Monday, August 31, 2009

PENGALAMAN ZAMAN PERANG : WIRA YANG TIDAK DIKENALI (WAR TIME EXPERIENCES: THE UNSUNG HEROES)



Lahir pada tahun Malayan Union dimasyhurkan oleh penjajah Inggeris (1946). Jepun yang menduduki Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua (1942-45) terpaksa menyerah kalah kepada imperialis Barat apabila Hiroshima dan Nagasaki bagaikan padang jarak padang terkukur akibat ledakan bom atom yang digugurkan oleh tentera Amerika Syarikat. Akibatnya, hingga ke hari ini Jepun tidak dibenarkan menubuhkan pasukan tentera sendiri, sebaliknya kedaulatan Jepun dijaga oleh tentera Amerika Syarikat.

Tuan Haji Ibrahim bin Mohamad menceritakan bahawa justeru tinggal di kampung yang terpencil, perkembangan perang, darurat dan perjuangan kemerdekaan tidak begitu diketahuinya. Ketika merdeka, Haji Ibrahim baharu 11 tahun dan sedang asyik bermain dengan kawan sebaya di kawasan "hutan" kampung. Namun, berdasarkan cerita ayah beliau, semua ketumbukan penjajah termasuk Inggeris dan Jepun serta Bintang Tiga (komunis) tidak pernah sampai ke kampung mereka kerana telah "dipagar" oleh Tok Guru Haji Mahmud, iaitu moyang beliau sendiri.

Haji Ibrahim pernah mendengar nama Tuan Guru Abdul Rahman Limbong yang berjuang mengusir penjajah di Hulu Terengganu. Barang diingat, askar Jepun mendarat di utara Kelantan, sambil Hulu Terengganu turut menjadi laluan mereka. Nama Abdul Rahman Limbong tercatat dalam buku teks sejarah sekolah menengah.

Haji Ibrahim merasai kesusahan hidup zaman sebelum merdeka. Haji Ibrahim berjaya menamatkan persekolahan sekolah Melayu dan kemudian dihantar belajar di sebuah madrasah di Kelantan. Namun pengajian menengah beliau tidak dihabiskan kerana perlu membantu ibu bapa membanting tulang di bendang dan di kebun.

Kecenderungan sebenar Haji Ibrahim lebih kepada bidang teknikal dan hands-on. Buktinya, tanpa pengajian formal, Haji Ibrahim berjaya menjadi tukang rumah yang dikenali. Haji Ibrahim bukan sekadar boleh membina rumah kampung, tetapi banglo mewah. Dua orang anak beliau mewarisi minat itu; seorang pelajar kejuruteraan mekanikal dan seorang lagi CAD-CAM Design. Seorang lagi akauntan perkapalan, seorang guru dan seorang pengajar komputer.




Tuan Haji Ismail bin Abdullah, 84 mempunyai pengalaman yang jauh lebih panjang. Semasa remaja, beliau secara sukarela menawarkan diri bekerja di landasan kereta api "maut" Siam - Burma (kini Myanmar yang diperintah junta tentera). Namun, Haji Ismail hanya bekerja di wilayah Siam kerana demam. Rayuan bapa saudaranya diterima Jepun, dan Haji Ismail dihantar pulang.

Haji Ismail pernah dilantik sebagai mandur kayu pasung dan menjaga 100 orang pekerja bawahan. Tetapi semangat untuk berdikari menyebabkan Haji Ismail meletak jawatan dan mula berniaga kecil-kecilan daripada menjual ais krim, roti, mengusahakan kedai runcit dan berniaga kelapa kering hingga ke Kuala Lumpur. Haji Ismail dapat menceritakan dengan terperinci perkembangan Kuala Lumpur, dan hotel pada masa itu.

Malah, 40 hari selepas peristiwa 13 Mei 1969, Haji Ismail begitu berani berniaga ke Kuala Lumpur walaupun tauke (pengasas minyak cop Buruh) melarangnya berbuat demikian. Kata Haji Ismail lagi, jalan Bentong - Kuala Lumpur begitu sempit. Jika berselisih, salah sebuah lori terpaksa ke tepi dan memberi laluan.

Haji Ismail berumah tangga dengan Hajjah Che Safiah. Pasangan bahagia itu memiliki tiga orang anak, dua daripadanya pendidik. Selain itu 13 cucu dan 8 cicit. Haji Ismail memiliki pemikiran yang tajam dan pendirian yang tegas.

Haji Ismail berpesan kepada anak-anak muda supaya sentiasa bijak dalam merencanakan segala tindakan, tidak cukup sekadar pandai sahaja. Sebagai individu yang banyak merasai asam garam kehidupan susah dan dunia perniagaan, Haji Ismail turut berpendapat bahawa pemilikan aset seperti hartanah patut diutamakan daripada asyik bertukar kenderaan yang sentiasa terdedah kepada susut nilai. Pada Haji Ismail, selain tanah air, pendidikan kerohanian akan menjadi benteng kekuatan bangsa dan umat.

Friday, August 28, 2009

EMPAYAR MELAKA TITIK TOLAK KEMERDEKAAN NEGARA (MERDEKA FLASH BACK: THE GREAT EMPIRE OF MALACCA)


Malacca is of such importance and profit that its seems that has no equal in the world… It is a city made for merchandise fitter than any other in the world (said Tome Pires, a Portuguese historian). Another Portuguese writer (Duarte Barbosa) claimed that Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping that can be found in the whole world.

The greatness of Malacca did not entirely depend on the fact that it was a major trading centre and a place for the study of Islam for, as an Empire, it was a power to be reckoned within its own right. The extent of the empire included a geopolitical entity covering the whole of the Malay Peninsula, Riau archipelago (surrendered to Indonesia due to English-Dutch Agreement in the late 1920s), Patani (now a part of Southern Thai), and east coast of Sumatera. So, the so-called blessing in disguise of British colonialism that created the Malay Federation was totally null and void!

The relations with foreign countries certainly had brought about some influence and change in Malacca. A small group of immigrant community was also founded. As such, conflicts of cross-culture understandings emerged as isolated cases.”

Let us share quite a humor anecdot. One day, a Malay officer could not pronounce Arabic words properly, and he was strongly criticized by his Arab teacher. He then countered by asking his Arab teacher to pronounce some Malay words which the Arab could not do. Of course, it was an overreact and a kind of disrespected manner to a sifu!”

It is a pity that we have a very lack references by local historians about Malaccan Empire, which forms the basis of present day Malaysia. Sejarah Melayu, contemporaneously written by Tun Seri Lanang was the only book that has survived to this day. The rest belongs to the orientalists!

Petikan di atas asalnya tulisan Profesor Dato’ Zainal bin Abidin Abdul Wahid dalam naskhah “The Glimpses of Malaysian History” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1970. Penulis blog telah melakukan beberapa pengubahsuaian untuk dikaitkan dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan Negara kali ke-52.

Pada hari ini, Melaka hanyalah sebuah negeri kecil yang banyak bergantung terhadap sektor pelancongan dan perkhidmatan. Namun, pencapaian empayar Melaka diiktiraf dengan nama Selat Melaka yang menjadi laluan perkapalan utama dunia hingga ke hari ini. Selat Melaka menganjur dari selatan Thai dan sepanjang pantai barat Semenanjung.

Penulis blog pernah menjalani latihan praktikum keguruan di SMK Seri Kota, Ayer Leleh, Bandar Hilir Melaka. Lokasi sekolah bersebelahan Bukit Cina, namun tidak sempat pula mendakinya. Apa khabar agaknya Encik Zamri, pengajar komputer yang berkelulusan Masters dari Amerika yang ketika itu masih bujang?

Sesungguhnya kisah tentang sejarah kemerdekaan negara tidak dapat dipisahkan dengan era keagungan empayar Melaka. Nostalgia Melaka mengingatkan kita kepada akar umbi, jati diri dan citra sebuah bangsa yang bermaruah. Marilah bersama-sama kita mensyukurinya.

Merdeka, merdeka, merdeka!

