterima oleh pasukan lain sebelum ini. SMI akan terus mencongak peluang untuk meningkat lebih maju pada kejohanan lain yang bakal disertai. Kita mampu mara lebih jauh dengan syarat kita sanggup berusaha lebih keras, lebih bijak dan lebih berdisiplin. Sukan berprestasi tinggi kini ialah gabungan sains dan seni, iaitu memerlukan sentuhan intelektual dan penyelidikan.
Wednesday, June 24, 2009
GUBAH BUNGA SMI: KELAB CATUR MENANG (MICHAELIANS FLOWER ARRANGEMENTS: CHESS CLUB WINS)
Ipoh, 24 Jun 2009 (Rabu)
Sempena Hari Ucapan dan penyampaian Hadiah 2009, satu pertandingan menggubah bunga antara kelab dan persatuan di SMK St Michael, Ipoh (SMI) berlangsung selama dua jam mulai pukul 8.00 pagi. Tujuan utamanya untuk menyerlahkan kreativiti pelajar SMI, di samping memilih gubahan terbaik untuk menghias pentas acara majlis di Dewan Besar SMI. Pertandingan ini telah menjadi tradisi SMI sejak sekian lama.
Ia suatu proses pembelajaran yang unik. Nilai kerjasama, kesabaran dan kepimpinan perlu diadunkan sekali bagi mengilhamkan gubahan yang berjaya memikat hati juri yang arif dalam bidang berkenaan. Konsep yang dipersetujui itu perlu dipindahkan dalam bentuk hasil kerja manipulatif yang asli dan kontemporari.
Setelah diadili, gubahan bunga Kelab Catur telah dipilih sebagai pemenang utama, diikuti oleh Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Gubahan juara menghiasi meja pengacara majlis hari ucapan, manakala gubahan kedua terbaik diletakkan di atas meja tetamu kehormat. Gubahan lain menghiasi sekitar pentas.
Tuesday, June 23, 2009
HOKI SEKOLAH PREMIER: SMI LAYAK KE SEPARUH AKHIR (PREMIER SCHOOL’S HOCKEY: MICHAELIANS SET CLASH WITH ANDERSON)
Kuala Kangsar, 23 Jun 2009 (Selasa)
Bagaikan ulangan skrip perlawanan ketika menentang Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR) tempoh hari, skuad hoki SMK St Michael, Ipoh (SMI) berjaya melakar kemenangan ke atas pasukan tuan rumah suku akhir kedua, iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Perlawanan yang dijadualkan pukul empat petang tertunda selama sejam ekoran hujan lebat dan masalah teknikal. Disebabkan pihak MC tidak menyediakan pasukan sorak mereka sebagaimana lazim, padang MC seakan-akan milik penuh SMI. Hanya suara penyokong SMI yang kedengaran.
Turun sebagai pilihan, MC tidak menunggu lama. Seawal minit kedua, MC berjaya menyumbat gol pendahuluan dengan satu tolakan kencang dalam kawasan D. MC memperoleh lima pukulan sudut penalti, namun tiada satu pun yang berhasil. Permainan separuh masa pertama lebih banyak berlegar di kawasan SMI. Penjaga gawang SMI sibuk sekali memastikan tiada lagi bola menerjah jaring.
Pasukan ‘lambat panas’ SMI bagaikan menyedari bahawa mereka mesti cepat-cepat mencari gol penyamaan supaya moral pasukan tuan rumah dapat dipudarkan. SMI memperkemas kawalan bola dan membuat umpanan-umpanan cantik untuk memperdaya pertahanan lawan. Pada pertengahan separuh masa kedua, Matthews Jude, kapten SMI berjaya menghadiahkan jaringan yang ditunggu-tunggu. Kemudian, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Perlawanan sepenuh masa berakhir dengan kedudukan seri 1 – 1. Justeru perlawanan timbal balik tidak jadi dilaksanakan, maka penentuan pemenang perlu dibuat menerusi tolakan penalti. Pengalaman SMI mencatat kemenangan ke atas STAR dengan cara yang serupa memberi sedikit kelebihan. Dua tolakan awal MC tersasar dan dapat ditampan oleh penjaga gawang SMI, sedangkan SMI berhasil dengan kedua-dua pukulan. MC merapatkan jurang menerusi pemain ketiga. SMI kemudian berjaya menjadikan kedudukan 3 – 1. Kegagalan pemain keempat MC menolak tepat ke gawang mengakibatkan tuan rumah kecundang.
