5 Oktober 2009
Sudah menjadi tradisi SMK St Michael, Ipoh (SMI) mengadakan perhimpunan awal minggu di medan terbuka walaupun memiliki sebuah dewan yang serba indah. Dengan latar panorama bandar raya yang mempersona, serta pagi yang ceria, minda warga SMI sudah bersedia memulakan hari pembelajaran yang baharu.
Nilai hadiah bukanlah ukuran mutlak harga sebuah kejayaan. Perkara yang lebih mustahak ialah proses pembelajaran yang dipupuk dalam setiap aktiviti yang disertai. Maka, harapan untuk melihat kemunculan sebuah generasi muda idaman, sebagai kelompok modal insan minda kelas pertama dan peribadi unggul (towering personality) akan segera menjadi kenyataan...
Meskipun perhimpunan rasmi mingguan biasanya hanya mengambil masa 35 minit, namun selepas nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak Darul Ridzuan, serta bacaan doa, hadirin dibenarkan duduk. Beberapa minggu ini, sempena sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia, Kelab Rukun Negara mengendalikan ikrar dan penerangan rukun negara. Jika dahulu pengacara perhimpunan menjadi tanggungjawab guru bertugas, kini semuanya diserahkan kepada pelajar. Guru hanya mengisi slot seperti laporan dan upacara tertentu.
Perhimpunan pagi ini turut menyelitkan upacara penyampaian hadiah dan pingat kemenangan untuk pertandingan menghias kelas sempena kemerdekaan, dan kejohanan badminton sekolah. Selain itu, moderator tingkatan turut menerima sijil penyertaan motivasi pelajar Islam untuk disampaikan kepada pelajar yang mengambil bahagian. Selain pengiktirafan, hadiah, pingat dan sijil bakal menjadi oleh-oleh kenangan kepada pelajar apabila meninggalkan bangku persekolahan kelak.
Pertandingan Menghias kelas Sempena Sambutan Kemerdekaan kali ke-52
(Tema: Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan)
Senarai pemenang tempat pertama mengikut tingkatan:
USS4, LSS3, 5S5, 4S2, 3A6, 2 Loyalty, 1 Kindness
Senarai pemenang kedua: UA1, LA1, 5S3, 4S2, 3A1, 2 Courage, 1 Courage

Kelihatan tuan pengetua sedang bertanyakan sesuatu kepada pemenang pertandingan badminton peringkat sekolah. Sejumlah 264 orang pelajar lelaki dan perempuan telah mengambil bahagian. Manalah tahu, mungkin akan muncul seorang lagi Khoo Ken Khiat, kalaupun tidak legenda seperti Ng Boon Bee dan Tan Yee Khan!
Nilai hadiah bukanlah ukuran mutlak harga sebuah kejayaan. Perkara yang lebih mustahak ialah proses pembelajaran yang dipupuk dalam setiap aktiviti yang disertai. Maka, harapan untuk melihat kemunculan sebuah generasi muda idaman, sebagai kelompok modal insan minda kelas pertama dan peribadi unggul (towering personality) akan segera menjadi kenyataan...
No comments:
Post a Comment