Thursday, August 27, 2009

PENIAGA MELAYU DI PASAR BASAH (THE SIGNIFICANCE ROLE OF THE SMALL SCALE BUSINESS AMONG MALAYS)

Dungun, Jumaat: 28 Ogos 2009 / 7 Ramadan 1430

Negara sudah merdeka 52 tahun. Namun, ekuiti orang Melayu dalam penguasaan ekonomi belum banyak berubah. Selain beberapa susuk tokoh korporat dan konglomerat yang ternama, pencapaian orang Melayu masih di takuk lama. Lihat sahaja di bandar-bandar utama di pantai barat Semenanjung, dan cuba hitung bilangan gedung dan premis perniagaan milik Melayu. Mengapakah kegemilangan empayar Melaka abad 15-16 yang menyaksikan kehebatan pedagang dan pemodal Melayu gagal diteruskan?








Model Pareto (20:80) mengatakan 20% manusia menguasai 80% kekayaan, sedangkan 80% manusia lagi berebut-rebut 20% kekayaan yang masih berbaki. Kini, ada model terbaharu 10:90! Pengkaji kewangan pula mengatakan bahawa orang bijak tidak bekerja untuk wang, tetapi wang yang bekerja untuk mereka.






Kuadran berikut dapat menjelaskan keadaan di atas:

E : B
------
S : I


E (employee) ialah orang yang bekerja dengan majikan tertentu (termasuk kakitangan kerajaan) mempunyai tabungan / simpanan sifar (E = empty saving).

S (self-employee) ialah bekerja sendiri (seperti penjaja, penggerai, jualan langsung dan peniaga kecil) dengan tabungan bersaiz kecil (S = small savings).

B (businessman) ialah peniaga yang berjaya mempunyai tabungan yang besar (B = big savings).

I (investor) mewakili golongan pelabur yang dikatakan berpotensi menabung tanpa had ( I = infinity savings).

Kuadran ini biasanya dijadikan hujah oleh penceramah motivasi keusahawanan atau oleh penganjur jualan langsung (multilevel marketing, MLM, sistem perniagaan ala piramid) yang mahu "menjerat" potential downlines. Kebenarannya (sebagai fakta) hanya dapat diketahui menerusi penyelidikan yang berskala besar (mungkin longitude research).

Barangkali (hanya suatu andaian amatur), orang Melayu perlu didedahkan dengan konsep pelaburan dan perancangan kewangan yang tuntas. Di samping menekuni khazanah ilmu perniagaan dalam tamadun Melayu dan Islam, orang Melayu boleh mempelajari kejayaan gergasi industri automatif Jepun, iaitu Toyota. Bermula dengan rekaan mesin jahit, Toyoda (nama asalnya) muncul dengan inovasi, lalu menghasilkan jenama kenderaan yang paling tinggi permintaannya di seluruh dunia.

Kejayaan yang dikecapi oleh Toyota bukanlah datang secara mendadak. Sebaliknya, falsafah dan nilai seperti penyayang, pemurah dan disiplin sentiasa diterapkan dalam kalangan keluarga pemiliknya, pengurusan, dan kakitangan generasi demi generasi. Pendek kata, falsafah dan nilai yang disebutkan telah sedia ada dalam ajaran Islam dan budaya masyarakat Melayu.

Persekitaran perniagaan di Malaysia boleh dikatakan memberangsangkan. Terdapat begitu banyak sumber, agensi dan instrumen kewangan sah yang menyediakan bimbingan, kepakaran dan modal. Tidak mengapa untuk bermula sebagai perusahaan belakang rumah (industri kecil dan sederhana) sebelum menerokai peluang yang lebih besar.

Kemunculan komuniti peniaga Melayu (dan kumpulan etnik yang lain) tidak menjadi ancaman kepada mana-mana pihak. Bahkan, jika orang Melayu menjadi kaya, secara tidak langsung kuasa beli yang dimiliki bakal meningkatkan perbelanjaan agregat dalam ekonomi. Sementelah perkongsian kek kemakmuran yang lebih besar itu akan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat menerusi instrumen zakat, cukai, derma, hadiah dan wakaf.

Akhirnya, komuniti peniaga Melayu mesti diikat dalam satu jaringan dan satu kluster yang dihormati. Kekuatan baharu itu boleh membuka jalan kepada jalinan strategik dengan komuniti perniagaan yang sudah sedia kukuh, sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

Sunday, August 23, 2009

BAZAR RAMADAN DI IPOH: SAMBUTAN TIDAK SEHEBAT DAHULU (SEASONAL BUSINESS IN THE FASTING MONTH: LOOKS LIKE SLOW RESPONSE!)

Ipoh, Ahad: 23 Ogos 2009 / 2 Ramadan 1430





Salah satu pemandangan biasa pada setiap petang bulan puasa di seluruh Malaysia ialah kemeriahan bazar Ramadan. Perniagaan bermusim itu dikawal selia oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan bahawa penjual dan penggerai mematuhi piawaian kesihatan diri dan kebersihan makanan yang dijual. Tapak bazar juga diwartakan di lokasi tertentu dengan kadar sewa yang minimum.











Seawal pukul tiga petang aktiviti jual beli mula dilihat. Hal itu bermakna bahawa juadah yang dibeli hanya akan dinikmati kira-kira empat jam setengah selepas itu. Jika diambil kira persediaan masakan penjual, berkemungkinan siap sejam sebelumnya.













Namun, bagi pengguna di Malaysia, hal sedemikian belakang kira. Urusan kehidupan yang serba serbi sibuk mengakibatkan mereka tidak punya masa untuk berfikir lebih panjang. Bak kata orang Johor, belasah sahajalah, jangan banyak songeh.











Apabila melewati laluan bazar Ramadan, aroma bau dan asap masakan bagaikan menggamit perhatian para pengunjung untuk berpisah dengan wang yang diperoleh dengan susah payah. Kreativiti penjual lauk-pauk, kuih-muih, hidangan berat, pelbagai jenis minuman dan item-item lain mempromosi jualan dan mempengaruhi pengunjung begitu terserlah. Pengunjung bagaikan terpukau dan tersihir, lalu dalam tempoh yang tidak lama mereka akan membawa pulang berbungkus-bungkus juadah yang tidak diketahui kesudahannya: berjaya dimakan, atau berakhir sebagai suatu pembaziran...












Setakat dua hari berpuasa pada tahun ini, tinjauan penulis blog mendapati bahawa sambutan pengguna terhadap bazar Ramadan belum lagi rancak. Barangkali ramai yang memilih untuk berbuka bersama-sama seisi keluarga dengan masakan ala kadar di rumah. Apabila terasa ingin bertukar selera, mungkin bazar Ramadan bakal menjadi pilihan.












Di Ipoh, antara lokasi bazar Ramadan yang menjadi tumpuan ialah di tapak pasar tani berhampiran Stadium Perak, Green Town Mall, Medan Gopeng dan Rapat Setia. Pelajar Politeknik Ungku Omar pula bertumpu di Taman Cempaka justeru menu jualan yang bersesuaian dengan kuasa beli pelajar. Sekolah-sekolah berasrama yang berdekatan seperti Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Izzudin Shah dan SM Teknik Persiaran Brash turut membenarkan pelajar membeli juadah berbuka di Taman Cempaka.

Satu perkara yang menggusarkan pihak yang prihatin terhadap kebersihan makanan ialah kegagalan peniaga mengenakan apron, topeng pelindung dan penutup kepala. Maka, kemungkinan penemuan rerambut dan cecair lain dalam makanan tetap ada. Apa lagi apabila proses komunikasi berlaku, juadah yang tidak ditutup mungkin sekali disinggahi rembisan air liur penjual dan pengunjung yang sibuk bercakap.




Kelalaian penjual dan pengunjung bazar Ramadan terhadap pencemaran juadah jualan boleh mengundang padah. Kini, pelbagai jenis penyakit boleh tersebar melalui udara, sentuhan dan cecair. Wabak selesema babi yang berleluasa di serata dunia (pandemik influenza A: H1N1 tahap 6) kini memasuki fasa 2 yang minta dijauhi bukanlah gelombang kedua. Kita mesti mengambil iktibar daripada Spanish flu yang mengorbankan berjuta-juta jiwa apabila memasuki gelombang kedua pada tahun 1918! Ya Allah, selamatkan Malaysia. Amin.