Pengadil perlawanan ialah guru SMK Clifford, dan seorang lagi guru dari Sungai Siput Utara. Tiada insiden kecederaan yang berlaku. Hanya dua orang pemain (masing-masing satu SMI, satu MC) mengalami kekejangan otot. Setelah diberi bantuan oleh pegawai perlawanan, kedua-dua mereka dapat meneruskan saingan.
SMI akan bertemu dengan SMK Anderson pada peringkat separuh akhir hujung minggu ini. Anderson ialah salah satu pasukan elit dan mengambil bahagian dalam Liga Hoki Malaysia. Tahun lalu di peringkat awal, SMI berjaya mencemaskan Anderson dengan hanya melepaskan satu gol. Di atas kertas, Anderson pasti jadi pilihan. Namun, perlawanan akan berlangsung di padang, bukan di atas kertas. Selamat berusaha mencipta kejutan, Michaelians!
Monday, June 22, 2009
HARI UCAPAN SMI 2009 (SPEECH DAY FOR MICHAELIANS)
Ipoh, 22 Jun 2009 (Isnin)
Hanya dua hari lagi pelajar cemerlang St Michael, Ipoh tahun 2008 akan diberi pengiktirafan. Fokus Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah ialah pencapaian kurikulum, sama ada peperiksaan awam, mahupun peperiksaan dalaman. Sesuatu yang unik ialah pada ketika kebanyakan sekolah memilih untuk menjenamakan semula Hari Ucapan kepada Majlis Anugerah Kecemerlangan, SMI masih mengekalkan nama klasik berkenaan.
Majlis akan berlangsung mulai pukul dua petang pada hari Rabu ini. Tempatnya di Dewan besar SMI. Tetamu kehormat ialah Dato' Seri Lee Oi Hian, bekas Michaelian yang kini menerajui kumpulan KL-Kepong Berhad, sebuah konglomerat perladangan, hartanah dan pembuatan yang tersenarai di papan utama, Bursa Saham Malaysia. Beliau juga ialah Pengerusi Lembaga Pengelola SMI. Terima kasih Dato' Seri.
Di samping ucapan, majlis bakal diserikan dengan persembahan choral speaking, orkestra Cina Michaelian (MCO) dan school rally. Bagi memastikan kelancaran majlis, dua sesi raptai dijalankan, termasuk raptai penuh sehari sebelum acara sebenar. Moga Hari Ucapan kali ini mengukuhkan lagi pengisian tema "Upholding the Great Michaelian Ethos."
Saturday, June 20, 2009
KAJIAN TINDAKAN: TIGA GURU BENTANG (PRACTITIONER RESEARCH IN EDUCATION: THREE ST MICHAEL'S TEACHERS PRESENTED FINDINGS)
Educational research has been in the spotlight in the late 1990s. This is partly because of the criticisms levelled by certain academics and partly because of an enhanced appreciation that teaching must become a research-based profession (Tony Bush, University of Leicester, 1999). Joyce, one of the most prominent figure in the educational research identifies school-based research as one of the five 'doors' to school improvement. Investigating practice provides both the evidence to justify change and the probability that teachers will be motivated to innovate if they have been directly involved in identifying the need. The advantages of the so-called school-based research are frequently small-scale and focus. At the same time, the need to ground policy decisions in data about how the school is functioning is paramount. This kind of site-based practitioner research conducted and administered by teachers themselves is actually an attempt to change the school culture which was long ago stimulated changes from outside the institution such as inspectorate or the local educational authorities. The five 'doors' are:
1 collegiality: professional relations within schools;
2 research: effective instructional practice related to the findings;
3 site-specific information;
4 curriculum intitatives / innovation; and
5 instructional initiatives: organising teachers to study skills and strategies.
To narrowing down practitioner research to the school, the main aim of research shifted from the nature to produce new knowledge toward improve practice. As such, action research means to bring about change, and to promote reflection among teachers.
