Kelab Kilas tangkis yang bernaung di bawah Kelab Staf SMK St Michael, Ipoh (SMI) mengadakan pertandingan ujian bagi membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap. Pertandingan ujian yang berlangsung di Kompleks MBI menampilkan format empat kumpulan. Turut memeriahkan pertandingan ialah Tuan Haji Tauhid Ahmad bin Haji Shamsuddin, Penolong Kanan Pentadbiran.
Kumpulan C yang diwakili Cikgu Omar (kaunselor pelajar sesi petang), Cikgu Saiful dan Cikgu Tiong (juga sesi petang), serta Fadilatus-Shiekh al-Ustaz Ahmad Shakir (pagi) telah mencatat kejutan apabila meraih sejumlah 116 mata untuk muncul sebagai pemenang tempat pertama. Dengan perbezaan tujuh mata sahaja (107), kumpulan B yang diwakili Azmi, Shahrin, Ibrahim dan Shahruzzaman menduduki tempat kedua.
Kumpulan penulis blog yang berjaya memenangkan pihak lawan meraih 93 mata. Pemain lain ialah Ravi, Zulkarnain dan Tuan Haji Tauhid. Menurut jurucakap kumpulan, mereka hanya mempamerkan tahap permainan 60 peratus sahaja...
Kumpulan A yang hanya terdiri daripada dua orang pemain (Maulid dan Prakas Rao) berpuas hati dengan 73 mata. Pasangan terbaik disandang oleh Azmi dan Shahrin yang menewaqskan Shakir-Tiong 30-28, Maulid-Prakas 30-26, dan Zulkarnain-penulis blog 30-20.
Hadiah bakal disampaikan pada majlis jamuan tahunan Kelab Staf SMI pada 20 Oktober nanti...
No comments:
Post a Comment