Tulisan ini tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan sesiapa untuk berkunjung ke bazar Ramadan sambil membantu peniaga bermusim. Tidak juga untuk menyebabkan peniaga dipandang serong oleh para pengguna. Perkara utama yang hendak diberi penekanan ialah pematuhan terhadap segala tatacara penyediaan makanan, pakaian dan proses meletakkan barang jualan secara bertutup supaya tidak berlaku pencemaran makanan.








Barangkali pada masa hadapan, peniaga Ramadan hendaklah dipilih melalui proses tapisan yang ketat, dan diikuti dengan kursus khas. Negara kita tidak kurang kepakaran dari universiti, kolej komuniti dan perunding swasta yang boleh disandarkan tugas berkenaan. Pada akhirnya, rakyat mendapat jaminan tentang risiko yang minimum, jika tidak pun ke tahap sifar, dalam urusan pembelian makan minum di luar.








Bazar Ramadan juga berpotensi dimasukkan dalam katalog produk pelancongan, justeru pengunjungnya tidak terhad kepada orang Islam. Selama ini pun kelibat pengunjung bukan Islam bukanlah sesuatu yang luar biasa. Peniaga yang mengambil bahagian juga merangkumi pelbagai latar belakang agama dan etnik.









Bagaimana agaknya keadaan Ramadan di luar negara? Pengunjung blog yang berpengalaman merantau semasa berpuasa di negara orang silakan beri pandangan anda. Komen boleh dicatatkan atau e-mel ibnurodzi@gmail.com

Saturday, August 22, 2009

कार्निवल इबदः बुलन रमादान (KARNIVAL IBADAH BULAN RAMADAN (FASTING MONTH CARNIVAL)

Tarikh: 22 Ogos - 19 September 2009 ( 1 - 29 Ramadan 1430 )
Masa : 24 jam sehari semalam
Tempat: Di mana-mana jua anda berada

(Terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam SMK Raja Perempuan Ipoh, pimpinan Ustazah Mariam binti Ismail, dan CT Hafriza dari Fakulti Pergigian, UIAM kerana membenarkan kandungan risalah mereka disiarkan)

Tawaran Hadiah / Bonus Yang Hebat:

- Keredhaan Ilahi
- Keampunan-Nya
- Balasan Syurga
- Ganjaran bonus 1000 bulan (Lailatul Qadr)
- Peningkatan taqwa
- Penjimatan belanja
- Sihat tubuh badan
- Rezeki melimpah ruah
- Makbul doa
- dan banyak lagi

REBUTLAH TAWARAN LUMAYAN SELAGI STOK UMUR MASIH ADA!!!

Antara aktiviti menarik karnival:



- Solat fardu dan sunat
- Puasa wajib
- Zikrullah
- Qiyamullail
- Bersahur
- Berbuka Puasa
- Solat Tarawih
- Tadarus al-Quran
- Sedekah Jariah
- Iktikaf di Masjid
- Zakat Fitrah







Panduan Kesihatan sepanjang Ramadan
(Ambil gizi seimbang daripada semua kumpulan makanan)

1) Makan makanan yang mengandungi:
- karbohidrat kompleks sewaktu sahur
(roti bijiran penuh, sayur, buah-buahan kering)

- susu (sumber protein yang baik, dihadam dengan perlahan)

- kurma dan pisang (sumber gula, serat, potasium, magnesium, karbohidrat)

- kacang dan badam (kaya protein dan serat, rendah lemak)

2) Elakkan makanan:

- bergoreng, pedas (mengakibatkan pedih ulu hati)

- tinggi kandungan lemak, minuman kafein
(mengakibatkan kerap kencing, menyahkan kandungan garam mineral
yang perlu pada waktu siang)

3) Minuman yang disyorkan

- air suam dan jus buah-buahan
(antara waktu berbuka dan tidur:
supaya badan boleh menyesuaikan paras air mengikut keperluan)

Panduan Menghindari Penyakit

1) Sembelit: banyakkan minum air dan makanan berserat

2) Angin / tidak hadam: jangan makan berlebihan

3) Tekanan darah rendah: tingkatkan pengambilan cecair dan garam galian

4) Sakit kepala: kurangkan pengambilan kafein, susun waktu tidur

5) Kejang otot: ambil gizi makanan yang tinggi kandungan kalsium, magnesium &
potasium (sayur, buah-buahan, produk tenusu, daging, kurma)

6) Kandungan gula dalam darah: makan pada waktu sahur, kurangkan pengambilan
makanan / minuman yang bergula


PERKARA YANG PERLU DIPELIHARA

1) Tutup aurat: jauhi pakaian terdedah, ketat, atau nipis

2) Jaga pergaulan: hindari interaksi (melainkan keperluan) dengan bukan mahram, berdua-
duaan, atau bersentuhan

3) Kawal pancaindera (daripada perkara haram, sia-sia)

4) Isi masa (amalan sunat, baca al-Quran,buku ilmiah, tazkirah, nasyid)

5) Jaga lisan (jauhi lagha: bual kosong, mengumpat, bertengkar)

6) Jaga kebersihan / imej Islam (jauhi berludah di merata-rata tempat)

7) Tidak makan di khalayak ramai (bagi yang uzur syari'e)


SIKAP NEGATIF YANG MESTI DITINGGALKAN SEGERA:


1) Menganggap puasa sebagai adat, bukan ibadat

2) Meninggalkan sahur

3) Kesungguhan ibadah pada awal Ramadan sahaja

4) Membaca al-Quran tanpa penghayatan isi kandungan sebagai pedoman hidup

5) Menahan lapar dahaga, tetapi amalan mungkar (cakap dusta, dedah aurat, mengumpat)
masih diteruskan


KELEBIHAN RAMADHAN

1) Bau mulut orang yang berpuasa (di Sisi Allah) lebih wangi daripada bau kasturi

2) Malaikat memohon ampun untuk orang yang berpuasa

3) Membersihkan dosa antara Ramadhan setiap tahun (selagi tiada dosa besar)

4) Pahala memberi makan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala puasa sendiri

5) Bersih daripada dosa bagaikan bayi yang baharu dilahirkan
(bagi yang berpuasa dan mengerjakan ibadah pada malam dengan penuh iman,
se rta mengharapkan Redha Ilahi semata-mata.

Wallahu a'lam.

Friday, August 21, 2009

WARNA-WARNI MERDEKA DI SMK ST MICHAEL, IPOH (MICHAELIAN'S CLASSROOM DECORATION FOR MERDEKA CELEBRATION)

Ipoh, Jumaat: 21 Ogos 2009 / 30 Syaaban 1430



Sempena perayaan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-52, Unit Hal-Ehwal Murid, SMK St Michael, Ipoh (SMI) telah menganjurkan pertandingan menghias kelas. Tema, isi dan kreativiti yang diketengahkan perlu sesuai dengan semangat menzahirkan jati diri atas nikmat kemerdekaan negara. Generasi muda pasti memiliki cara tersendiri bagi menghargai pengorbanan dan susah payah generasi dahulu dalam perjuangan membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah durjana.



Panel juri diketuai penulis blog sendiri, serta dianggotai juga oleh Cikgu Ibrahim Ahmad (Jabatan Seni) dan Cikgu Prakas Rao, guru data. Lawatan ke setiap bilik darjah sambil mencatat butiran markah dilaksanakan dengan jayanya. Seperti biasa, keputusan juri adalah muktamad, kecuali dalam kes-kes khas yang boleh dirayu terus kepada pengetua sebagai pemimpin utama sekolah.



Kira-kira satu per tiga bilik darjah mencapai tahap cemerlang. Tema dan isi dipersembahkan dengan jelas dan jitu, manakala elemen kreativiti jelas menyerlah.


Antara yang menarik perhatian juri, walaupun tidak semestinya muncul sebagai pemenang ialah kelas 5V1. Di samping menghias bilik darjah dengan Jalur Gemilang, lampu hiasan perayaan turut dipasang. Murid 5V1 cuba "mempengaruhi juri" menyatakan kecuali Jalur Gemilang, bahan lain dibeli dengan duit poket sendiri.