Begitulah panjangnya mukadimah tentang kajian tindakan yang kini dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia, tidak terkecuali SMK St Michael, Ipoh (SMI). Pagi tadi (Sabtu 20 Jun 2009), tiga pembentangan kajian tindakan dijayakan semasa program latihan dalam perkhidmatan (LADAP) siri 3. Pembentang mewakili Jabatan Bahasa, Jabatan Sains dan Jabatan Kemanusiaan. Wakil Jabatan Vokasional dan Teknik akan berbuat demikian pada sesi Ladap akan datang.
Friday, June 19, 2009
TAWARAN REJAB DATANG LAGI! (THE REJAB OFFER)
Hari ini 25 Jamadil Akhir 1430 Hijriyyah, bermakna bulan Rejab sudah di ambang pintu. Kedatangan bulan Rejab, disusuli bulan Syaaban, bermakna umat Islam semakin merindui Ramadan, iaitu bulan penuh ganjaran. Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur dimurahkan rezeki, Insya-Allah.
Berdasarkan keterangan kitab Mukasyafah al-Qulub (Penenang Jiwa), Junjungan Baginda Sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda, mafhumnya: "Rejab ialah bulan Allah, Syaaban itu bulanku, dan Ramadan ialah bulan umatku."
Abu Hurairah radiallahu anhu meriwayatkan telah bersabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam, mafhumnya; "Sesiapa puasa 27 Rejab, maka dituliskan untuknya puasa 60 bulan. Itulah hari untuk pertama kalinya Jibril turun kepada Nabi Sallallahu alaihi wasallam di-Israk Mikraj-kan.
Dalam riwayat lain, baginda Sallallahu alaihi wasallam bersabda, mafhumnya: "Rejab ialah bulan Allah. Sesiapa puasa sehari dari bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan Redha Allah, pasti dia mendapatkan Redha Allah Yang Maha Agung"
Marilah kita memperbanyak amal ibadah dan kebajikan sepanjang bulan Rejab. Mudah-mudahan kelaziman berbuat demikian akan menjadi pembawaan diri kita sepanjang hayat, Insya-Allah.

Thursday, June 18, 2009
HOKI: SMI BERTANDANG KE MCKK SELASA DEPAN (MICHAELIANS VS MCKK NEXT WEEK)
Ipoh, 18 Jun 2009 (Rabu)
SMK St Michael, Ipoh (SMI) berjaya mengenepikan cabaran Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR) menerusi penentuan tolakan penalti sudden death di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh pagi tadi. Dalam perlawanan sepenuh masa SMI berjaya mengikat agregat 3-3 setelah memenangi perlawanan timbal balik kedua dengan jaringan 2-1. Peraturan kelebihan jaringan di tempat lawan yang tidak diambil kira dalam temasya tahun ini telah memberi talian hayat kepada SMI.
Kedudukan dalam separuh masa pertama terikat 0-0. STAR yang hanya memerlukan keputusan seri bagaimanapun mendahului SMI terlebih dahulu. Sepertimana perlawanan semalam, pemain-pemain STAR mula kehilangan rentak dan tempo perlawanan pada penghujung saingan. SMI segera menghidu peluang itu untuk membolosi gawang STAR sebanyak dua kali pada minit-minit akhir perlawanan.
Penentuan pemenang secara tolakan penalti juga berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 3-3. Setelah itu, kaedah sudden death digunakan. Ternyata tuah memihak kepada SMI untuk menempah pertemuan dengan MCKK di bawah bimbingan Cikgu Khairi selaku kaunselor pelajar di sana.
Perlawanan timbal balik pertama pusingan kedua bakal berlangsung di padang rumput MCKK pada hari Selasa 23 Jun 2009, pukul empat petang. Seterusnya, SMI akan melayan kunjungan skuad MC di Stadium Sultan Azlan Shah, iaitu gelanggang pertarungan hoki bertaraf antarabangsa. Perlawanan kedua itu dijadualkan pada hari Khamis, 25 Jun, dan masa akan dimaklumkan kemudian justeru perlu mendapat pengesahan tempahan daripada pihak berkuasa stadium.
