Saturday, October 17, 2009

KELAB KILAS TANGKIS SMI MENGGIATKAN LATIHAN (SMI TEACHER'S BADMINTON CLUB ON INTENSIVE TRAINING)


Kelab Kilas Tangkis yang bernaung di bawah bendera Kelab Staf SMK St Michael, Ipoh (SMI) mara setapak lagi apabila kebanyakan anggota pasukan sanggup membuat "pelaburan" dengan membeli raket, kasut dan aksesori lain yang berkaitan dengan badminton. Peralatan dan aksesori ini bertaraf pertandingan, bukan sekadar untuk sesi latihan biasa. Dengan semangat dan daya juang yang berkobar-kobar, Kelab Kilas Tangkis bakal bertambah hebat. Maka, awas pasukan yang sanggup menyahut cabaran Kilas Tangkis, adanya...


Presiden Kelab Kilas Tangkis, Encik Ibrahim memberitahu bahawa setakat ini sesi latihan dan pertandingan ujian dibuat sesama sendiri. Analisis dan post-mortem dilakukan oleh anggota yang pernah berpengalaman bertanding di peringkat kompetetif atau yang biasa menguruskan pasukan sekolah. Kelab sedang mempertimbangkan suatu klinik mikro khas untuk Kelab Kilas Tangkis supaya para pemain akan mendapat nasihat pakar. Sesi perbincangan mirip persidangan meja bulat juga mungkin diadakan bagai mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi oleh kelab.

Terdapat ura-ura slot latihan mingguan pada petang Jumaat (3.00 - 5.00 petang) ditambah  dengan setiap petang Isnin. Memandangkan ada kalangan anggota yang turut menyertai permainan kumpulan lain secara perseorangan, maka cadangan ini sedang diteliti. Dialog dengan bekas jaguh negeri juga masih di peringkat cadangan supaya sesi latihan, perlawanan ujian dan pertandingan persahabatan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Akhir sekali memandangkan usia pemain Kelab Kilas Tangkis boleh dikategorikan sebagai "veteran" untuk sesuatu pertandingan tahap tinggi, pengetahuan asas tentang sains sukan dan penjagaan kesihatan perlu diberi perhatian. Walaupun zahirnya permainan badminton Kelab Kilas Kilas Tangkis menjurus kepada suka-suka dan keluar peluh, namun stres dan tekanan tetap berlaku tanpa disedari. Pemain badminton sambilan bukan sahaja perlu kecergasan fizikal, bahkan dibimbing oleh kecerdasan emosi. Mungkin inilah keistimewaan Kelab Kilas Tangkis yang boleh dijadikan ikutan...

6 comments:

  1. Salam Cikgu Azhar,
    Setahu saya dlm permain badminton dlm kumpulan cikgu2 smi. Pakatan Cikgu Zulkefli Sulaiman dan Cikgu Ravindran adalah paling hebat. Mereka sudah berpakat untuk acara bergu sejak muda lagi.. William juga rindu pada latihan2 yg pernah sy sertai dulu sebelum ke Ireland. Harap jumpa lagi pada masa akan datang.
    William Yaw

    ReplyDelete
  2. Betul tu... tapi hari tu cikgu zul tak datang, ada urusan mustahak. gambar tu dari arkib. Guru SMI akan bertemu ILP sekali lagi dengan misi menebus kekalahan. Cikgu Zul dah bersedia

    ReplyDelete
  3. tapi ayah angkat saya dah tak ada stamina dah... Semoga berjaya kali ini.. Wish i am there too to be one of the player htat represent SMI..

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas sokong
    akan dimaklumkan kepada ayah angkat
    doakan...

    ReplyDelete
  5. siapa anonymous tu? are you one of the teacher that i know or you know who is my ayah angkat is or could be you are Mr. Azhar?

    ReplyDelete