Kelas 5S5 pula menampilkan gimik seawal di muka pintu lagi. Juri dihadiahi seuntai bunga telur yang disi gula-gula. Sebaik melangkah ke ruang bilik darjah, juri didendangkan dengan lagu "Warisan" yang dipersembahkan secara unplug. Risalah penerangan ringkas turut diberi.

Saingan terkuat 5S5 ialah 5S3 yang menggabungkan ilham guru kelas (Puan Athika) dengan pelajar. Mereka mengambil konsep terowong masa untuk mempamerkan sejarah kedatangan penjajah yang dimulai pada tahun 1511. 5S3 juga menyediakan sudut arkib mini yang memuatkan pelbagai catatan sejarah penting buat tatapan pengunjung.

Kelas 4S2 pula mengambil idea beras warna-warni yang membentuk logo "Satu Malaysia".
Begitu juga LSS 3 yang menampilkan konsep kolum yang serupa. Malah, kipas dan lampu kalimantang turut dibaluti Jalur Gemilang! Sebuah bilik darjah prauniversiti 6 Rendah pula menggantung kostum kaum-kaum utama Malaysia.

Kedudukan pemenang akan dumumkan sesudah cuti pertengahan penggal 2. Ketiga-tiga juri bakal bersidang bagi menentukan juara. Diharap bahawa momentum merdeka masih hangat apabila sekolah dibuka semula pada 1 September 2010.


Hiasan menarik turut dirakam oleh kamera Bro. Matthews (Majalah The Michaelian), dan Cikgu Vellu (PK HEM merangkap pengerusi pertandingan). Murid dan pelajar SMI memang bijak memanfaatkan internet untuk memperoleh bahan terbaik. Kejayaan pertandingan menunjukkan bahawa proses pendidikan patriotisme telah mengambil tempat di hati generasi muda.

Thursday, August 20, 2009

MENJELANG PEPERIKSAAN DI SMK ST MICHAEL, IPOH (TRIAL EXAM JUST AROUND THE CORNER: MICHAELIAN'S PLANNING FOR THE ELEVENTH HOURS SITUATION)

Ipoh: Khamis 20 Og0s 2009 / 29 Syaaban 1430



Peperiksaan percubaan PMR sudah berlalu. Kini, giliran murid tingkatan 5 dan pelajar prauniversiti 6 Atas bakal menduduki peperiksaan berkenaan yang bermula seawal 1 September ini. Kebanyakan kertas soalan disediakan secara berpusat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan berstatus sulit.



Prinsip kerahsiaan dan keselamatan kertas peperiksaan sedemikian menjadikan calon SPM / STPM berpeluang merasai pengalaman mirip peperiksaan awam yang sebenar. Semua sekolah di negeri Perak Darul Ridzuan akan melaksanakannya secara serentak. Tiada kompromi tentang ketepatan masa. Maka, jika berlaku sebaliknya, prinsip kuarantin akan digunakan.

SMI, atas dasar prihatin telah merancang beberapa program yang diharapkan berupaya menolong murid dan pelajar membuat persediaan yang mantap untuk peperiksaan. Beberapa tenaga penceramah dan pemudah cara yang berpengalaman luas dalam hal ehwal penulisan jawapan telah dijemput untuk memberi input. Walaupun SMI sendiri tidak kurang dengan kepakaran dalaman, namun kelainan yang mungkin dibawa oleh pakar luar sekolah difikirkan dapat menyuntik keyakinan dalam kalangan calon peperiksaan SMI.

SMI menghormati keperluan kerahsiaan dalam kalangan pakar yang dijemput. Justeru, penekanan lebih menjurus kepada perancangan dan teknik penulisan jawapan yang bersesuaian dengan tugasan soalan. Perkara yang sama juga tertulis dalam sisipan akhbar utama dan portal bimbingan peperiksaan.



Seperti biasa, respons peserta program persediaan peperiksaan didapati bercampur-campur. Ada yang memberi sepenuh perhatian, ada yang kelihatan bersahaja dan terdapat segelintir peserta yang seperti tidak ambil kisah. Namun, bersama-samalah kita tunggu hasilnya pada awal Mac 2010 apabila keputusan peperiksaan SPM / STPM diumumkan.

Walaupun sistem pendidikan berorientasi peperiksaan sentiasa menjadi isu dan modal kritikan, namun tanpa peperiksaan sebagai instrumen pengukuran dan penilaian pembelajaran, apakah yang bakal berlaku dalam aktiviti harian di bilik darjah? Para pengkritik seharusnya juga membuat saranan tentang pilihan lain yang berkemungkinan dapat membantu sistem persekolahan. Metafora tentang bidang pendidikan ialah "idea berbaris panjang untuk ditalakan kepada sistem pendidikan" (queing ideas for education).

Wednesday, August 19, 2009

KELAB BADMINTON SMI BERJAYA DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN JELAPANG (THE WINNING SHOT OF ST MICHAEL'S INSTITUTION STAFF BADMINTON CLUB)

Ipoh,Rabu: 19 Ogos 2009 / 28 Syaaban 1430







Kelab Badminton Staf SMI bertandang ke gelanggang badminton Institut Latihan Perindustrian Jelapang (ILP)untuk perlawanan persahabatan pusingan pertama yang diatur antara En. Ibrahim (Presiden) dengan En. Azrul (ILP). Lima beregu dipertemukan dengan kiraan mata format lama 15 dan tukar servis. Perlawanan berlangsung dalam suasana mesra, namun tetap boleh tahan sengitnya.










Akhirnya, SMI berjaya menghadiahkan kemenangan kepada ILP 1 - 4. Pasangan Maulid - Prakas berjaya menewaskan pasangan utama ILP 2-1. Namun, malang buat pasangan Zulkefli Sulaiman - Azmi yang mendahului 14-1 dalam set penentuan terpaksa akur dengan 15-17. Beregu lain yang diturunkan ialah Shahruzaman-Badrul, Ahmad Syakir-Ibrahim, dan penulis blog-Haji Zul.










Ketiga-tiga beregu terakhir SMI itu berjaya memberikan kemenangan kepada pihak lawan dengan agregat 0-2. Tiga tonggak SMI yang tidak dapat diturunkan ialah Ravi, Chin, dan Saiful. Insya-Allah, mereka bakal memberi cabaran getir buat ILP dalam siri 2 yang bakal diatur selepas hari raya kelak. Kombinasi beregu terbaik bakal mengalami rombakan selepas sesi sparring dan ranking dijalankan.










Pihak SMI mengucapkan terima kasih daun keladi kepada skuad ILP. Satu post-mortem bakal dibuat untuk menghadirkan saingan lebih hebat kepada pasukan ILP. Kehadiran Tuan Haji Sidek selaku penasihat kehormat kelab telah sedikit sebanyak dapat membantu Kelab Badminton Staf SMI membuat analisis lebih terperinci, Insya-Allah.

Sunday, August 16, 2009

PROGRAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU GEMILANG SPM 2009 (ESSAY WRITING GUIDANCE FOR SPM CANDIDATE AT ST MICHAEL'S INSTITUTION)

Ipoh, Isnin: 17 Ogos 2009 / 26 Syaaban 1430

{paronblur="try ent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVIidEVSclujnu4M2HJ_cbDcOL73dQjPFNiVsCSKKQV60h5A0AFUB3sbGzmtIokmMdwLpUjKW9Fv-KaFCpINF8kprIPjZVN3rzShBJAk5SmDUIvITgXGrl19PsmUnGGDVc2U-Rlgug-p4/s1600-h/satu.JPG">

Lanjutan program Gemilang Bahasa Melayu SPM siri 1 yang lalu, bertempat di bilik studio Pusat Sumber SMK St Michael, Ipoh (SMI), sejumlah 23 orang pelajar telah hadir untuk meneroka teknik penulisan karangan peringkat SPM. Tumpuan diberikan terhadap bahagian pendahuluan yang menjadi titik tolak sebuah karangan yang berkesan. Pemudah cara utama ialah Tuan Haji Mohamad Sidek bin Haji Zakaria, Guru Kanan Bahasa SMI, sambil dibantu oleh Puan Roslinda dan penulis blog sendiri.