MC ialah sebuah pasukan yang disegani. Namun, jika pemain SMI mampu mempamerkan permainan terbaik, tidak mustahil bahawa SMI berupaya mara lebih jauh. Apa-apa pun, sesuai dengan matlamat penganjuran sukan sekolah premier untuk mewujudkan interaksi yang lebih meluas dalam kalangan sekolah ternama, kesempatan yang ada patut digunakan untuk menghulurkan salam persahabatan antara duta kecil sekolah yang hadir sebagai pemain hoki.
Penghormatan SMI kepada MC tidak menjadi halangan untuk mencatat kemenangan ke atas mereka. Jumpa hari Selasa dan Khamis depan!

Tuesday, June 16, 2009
HOKI SEKOLAH PREMIER: SMI BERI SAINGAN (PREMIER SCHOOL'S HOCKEY: JUST ONE GOAL'S DEFICIT FOR MICHAELIANS )
Len Olivero dan Mohamed Abdul Hadi (mantan kapten pasukan Malaysia) ialah dua orang bekas Michaelian yang tersenarai sebagai legenda hoki antarabangsa yang melonjakkan nama negara di persada saingan berkelas dunia. Kini, generasi muda hoki Michaelian kembali mempamerkan peningkatan. Bertempat di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, tanggal 17 Jun 2009 (Rabu), SMI berjaya menunjukkan kualiti sebuah pasukan yang ada semangat juang, stamina dan taktikal yang baik lagi mantap.
SMI bertemu STAR dengan misi membalas kekalahan tipis 0-1 (gol minit akhir) ketika saingan Zon 2 Kinta Utara untuk MSSD awal tahun ini. Nampaknya pasukan lawan telah menukar strategi dengan melakukan serangan bertalu-talu dan menguasai 80 peratus permainan pada separuh masa pertama. Hasilnya, mereka berjaya membolosi gawang SMI dengan dua gol padang (field goal) selang seminit pada minit kesembilan. Walaupun setelah itu STAR cuba menggandakan asakan, SMI berjaya mengekang kemaraan lawan. Kedua-dua pasukan berjaya meraih satu pukulan sudut penalti (short corner), namun tidak menemui sentuhan penyudah. Separuh masa pertama berakhir dengan SMI ketinggalan 0-2.
Sebaik wisel separuh masa kedua dibunyikan, giliran SMI pula melakukan serangan bertali arus dan gerakan cantik sehingga penjaga gawang STAR begitu sibuk melayan asakan bertubi-tubi SMI sambil menjerit kepada rakan lain untuk memohon bantuan (cover). Kali ini SMI pula yang menguasai 80 peratus permainan dan STAR kelihatan sudah kehabisan stamina (exhausted), walaupun sesekali berjaya membuat serangan balas. Kedua-dua pasukan berhasil mendapatkan dua pukulan sudut penalti,tetapi tersasar.
Melihat ancaman SMI yang begitu bertenaga, hampir semua pemain STAR berkampung di kawasan sendiri. Ketika kedudukan hampir kekal 0-2, Raj, pemain SMI berjaya menampan kemas hantaran bola dari luar garisan D, lalu menghalakannya ke pintu gol STAR dengan satu tolakan kencang menuju sudut yang sukar diselamatkan. SMI berjaya merapatkan jurang jaringan gol kepada 1-2.
Esok (18 Jun), kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di stadium yang sama. SMI perlu menang dengan kelebihan dua gol untuk mara ke pusingan seterusnya menentang MCKK yang mendapat bye di pusingan pertama. Jika menang 1-0, SMI bakal berputih mata atas peraturan gol di tempat lawan (esok giliran SMI berperanan sebagai tuan rumah). Jika menang 2-1, penentuan pemenang akan dibuat menerusi penalti stroke atau kaedah lain yang bakal ditentukan oleh pengadil. Namun demikian (harap tidak berlaku), sebarang keputusan seri atau kekalahan akan mengakibatkan SMI terpaksa melupakan baki saingan sekolah premier 2009.
Selain MSSD dan Sekolah Premier, SMI akan turut menghantar wakil untuk Piala Milo pada 26 dan 27 Jun ini. Untuk rekod, pada tahun 2008, SMI berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.
Monday, June 8, 2009
DOMINASI KAUM WANITA (WOMEN’S POWER)
Sejak tiga dekad yang lalu, kira-kira dua per tiga daripada jumlah penuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diisi oleh mahasiswi. Ironinya, jawatan tertinggi awam dan swasta hanya membabitkan tidak sampai 30 peratus wanita. Di peringkat manakah berlakunya keadaan bahawa kaum lelaki berjaya menongkah arus? Atau adakah pada satu tahap kaum wanita terpaksa memberi tumpuan terhadap kelangsungan fungsi biologi dan fisiologi mereka?
Kita sebenarnya tidak perlu pening-pening kepala memikirkan hal itu justeru banyak kursus tentang pengajian gender (jantina) ditawarkan di IPTA. Jika sekadar untuk pengetahuan asas, kita boleh sahaja membaca buku yang ditulis oleh pakar bidang kajian gender, atau membuat carian dalam internet. Maka, tujuan perbincangan ini bukanlah untuk berbahas dengan panjang lebar tentang teori gender, ataupun dapatan terkini penyelidikan tentang isu wanita.
Dalam pengajian ekonomi, sikap prejudis (memandang sinis) terhadap buruh wanita sebagai faktor pengeluaran telah berlaku sejak dahulu kala hingga kini. Buruh wanita (sama ada profesional seperti doktor, jurutera, arkitek, pensyarah, guru, atau akauntan) kalaupun tidak dibezakan dari segi upah (dan gaji) dengan buruh lelaki, namun tetap menghadapi diskriminasi dalam proses kenaikan pangkat atau sekatan kedudukan dalam organisasi.
Peranan wanita dalam bidang ekonomi tiada tolok bandingan. Hanya kaum wanita memiliki fungsi biologi untuk mengalami kehamilan, dan seterusnya melahirkan anak sama ada bayi lelaki atau bayi perempuan. Andainya keupayaan reproduksi kaum wanita di sesebuah negara berada di tahap rendah, alamatlah negara berkenaan bakal berhadapan dengan risiko pengecutan saiz pasaran domestik. Dalam jangka panjang pula, negara berkenaan akan kekurangan populasi generasi muda yang merupakan kelompok modal insan yang produktif dan energetik.
Bukankah sikap majikan yang berdolak-dalik tentang tempoh cuti bersalin begitu pelik? Walaupun Pertubuhan Bangsa Bersatu mencadangkan minimum cuti 90 hari, ia masih belum dipatuhi oleh kebanyakan negara, maaf cakap, termasuk Malaysia! Maknanya, walaupun kebanyakan kita mengutuk amalan diskriminasi wanita di benua Afrika, rantau Asia Barat, Asia Selatan, dan Amerika Latin, kita dan masyarakat Barat yang mendakwa maju pun dua kali lima! Memburukkan keadaan, eksploitasi sisi feminin dan seksual terhadap kaum wanita tidak pernah berubah.
Jika ditinjau dari segi kuasa beli dan permintaan, kaum wanita menguasai sebahagian besar pasaran. Cita rasa kaum wanita lebih pelbagai dan bervariasi. Wanita juga lebih peka terhadap keperluan busana, fabrik dan barang penjagaan diri bukan setakat untuk diri mereka, bahkan untuk seisi keluarga. Lalu, puak kapitalis (saudagar) cuba mengambil kesempatan dengan proses indoktrinasi impian palsu menerusi strategi iklan dan pemasaran dengan harapan kaum wanita mudah terpedaya.
Bumi (atau dunia) tidak boleh dibelah dua mengikut jantina. Sejak Adam dan Hawa lagi, naluri berpasangan dan saling memerlukan telah dibimbing dengan wahyu Ilahi. Sekiranya hubungan berkenaan dipacu oleh nafsu (baca: budaya hedonisme), maka kesucian fitrah insan dirosakkan oleh titik-titik noda. Hubungan terlarang itu akhirnya membawa mala petaka ekonomi justeru pemikiran dan selera kaum wanita tadi bertuankan faham utilitarian yang sudah tidak kenal dosa dan pahala.