Program dua jam itu diisi dengan tunjuk cara terperinci pembinaan dan pengembangan ayat, sumbang saran dan latihan akses kendiri berdasarkan input dan modul yang disarankan. Tuan Haji Sidek telah sudi berkongsi formula ajaib beliau, iaitu MIKO, bukti, kesan dan peribahasa yang menunjangi antara tiga hingga lima ayat dalam bahagian pengenalan. Peserta dilatih mengaplikasikannya mengikut keperluan tugasan karangan Bahagian A (karangan tertutup, tersurat) dan karangan Bahagian B (karangan terbuka, tersirat).



Peserta dibimbing untuk menggunakan perkataan pertama yang bersesuaian untuk digandingkan dengan frasa lain yang membentuk tubuh ayat. Misalnya untuk MIKO (masa, bukti, kesan, orang) dimulai dengan "Pada masa ini.." (tiga patah perkataan), bukan "Kini,.." (satu patah perkataan sahaja) bagi mengatasi masalah karangan tidak cukup jumlah perkataan. Ayat kedua "Buktinya,..." boleh dikembangkan dengan menulis "Berdasarkan sumber yang layak dipercayai,...". Perkataan "Masyarakat" untuk ayat ketiga boleh ditukar kepada "Pelbagai pihak termasuk orang ramai, pemimpin negara dan pihak berkusa...".

Pemilihan peribahasa atau cogan kata sebagai unsur kecindan dalam karangan seharusnya diberi perhatian oleh setiap calon SPM. Bagi peserta yang menghadapi kesukaran mengingat peribahasa, Tuan Haji Sidek mengesyorkan bebarapa peribahasa asas yang boleh digunakan. Misalnya, "Tetapi sayang, keadaan nasi menjadi bubur masih ketara walaupun pelbagai langkah mengatasi masalah ..... telah diambil.

Maklum balas dan penglibatan peserta begitu menggalakkan. Beberapa kemusykilan yang telah lama disimpan berjaya diselesaikan. Latihan menulis bahagaian pengenalan karangan menunjukkan peserta berjaya menulis tiga hingga lima ayat dengan jumlah perkataan antara 60 hingga 70 patah perkataan.

JALUR GEMILANG SEBAGAI LAMBANG PATRIOTISME: SI JUJUR DAN SI PENDUSTA (THE MEANINGS OF NATIONAL FLAG AND PATRIOTISM AMONGST MALAYSIAN)

Pada zaman dahulu, bendera lebih dikenal sebagai panji-panji. Ketika berlaku pertempuran dan peperangan (secara berhadapan, konvensional), anggota ketumbukan hadapan akan sentiasa menjulang dan mengibarkan panji-panji sebagai lambang maruah dan perjuangan. Mereka juga melaungkan slogan tertentu sebagai pembakar semangat supaya tidak gentar berhadapan dengan musuh dan risiko gugur di medan tempur. Berpantang maut sebelum ajal!

Mungkin peperangan berbentuk demikian masih berlaku di benua Afrika dan Amerika Latin, serta taktik serangan gerila dalam kalangan pejuang yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai puak pemisah. Sebaliknya peperangan berskala besar seperti yang dilancarkan oleh Pentagon terhadap Afghanistan dan Iraq menggunakan serangan berteknologi tinggi menerusi intipan satelit, peluru berpandu dan jet tempur kawalan jauh tanpa juruterbang. Setelah sasaran strategik dan pangkalan lawan dimusnahkan, barulah tentera darat memasuki bandar dan desa untuk melemahkan saki-baki penentangan.

Generasi muda Malaysia mempelajari situasi perang menerusi filem, simulasi permainan dan pembacaan. Pelajar sekolah didedahkan dengan peristiwa perang tempatan sebelum merdeka menerusi buku Sejarah dan novel wajib komsas. Pengalaman peribadi boleh dikatakan sifar.

Maka, cara untuk membangkitkan rasa cinta negara dan kesanggupan mempertaruh jiwa raga demi nusa dan pertiwi ialah dengan menghormati lambang-lambang negara. Jalur Gemilang, iaitu bendera kebangsaan berkibar dengan megah di merata-rata pelosok negara. Malah, ketika jalur gemilang dinaikkan bagi mengiringi lagu “Negaraku”, semua hadirin diminta berdiri tegak. Kini, jurugambar juga tidak dikecualikan daripada berbuat demikian.

Sempena bulan kemerdekaan sepanjang Ogos ini, pengibaran Jalur Gemilang menjadi lebih banyak dan bervariasi. Ada bendera gergasi, dan ada bendera panjang yang membungkus keseluruhan pagar sesebuah institusi pengajian. Di jalan raya pula kenderaan persendirian, termasuk motosikal dan beca berlumba-lumba melekatkan Jalur Gemilang.

Dua tiga tahun lepas, pengibaran Jalur Gemilang pada kenderaan persendirian kelihatan mencapai tahap maksimum. Ada kenderaan yang memperagakan puluhan bendera negara sehingga timbul teguran dari segi keselamatan pengguna jalan raya. Setelah diselidik, terbongkarlah rahsia peraduan mengibar Jalur Gemilang pada kenderaan persendirian dengan tawaran hadiah yang lumayan juga.

Setelah peraduan ditiadakan, keadaan luar biasa tadi turut pudar. Bak kata orang putih, back to square one! Peniaga bendera juga mengalami kemerosotan jualan yang drastik.

Pemikir amatur tentu membuat kesimpulan mudah bahawa perlakuan seumpama itu menyerlahkan sikap pura-pura masyarakat kita. Mereka hanya sanggup berbuat sesuatu jika ada ganjarannya. Jika sebaliknya, sindrom menarik diri akan muncul sekelip mata!

Patriotisme berasal daripada kata dasar “patria” yang bererti bapa. Pada zaman dahulu, bapa dianggap sebagai kuasa mutlak dalam keluarga. Semua anggota keluarga yang lain mestilah menunjukkan kepatuhan tanpa syarat kepada sang bapa. Maka, negara juga dinisbahkan dengan kedudukan bapa itu.

Masyarakat timur pula lebih senang merujuk negara kepada ibu. Misalnya, ibu pertiwi. Lirik “Bahtera Merdeka”, sebuah lagu malar hijau (evergreen) yang sentiasa berkumandang sepanjang bulan kemerdekaan juga dimulai dengan bait “Bonda senyum riang menerima bahtera merdeka, tanah semenanjung permata nilam…”

Perubahan entiti geopolitik pasca-Perang Dunia Kedua telah mewujudkan konsep negara bangsa (nation state) . Sebagai contoh, Tanah Hijjaz telah dipecahkan kepada puluhan negara Arab oleh penjajah Barat yang menganut doktrin pecah dan perintah (divide et empera). Walaupun masih bernaung di bawah Liga Arab, kata sepakat didapati ialah suatu keajaiban.

Generasi muda Malaysia patut menyedari hakikat ini. Walaupun penjajah Barat tidak hadir secara fizikal, mereka tidak pernah jemu berusaha melakukan penaklukan secara senyap menerusi penyebaran ideologi, cara berfikir dan kecenderungan acuan Barat. Dr. Siddiq Fadhil, seorang sarjana ulung negara menamakan fenomena itu sebagai “al-ghazwul-fikri” atau serangan pemikiran.

Ibarat perlumbaan, kita sudah lama meninggalkan garis mula, dan kini tertumpu untuk pecutan. Maknanya, sejarah tidak bisa diubah. Namun, jika kita alpa, cuai dan leka, tidak mustahil bahawa sejarah pahit nenek moyang kita berulang kembali. Marilah kita berwaspada terhadap musuh yang tidak kelihatan.

Ayuh sama-sama kita berlaku jujur pada Jalur Gemilang. Janganlah sampai kita dicop sebagai pendusta yang hanya mengibarkan Jalur Gemilang jika ada peluang mendapat ganjaran. Biar di sanubari kita juga bertekad membawa Malaysia ke mercu kegemilangan dengan menyemai disiplin, jati diri dan kesungguhan untuk berbakti dengan cara yang kita mampu.

Merdeka, merdeka, merdeka!!!