Kaum wanita sangat dimuliakan. Dari fasa bayi dan anak perempuan (ganjaran pahala melimpah ruah untuk ibu ayah yang sabar dalam membimbing dan melindungi), sebagai isteri (menyelamatkan sang suami daripada godaan maksiat), dan sebagai ibu + + + (menambah kekuatan umat), wanita ialah srikandi sejati. Penghormatan kaum lelaki kepada wanita tidak boleh luak sedikit jua pun!
(Maklum balas boleh ditulis dengan mengklik comment di bawah atau melalui e-mel di alamat ibnurodzi@gmail.com)

Sunday, June 7, 2009
DASAR BAHASA KEBANGSAAN: SUATU REFLEKSI (NATIONAL LANGUAGE POLICY: A CRITICAL DISCOURSE)
Pendahuluan
Bahawa Dasar Bahasa Kebangsaan (DBK) sedang menempuh era suram dan bercelaru sedang hangat dibahaskan dalam kalangan pencinta bahasa. Akta Pendidikan 1996 (AP 96) dituding sebagai punca fleksibiliti dasar berkenaan berbanding dengan Akta Pelajaran 1961 yang menegaskan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara. Pengecualian di bawah seksyen 28 atau pengecualian yang diberi oleh Menteri Pelajaran telah mencetuskan debat dan tafsiran tentang DBK. Sebagai contoh terkini, semua politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menggunakan pengantar bahasa Inggeris (BI) hampir sepenuhnya mulai tahun 2008.
2 Latar Belakang DBK
Akta Bahasa Kebangsaan (ABK) 1961 dan 1963 bertujuan merealisasikan Perkara 152 (1) perlembagaan negara yang memperuntukkan BM sebagai bahasa rasmi negara dalam segala urusan awam. Ia selaras dengan milieu politik ketika itu yang berfokuskan isu perpaduan pasca-penubuhan Malaysia, terutama bagi maksud integrasi Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Ringkasnya DBK disediakan bagi menyokong matlamat pembangunan negara yang meletakkan perpaduan sebagai jaminan kejayaannya.
Penurunan taraf sebanyak dua kali ganda (Mahzan, 2002) menerusi AP 96 membuatkan harapan untuk melihat BM sebagai bahasa pengungkapan wacana ilmu dan teknologi tinggi tiba-tiba sirna. Rempuhan gelombang globalisasi dan perebutan peluang ekonomi di persada antarabangsa rupa-rupanya memerlukan kesegeraan bertindak balas terhadap segala bentuk perubahan yang berlaku tanpa henti. Cita-cita menjadikan negara sebagai hub ICT, industri berteknologi tinggi dan pendidikan bertaraf dunia mengakibatkan peminggiran DBK yang kelihatannya amat memilukan para pejuang dan pembela DBK.
3 Penghujahan Dialektik (Dua Pihak) DBK
Matlamat peringkat awal ialah perpaduan nasional. DBK berjaya melahirkan generasi baru bercitra Malaysia yang menjalani pengajian pelbagai disiplin ikhtisas. Nilai aksesibiliti dan ekuiti kaum bumiputera dalam bidang profesional dan kritikal begitu ketara dari segi pertambahannya.
Pihak lain pula beranggapan bahawa DBK sudah tidak dapat berfungsi dalam konteks era maklumat yang cepat kadar keusangannya. DBK lambat respons terhadap kehendak industri dan inovasi. Usaha terjemahan berada pada tahap tidak bermaya. BM dikatakan sudah tidak lagi mempunyai nilai ekonomi.
DBK tersepit antara hujah nasionalis bahasa dengan kelompok industri sebagai kumpulan berkepentingan. Kebetulan dasar awam semasa bersifat properniagaan.
4 Masalah di sebalik DBK
Secara tidak sedar klise bahawa BM tidak bernilai ekonomi diberi nafas baru. Seolah-olah kejayaan dan kesejahteraan hanya boleh dicapai menerusi penguasaan bahasa Inggeris (BI). Namun, justeru ketiadaan proses perancangan yang teliti dan komprehensif terhadap DBK semasa penerimaan AP 96 telah menyukarkan keadaan.