Friday, August 14, 2009

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SMI (THE LAUNCHING OF THE 52ND YEARS OF INDEPENDENCE CELEBRATION)

Ipoh, Sabtu: 15 Ogos 2009 / 24 Syaaban 1430




Bulan Ogos sentiasa istimewa bagi seluruh rakyat Malaysia. Nostalgia pengisytiharan kemerdekaan diulang tayang saban waktu di kaca televisyen. Warga SMK St Michael, Ipoh (SMI) tidak mahu ketinggalan bagi memeriahkan sambutan perayaan yang menggetarkan jiwa raga dan mengetuk jendela nurani seluruh insan yang berjiwa merdeka.

Bertempat di tapak perhimpunan mingguan, satu majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan peringkat SMK St. Michael, Ipoh dilancarkan oleh Encik Phoon Chong Chee, pengetua SMI. Program ini bertujuan memupuk semangat patriotik dan pengukuhan jati diri dalam kalangan warga SMI. Beberapa gimik dipersembahkan sebagai tanda pengisian aktiviti yang menjurus kepada tujuan yang ditetapkan.


Acara dimulai dengan ucapan tuan pengetua. Antara lain, beliau mengharapkan bahawa semangat cinta negara akan dipindahkan dalam bentuk tingkah laku pelajar cemerlang yang bakal menjulang nama SMI di persada dunia pendidikan. Beliau mahu Michaelian membuktikan elemen kemerdekaan itu dengan komitmen disiplin dan akademik yang tinggi.

Program anjuran Unit Hal Ehwal Murid itu diteruskan dengan persembahan koir Persatuan Bahasa Inggeris (Michaelian's English Language Society, MELS) dan koir Tingkatan Enam Rendah. Seterusnya, pasukan pancaragam sekolah kedua terbaik di negeri Perak (Michaelian's Military Band) menampilkan lagu "Setia", "Tanah Pusaka" dan "Alcalde" yang mendapat tepukan gemuruh hadirin. Selain itu, seorang pelajar tingkatan enam rendah turut mendeklamasikan sajak kemerdekaan.

Sebelum majlis diakhiri dengan lagu sekolah, satu upacara simbolik penyerahan bendera kepada semua moderator tingkatan disempurnakan oleh Encik Vellupillai a/l Ponnudurai, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMI. Hadirin kelihatan teruja. Kepuasan jelas terpancar di wajah mereka.

Merdeka, merdeka, merdeka!!!

Wednesday, August 12, 2009

WABAK SELESEMA BABI MENCEMASKAN WARGA IPOH (THE INFLUENZA H1N1 PANDEMIC SCARED THE CITY FOLKS)

Ipoh, Rabu: 12 Ogos 2009 / 21 Syaaban 1430

Ramalan dan unjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bernaung di bawah Bangsa Bersatu memang mencemaskan rakyat Malaysia. Dianggarkan sejumlah 500,000 rakyat Malaysia dikatakan akan terkena jangkitan selesema babi, dengan angka korban mencecah 28,000 orang. Maknanya, catatan 42 kes kematian sehingga semalam menunjukkan bahawa penularan wabak baru pada peringkat awal.

Vaksin melawan jangkitan selesema babi baharu sahaja tiba secara besar-besaran di Malaysia. Marilah kita berdoa mudah-mudahan ramalan dan unjuran WHO itu tidak benar. Ya Allah, panjangkan umur kami dan murahkan rezeki kami. Dengan kemurahan-Mu jauhilah kami daripada azab dan bala bencana akibat wabak selesema babi. Amin.

Dalam pada itu, masih ada pihak yang secara tiba-tiba bagaikan mendapat durian runtuh. Klinik swasta dan farmasi diserbu hampir saban waktu. Produk penyembur anti bakteria dan pencuci tangan pelbagai jenama menjadi rebutan sehingga kehabisan stok dalam tempoh yang singkat. Cakap-cakap dan temberang jurujual langsung mungkin sekali laku pada ketika ini.

Di sana sini, termasuk dalam kalangan warga sekolah kelihatan orang memakai topeng perlindungan. Kalau dulu mereka memperli si pemakai purdah yang menutup hidung dan mulut, kini giliran mereka berbuat perkara yang serupa sudah tiba! Malangnya, sudah ada pula penjenayah yang mengambil kesempatan melakukan penyamaran sebagai pemakai topeng perlindungan supaya identiti mereka sukar dicam.

Wabak selesema babi sebenarnya menambah sesenarai panjang ancaman jangkitan terhadap warga kota secara besar-besaran bermula dengan demam denggi, koksaki, J.E. (virus nipah), selesema burung, penyakit kuku dan mulut, pneumonia, dan lain-lain lagi. Kebanjiran pendatang asing pula mengembalikan penyakit yang hampir dapat dicegah sepenuhnya di Malaysia seperti cacar, batuk kering, polio dan untut.

Pada peringkat permulaan penularan selesema babi, rakyat Malaysia digesa supaya menunda dahulu aktiviti perjalanan dan pelancongan ke destinasi luar negara, khususnya ke negara berisiko tinggi seperti Mexico, Amerika Syarikat dan Australia. Namun, seperti biasa masih terdapat sebilangan rakyat yang berasa diri mereka kebal dan mempunyai sistem pertahanan fisiologi (antibodi, imuniti) yang sukar ditembusi serangan virus selesema babi.

Banyak kes membuktikan golongan ’degil’ berkenaan menyumbang terhadap penularan wabak selesema babi ketika ini. Keadaannya ialah seakan-akan negara kita sudah terkepung oleh virus selesema babi. Untuk bolos dari jangkitan, hanya kepada Allah kita bergantung harap.

Sektor pelancongan terjejas dengan teruk. Tempahan penginapan hotel dibatalkan dalam skala yang besar. Majlis rasmi dan keramaian juga menerima nasib yang serupa. Maka, syarikat, ejen, dan pekerja sektor yang berkaitan dengan ketibaan pelancong dan pengurusan majlis sekali lagi melalui tempoh suram menyusuli ujian berat jerebu, taufan dan tsunami beberapa tahun belakangan.

Ada pihak yang mendakwa bahawa fenomena dan wabak selesema babi bukanlah perkara baru. Kata mereka, pada zaman dahulu lagi banyak kes penularan sesuatu wabak telah berlaku tanpa nama dan publisiti. Bomoh dan dukun yang menjadi rujukan hanya memberi diagnosis dan rawatan palsu. Tiada SMS, MMS, facebook, myspace dan twitter sebagai medium jaringan maklumat.

Dari sudut yang lain pula, ada kalangan yang mengatakan penularan wabak selesema babi secara global ini ialah peringatan dari Tuhan Rabbul-Alamin. Manusia sudah sampai ke kemuncak kezaliman, kemungkaran dan kemaksiatan. Penzina dan pelaku maksiat disanjung tinggi. Mereka bahkan diangkat sebagai duta hak asasi manusia dan duta perlindungan flora-fauna sedunia. Orang-orang alim dan warak pula dicemuh, dinista dan diancam keselamatan mereka. Pengganas sebenar menggelar pejuang suci sebagai pengganas yang perlu diburu hingga ke lubang cacing!

Kita boleh sahaja berbahas, berdebat dan berforum hingga ke dini hari. Namun, pada akhirnya kesimpulannya akan sama, iaitu wabak selesema babi sudah berlegar di sekeliling kita mengintai mangsa yang cuai dan lemah. Virus H1N1 tidak mengira orang jahat, orang baik, bangsawan atau si miskin. Sesiapa jua berpotensi untuk dijangkiti.

Marilah kita bersama-sama berikhtiar melawan ancaman pandemik selesema babi. Jangan sesekali kita mengalah dan menyerah begitu sahaja. Di samping akur akan nasihat profesional perubatan, senjata ampuh yang masih ada pada kita ialah doa. Pada detik-detik getir yang melibatkan nyawa dan kehidupan kita, kepada Allah jua kita bermunajat agar Malaysia segera bebas dari bala selesema babi. Amin...

Tuesday, August 11, 2009

NOTA PENYELIDIKAN UNTUK PELAJAR TINGKATAN ENAM (LECTURE ON RESEARCH FOR PREUNIVERSITY SIXTH FORM)


1) Secara mudah, penyelidikan ialah usaha memanfaatkan perolehan data bagi mencari kemungkinan jawapan terhadap masalah yang telah dikenal pasti terlebih dahulu.