Kandungan dan pedagogi BM peringkat sekolah lambat bertindak balas dan menampung keperluan era maklumat yang cepat usang. Matlamat komunikasi dan penzahiran perasaan secara lama masih mendominasi pendekatan pedagogi di sekolah.
5 Apa Yang Mesti Dibetulkan? Apakah Alternatifnya?
Dasar awam yang baik sepatutnya memberi manfaat kepada majoriti tanpa menindas minoriti, apatah lagi jika minoriti itu sangat penting kepada survival negara dari dari segi memenuhi keperluan asas manusia. Negara boleh meneruskan dasar properniagaan tanpa mengorbankan DBK. Suatu perancangan sumber manusia bagi memenuhi kehendak berkenaan ialah menyediakan nisbah sumber manusia yang sesuai untuk tujuan daya saing antarabangsa dengan kelompok besar yang hanya terbabit di peringkat domestik.
Konsep triplization (globalization, localisation, individualization) perlu dipertimbangkan. Juga menjadi tanggungjawab pihak industri menyediakan program sumber manusia dalam perkhidmatan daripada semata-mata mengharapkan produk sistem pendidikan negara yang tidak semata-mata bersifat vokasional.
Para pencinta bahasa pula tidak pula boleh tenggelam punca tanpa melakukan apa-apa. Mereka mesti berikhtiar menyelamatkan DBK dengan mengetuk jendela nurani pembuat dasar. Mereka sendiri mesti menjana inovasi dalam pedagogi BM semua peringkat.
6 Kemungkinan Kejayaan DBK
Pemimpin dan pembuat dasar terdahulu tidak membuat silap terhadap pelaksanaan DBK. Pemupukan jati diri dan patriotisme jelas terserlah walaupun tanpa slogan yang muluk-muluk. DBK masih boleh diselamatkan. Pencinta bahasa mesti bersuara lantang dan mantap supaya tidak dilihat sebagai retorik per se.
Input baru mesti dikumpul bagi membuktikan inovasi dan kreativiti juga boleh muncul bagi mempertahankan DBK yang berhadapan dengan kegetiran, serta kejutan masa depan. DBK masih akomodatif dan relevan dengan tuntutan semasa. Asalkan ada iltizam politik, DBK boleh berjaya dengan megah.
Penutup
DBK ialah akar umbi, khazanah dan warisan yang menjadi tunjang keutuhan negara. DBK tidak seyogia diketepikan demi melayani nafsu industri semata-mata, walaupun sumbangan industri terhadap ekonomi negara sememangnya kritikal. Sebaliknya, fokus terhadap potensi individu yang diharap menjadikan rakyat Malaysia sebagai global player juga tidak boleh ditolak. Barangkali kompromi dan pengubahsuaian dari segi perancangan dasar dan persefahaman antara kumpulan berkepentingan dapat dilakukan. Kedua-duanya diperlukan demi kebaikan negara dalam jangka masa panjang. Sekian.

Friday, June 5, 2009
TINGKATAN ENAM: MASA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN (PREUNIVERSITY STUDY: TIME TO DECIDE)
Tempoh percutian setengah tahun persekolahan 2009 yang berada pada penghujung minggu pertama ini memberi peluang kepada guru dan pelajar Tingkatan Enam (prauniversiti) untuk membuat pilihan. Dilema yang dihadapi ialah perubahan rutin pengajian, iaitu lanjutan masa berada di sekolah hingga waktu petang dari hari Isnin hingga Khamis setiap minggu. Sesungguhnya bukanlah mudah bagi mengubah kebiasaan selama ini, iaitu berada di rumah selepas pukul dua petang.
Kepada guru yang masih mempunyai anak di sekolah rendah, mereka mungkin sekali berhadapan dengan kesukaran. Kebiasaannya, mereka akan terus menjemput anak mereka kira-kira pukul dua petang. Kemudian, anak-anak kecil tadi bersedia pula untuk menghadiri kelas pengajian fardu ain sekitar pukul tiga petang. Dalam keadaan bahawa pasangan guru tadi juga bekerjaya, masalah pengurusan keluarga tidak dapat dielakkan.