2) Data ialah kata jamak (plural) bagi kata tunggal (singular) datum. Data ialah maklumat terpilih.

3) Sebagai maklumat terpilih, data mesti mempunyai ciri autentik, iaitu kesahan dan kebolehpercayaan yang boleh dipertahankan. Maka, perolehan data perlu melalui disiplin dan proses yang tertib.

4) Data dalam penyelidikan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kuantitatif dan kualitatif. Pemilihan data tertakluk kepada reka bentuk objektif, soalan dan instrumen kajian.

5) Data kuantitatif bertujuan mendapatkan angka-angka yang menjurus kepada pembinaan inferens [kesimpulan]. Sebelum itu, data mentah perlu dianalisis berdasarkan keperluan penyelidikan. Misalnya, jika bertujuan sekadar huraian deskriptif (min, pangkatan min, median, mod, sisihan piawai), penyelidik hanya perlu menyediakan jadual yang sederhana dengan memasukkan bilangan dan peratusan, nilai min dengan dua titik perpuluhan dan sisihan piawai (serakan data daripada ukuran kecenderungan memusat). Kini, terdapat banyak perisian, contohnya Statistical Package for Social Sciences, SPSS yang mampu memproses data dengan cepat lagi tepat.

6) Penyelidik yang hendak mendapatkan perbandingan boleh melakukan pelbagai ujian-t, manakala penyelidik yang hendak menguji perkaitan antara dua pemboleh ubah boleh melakukan ujian korelasi. Ujian persandaran (association) pula boleh diselesaikan dengan hitungan chi-square.

7) Justeru penyelidikan dilakukan oleh manusia, suatu anggaran ralat (variance) hendaklah dinyatakan. Misalnya penyelidik mencatat nilai alpha = 0.05 (baca: benar pada aras keertian / signifikan 95%). Maknanya, penyelidik memberi ruang kesilapan sebanyak 5% atas sebab kebetulan.

8) Nilai alpha paling tinggi yang dibenarkan ialah 0.1, manakala yang terendah ialah 0.01. Namun, kedua-dua nilai alpha ini jarang-jarang digunakan kerana risikonya agak tinggi dan terdedah kepada keraguan.

9) Perolehan data kualitatif sebenarnya lebih mencabar. Berbanding dengan data kuantitatif yang terhasil daripada sampel populasi yang secara relatifnya lebih besar, data kualitatif bertumpu kepada beberapa subjek penyelidikan (responden) yang mungkin sekadar dua orang. Maka, etika dari segi kerahsiaan dan persetujuan berpengetahuan mesti dititikberatkan.

10) Data kualitatif juga memerlukan penyelidik melakukan beberapa proses transkripsi data mentah (catatan perbualan secara ayat demi ayat, verbatim), nota lapangan dan rakaman. Setelah itu, penyelidik seharusnya mendapatkan pengesahan daripada responden supaya tiada kesilapan dilakukan dalam analisis data.

11) Terdapat dua jenis kesilapan dalam inferens data kuantitatif, iaitu:
a: membenarkan inferens yang salah; dan
b: menyalahkan inferens yang benar.

12) Dalam keadaan yang ideal, kedua-dua kesilapan di atas hendaklah dielakkan sama sekali. Namun, jika terpaksa memilih salah satu kesilapan sahaja, apakah pilihan yang lebih selamat?

13) Katakan kita membuat analogi penyelidikan sebagai keputusan yang mesti dibuat oleh seorang hakim. Dari segi prinsip keadilan semula jadi (natural justice), melepaskan orang yang bersalah adalah lebih baik daripada menghukum orang yang tidak bersalah. Maknanya, kesilapan jenis a: lebih ringan daripada kesilapan jenis b:

14) Contoh inferens yang mungkin mengandungi kedua-dua jenis kesilapan:
“Penggunaan muzik dalam pembelajaran ekonomi meningkatkan pencapaian pelajar”.

Jika berlaku kesilapan jenis a: keputusannya ialah muzik tidak digunakan dalam pembelajaran ekonomi, manakala jika berlaku kesilapan jenis b: muzik akan digunakan. Keputusan pertama tidak melibatkan sebarang perubahan (mengekalkan status quo), manakala keputusan kedua melibatkan perubahan (alat, masa, skrip dan lain-lain yang memerlukan perbelanjaan). Dalam kes sedemikian, keputusan pertama lebih elok dilaksanakan.

15) Secara ringkas, penyelidikan harus melalui proses berikut:

penyataan masalah penyelidikan --> membentuk objektif penyelidikan -->
memuktamadkan soalan penyelidikan --> tinjauan penulisan --> pemilihan kaedah --> instrumentasi --> pentadbiran --> analisis data --> inferens --> kesimpulan dan cadangan.

16) Pada akhirnya, penyelidikan menyumbang terhadap tubuh ilmu. Perkembangan semua bidang ilmu sama ada bidang sains tulen (fizik, kimia, biologi), sains gunaan (kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, komputer, perubatan, farmasi), mahupun sains sosial (ekonomi, antropologi, sosiologi, komunikasi, sejarah) datang daripada dapatan penyelidikan.

17) Satu penyelidikan menghasilkan dapatan. Beberapa dapatan yang konsisten (tekal) menghasilkan teori. Teori yang didapati benar dalam banyak keadaan dinaik taraf menjadi hukum.

18) Sumbangan penyelidikan terhadap tamadun manusia begitu besar ertinya. Menerusi penyelidikan, manusia tidak lagi bergantung kepada pendapat-pendapat popular (falasi, fallacy ), iaitu penyataan yang berstatus palsu kerana tidak disokong oleh data. Namun, dianggarkan 80% manusia masih bergantung kepada falasi.

19) Sesebuah negara yang maju sentiasa membudayakan penyelidikan dalam kalangan rakyatnya. Justeru demikian, keputusan memperkenalkan penyelidikan sebagai satu komponen pengajian tingkatan enam (prauniversiti) sangatlah tepat. Kecenderungan terhadap penyelidikan bererti bahawa inovasi (pembaharuan) lebih cepat berlaku. Kaedah cuba jaya (trial and error) pula bakal diminimumkan.

20. Cabaran utama dalam melaksanakan penyelidikan dalam kalangan pelajar tingkatan enam ialah penerimaan input yang membentuk tanggapan yang salah (misperception). Kerja penyelidikan dianggap kerja leceh. Penulis blog pernah mendengar keluhan seorang pegawai berstatus Jusa C, “banyak penyelidikan pun, sekolah macam itu juga, budak bising, masalah ponteng tidak beres-beres.”

21. Penyelidik perlu tegas dengan prinsip bahawa ada data lebih baik daripada tiada data. Kekurangan dalam sesuatu penyelidikan boleh ditampung dengan penyelidikan yang lain. Pepatah Inggeris mengatakan “the winners never quit, the quitters never win”.

Kepada semua pelajar tingkatan enam (prauniversiti): selamat datang ke dunia penyelidikan!

Friday, August 7, 2009

KEM JAYA DIRI EKONOMI STPM (ECONOMICS CAMP FOR MICHAELIAN'S UPPER SIX)

Ipoh: Jumaat, 7 Ogos 2009 (16 Syaaban 1430)

Sejak tahun 2006 pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM di SMK St Michael, Ipoh (SMI) mencatatkan peningkatan yang berterusan dari segi peratusan calon yang memperoleh prinsipal penuh. Sebagai contoh, pada tahun 2008, peratusan yang dicatat ialah 76 peratus, jauh mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan. Bilangan yang mendapat prinsipal A ialah 20 orang daripada 75 orang calon, atau kira-kira 28 %.

Namun demikian, sesuai dengan prinsip kualiti, iaitu "maraton tanpa garis penamat" atau "quality never ends", sasaran seterusnya ialah untuk mensifarkan gred F. Hal ini kerana gred F menandakan seolah-olah proses pembelajaran mungkin sekali tidak berlaku. Calon yang mendapat F juga mungkin mencatat 0 markah. Jika bilangan calon yang meraih F masih tinggi, reputasi SMI mungkin terjejas.