Kepada pelajar pula, mereka memberi alasan kepenatan (exhausted). Pukul satu pun kami sudah "tumbang"!, dakwa mereka (baca: aktiviti lain terjejas). Kemudahan pengurusan diri (bilik air, bilik persalinan dan bilik rehat) di sekolah juga masih terhad.
Begitulah realiti sesuatu perubahan. Berlaku kehilangan dari segi keselesaan, rakan, kedudukan, waktu santai, dan banyak lagi. Ada guru lantikan tingkatan enam (pensyarah: cadangan gelaran oleh jabatan pelajaran) terpaksa melepaskan jawatan pentadbiran walaupun memperoleh kenaikan gred perjawatan dan tangga gaji. Pelajar pula berkira-kira untuk mengikuti pengajian di kolej dan universiti swasta yang dirasakan lebih fleksibel.
Persoalannya, benarkah demikian? Guru dapat menyelesaikan segala tugasan akademik dan urusan dengan pelajar, termasuk aktiviti kokurikulum, perundingan dan penyelidikan tanpa perlu dibawa balik ke rumah. Pelajar juga tidak perlu berkejar ke pusat tuisyen justeru pelaksanaan sistem kuliah, tutorial, dan perundingan yang membiasakan mereka dengan pengajian universiti. Sementelah, sebahagian markah STPM diberikan di peringkat sekolah. Dalam kata lain, fungsi pusat tuisyen untuk pelajar prauniversiti (tingkatan enam) semakin tidak relevan!
Dalam era persaingan global ini, pergantungan kepada kaedah dan pendekatan lama tidak dipegang 100 peratus. Opsyen baru mesti diberi perhatian yang sewajarnya. Martabat dan status pengajian tingkatan enam (prauniversiti) perlu dibezakan dengan pengajian menengah. Sebaliknya, ia patut menyaingi, malah mengungguli kedudukan persediaan universiti seperti matrikulasi, A-Level, diploma, foundation study, dan lain-lain.
Bekas pelajar ekonomi saya yang kini menuntut di Singapura dan Australia mengatakan bahawa mereka berterima kasih kepada sistem tingkatan enam yang membimbing mereka supaya lebih berdaya saing dengan mendapat gred high distinction (4 flat) di peringkat sarjana muda. Walaupun mungkin bersifat kes terpencil, ia menjadi testimoni untuk dibuktikan dalam kajian yang lebih mantap sifatnya.
Sebab itu sistem STPM menerima pengiktirafan sedunia, dan pihak Majlis Peperiksaan Malaysia dalam proses menjadikan setiap mata pelajaran (kursus pengajian tingkatan enam) STPM layak diberi pengecualian kredit di universiti dalam dan luar negara. Maka, penjenamaan semula tingkatan enam sebagai pengajian prauniversiti tidak syak lagi ialah langkah permulaan yang berani.
Walau apa pun, keputusan terletak di tangan anda sendiri. Orang lain boleh mengemukakan pelbagai hujah dan justifikasi. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun, jangan takut atau fobia dengan sebarang perubahan.
Sebaik-baiknya proses membuat keputusan dibimbing oleh kecerdasan akal (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual - sosial (SQ), selain berasaskan data (maklumat terpilih). Anda tidak seharusnya dipengaruhi perasaan semata-mata, mahupun pendapat amatur (jalanan) yang belum tentu membantu.
Jika anda benar-benar dilema, mohonlah petunjuk-Nya (bagi pelajar Muslim, solat istikharah).
Alah bisa, tegal biasa. Lama-kelamaan anda akan berjaya membiasakan diri dengan persekitaran yang baharu dan melepasi segala cabaran, insya-Allah.
Kita jumpa lagi...

arkib bulan mei
antara isu menarik...
1. ptk untuk guru, mengapa banyak sekatan?
2. lantikan guru tingkatan enam
3. tingkatan enam bertaraf pengajian tinggi
4. anekdot: mahkota yang sirna
5. hari guru: foto, puisi
1. ptk untuk guru, mengapa banyak sekatan?
2. lantikan guru tingkatan enam
3. tingkatan enam bertaraf pengajian tinggi
4. anekdot: mahkota yang sirna
5. hari guru: foto, puisi