Penulis blog ialah ketua panitia Ekonomi, di samping menjalankan tugas Guru Kanan Vokasional dan Teknik, di samping sebagai penyelaras mata pelajaran Ekonomi Tingkatan Enam. Sejak bertugas di SMI mulai 2005, penulis blog memasang impian supaya mata pelajaran Ekonomi STPM mampu mencapai tahap 100%. Hal itu bukanlah sukar justeru penulis blog juga pernah menjadi ketua panitia Ekonomi di Sekolah Menengah Teknik, Ipoh dan untuk beberapa tahun berturut-turut mencatat 100 peratus, serta "Sifar F".

Maka, pada setiap kali mesyuarat panitia, projek Sifar F diberi penegasan. Selain rutin pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, program nilai tambah perlu dilaksanakan. Antaranya bengkel, seminar dan ceramah pakar. Mulai tahun lepas, panitia telah memutuskan untuk menganjurkan Kem Jaya Diri yang menjurus kepada motivasi kendiri.

Kem Jaya Diri kali ini disertai oleh sejumlah 32 orang pelajar Ekonomi yang terpilih, tidak termasuk beberapa orang pelajar yang mendaftar sebagai peserta secara sukarela. Kali ini kem dianjurkan secara bersama oleh Panitia Ekonomi dan Panitia Pengurusan Perniagaan yang diterajui Puan Azura binti Abdul Rahim. Moderator dan pemudah cara kem ialah Cikgu Maulid bin Ismail yang berpengalaman berkhidmat sebagai personel sumber manusia dan latihan di sekor swasta selama tujuh tahun sebelum menceburi kerjaya keguruan.

Peserta kem diminta menilai kembali matlamat mereka membuat keputusan menyambung pengajian prauniversiti di SMI. Peserta juga didedahkan dengan graf masa bagi mengimbas kembali profil keseronokan belajar sejak di bangku sekolah rendah. Mereka dikehendaki memberi justifikasi turun naik "mood" belajar.

Di samping itu terdapat aktiviti fizikal seperti senaman jari, laungan suara, dan pergerakan berkumpulan. Peserta juga membentangkan hasil perbincangan untuk melakukan perubahan momentum pembelajaran menjelang peperiksaan percubaan pada awal September, dan seterusnya untuk STPM yang bermula pada pertengahan bulan November ini.


Berdasarkan keceriaan di wajah semua peserta, interaksi dengan pemudah cara, dan kerancakan aktiviti berkumpulan, kem yang dianjurkan kelihatan berjaya mencapai semua objektif yang digariskan. Antara lain, peserta dapat membuat analisis SWOT, iaitu analisis kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman terhadap proses pembelajaran. Di samping itu para peserta memperbaharui sasaran pencapaian STPM 2009, dan menyenaraikan tindakan segera yang menjurus terhadap pencapaian gred prinsipal yang tertinggi.

Motivasi secara umum tidaklah memadai. Justeru, Encik Maulid turut membimbing peserta mengenal pasti bidang dan tajuk dalam kedua-dua mata pelajaran (Ekonomi dan Pengajian Perniagaan) yang boleh diberi tumpuan untuk markah lulus, kepujian dan cemerlang. Penulisan jawapan dalam persekitaran dewan peperiksaan juga turut disentuh.

Berdasarkan pengalaman penganjuran kem jaya diri calon STPM kohort 2008, kem kali ini dijangka memberi impak besar terhadap peningkatan peratusan prinsipal dalam STPM 2009. Calon yang berisiko kecundang telah berjaya dimasukkan dalam kelompok prinsipal. Data pencapaian itu mendapati bahawa gabungan antara motivasi kendiri dengan bimbingan guru menjadi resepi pencapaian kecemerlangan. Mudah-mudahan begitulah hendaknya...

PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA SMI (ALL OUT TO HELP MICHAELIAN TO GET HIGH SCORE IN BAHASA MELAYU SPM)


Ipoh, Rabu: 6 Ogos 2009 (15 Syaaban 1430)

Sejumlah 46 orang murid tingkatan 5 telah dipilih khas untuk menyertai program kecemerlangan Bahasa Melayu SPM. Program selama hampir tiga jam itu dikendalikan sendiri oleh Guru Kanan Bahasa SMK St Michael, Ipoh (SMI), Tuan Haji Mohamad Sidek bin Haji Zakaria. Para peserta telah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kaedah pintar bahasa yang merupakan hak cipta terpelihara Tuan Haji Sidek yang berpengalaman mengajar bahasa kira-kira 30 tahun.

Tumpuan program ialah penulisan rumusan, iaitu soalan 1 dalam kertas 2. Berdasarkan maklum balas guru-guru Bahasa Melayu SMI, kebolehan murid menjawab rumusan akan menjadi faktor kritikal pencapaian mereka dalam kertas berkenaan. Penekanan diberi kepada bahagian pengenalan dan kesimpulan. Sejumlah 10 soalan tanpa petikan digunakan sebagai modul latih tubi permulaan.

Tujuan penulisan bahagian pengenalan ialah untuk memastikan bahawa bakal-bakal calon SPM berkenaan mempunyai sekurang-kurangnya satu ayat sendiri. Keadaan itu dikira selamat supaya tiada penalti “salin bulat-bulat” dikenakan. Konsep petikan sebagai bahan tersurat sepenuhnya membawa implikasi bahawa bahagian pengenalan hanya mengambil kira tugasan soalan berhuruf tebal sebelum perkataan “dan”.

Pada permulaannya, peserta hanya diminta mencantum frasa “Petikan tentang..” dengan penyataan tugasan bahagian tersurat. Pada pusingan kedua barulah Tuan Haji Sidek menyarankan calon mengubah kata tugas ketiga dalam ayat tugasan. Edaran padanan dan sinonim kata tugas dibekalkan kepada semua peserta.

Setelah peserta didapati mahir menulis bahagian pengenalan, bimbingan diteruskan kepada bahagian kesimpulan. Calon disarankan menggunakan formula khas yang menggabungkan elemen siapa (pihak yang berkepentingan) + cadangan + apa (tugasan tersirat) + harapan (yang mudah). Kali ini peserta dibahagikan kepada lapan kumpulan untuk tujuan pembentangan.

Dengan bantuan meja ke meja, akhirnya didapati bahawa peserta sudah mula menguasai kaedah penulisan kesimpulan yang disarankan. Peserta juga diminta menggunakan hanya “Kesimpulannya” bagi memulakan ayat kesimpulan. Maka perkataan lain seperti “Konklusi”, “Tuntas”, dan sebagainya yang digunakan oleh portal bimbingan pendidikan tertentu, penulis blog, dan guru tuisyen tidak bertauliah tidak digalakkan sama sekali.

Setelah mantap penulisan bahagian pengenalan dan kesimpulan, barulah sesi sumbang saran bahagian isi tersurat dilakukan berasaskan petikan yang diedarkan. Peserta tidak dibenarkan membuat sebarang pindaan terhadap isi petikan, kecuali menambah kata hubung dan penanda wacana untuk memelihara jalinan idea. Bimbingan tentang isi pokok dengan isi bantu dibuat secara intensif supaya peserta hanya menulis kembali isi pokok sahaja.



Bahagian isi tersirat disentuh secara ringkas. Setelah mengenal pasti tugsan soalan, peserta dikehendaki menyebut dua cadangan isi berasaskan kaedah minimum – maksimum (kes biasa – ekstrem). Peserta juga diminta memasukkan sekali pihak yang terbabit dengan saranan isi tersirat itu. Tuan Haji Sidek juga menggunakan beberapa analogi bagi memudahkan perbincangan isi tersirat.

Peserta yang ditemui selepas program menyatakan rasa lega dan puas hati justeru banyak sekali kemusykilan tentang penulisan rumusan telah terungkai. Rata-rata mereka menganggap bahawa program ini menjadi pelengkap dan pengukuh terhadap input yang diperoleh menerusi proses pembelajaran di bilik darjah. Mereka berharap Tuan Haji Sidek akan bersedia pula mengendalikan slot menulis karangan memandangkan peserta mendapat perkhabaran Tuan Haji Sidek mempunyai kod rahsia penulisan karangan.