Wednesday, November 11, 2009

BADMINTON PERSAHABATAN: KILAS TANGKIS 2, RAPAT SETIA 5 (THE NEW LOOKS OF SMI'S KILAS TANGKIS CLUB AGAINST RAPAT SETIA GROUP)

Ipoh, Selasa 10 November 2009 / 22 Zulkaedah 1430

Kelab Kilas Tangkis yang bernaung dengan Kelab Staf SMK St Michael, Ipoh (SMI) meneruskan siri perlawanan persahabatan buat kesekian kalinya. Kali ini dengan kumpulan Rapat Setia. Tampil dengan "jersi" baru, nyata pemain Kilas Tangkis bagaikan dirasuk semangat melawan yang meluap-luap.



Pasangan Azmi - Shahrul memberi amaran awal apabila menumpaskan beregu lawan dengan kiraan 21 - 6. Setiap perlawanan dibuat dalam satu set sahaja, namun melibatkan pertukaran servis untuk meraih mata, dan ada servis kedua. Maka, cabaran getir berdasarkan format campuran lama dan baharu ini ialah ketahanan stamina dan mental daripada melakukan kesilapan yang bakal dihukum beregu lawan.


Kehebatan Azmi - Shahrul dituruti oleh Maulid - Prakas yang menang dengan bergaya, 21 - 16. Namun, mereka dipaksa bekerja keras oleh pihak lawan yang lebih senior. Sebagai orang muda, kedua-dua pemain Kilas Tangkis ini menggunakan rejaman padu (smash), hantaran silang dan pukulan pancung yang sukar dijawab. Nampaknya kombinasi Maulid - Prakas memang serasi.


Tetapi sayang seribu kali sayang. Lima lagi beregu Kilas Tangkis terpaksa akur dengan nasib masing-masing. Empat daripada pasangan beregu berkenaan memberikan saingan sengit hingga suku ketiga permainan. Namun, bagaikan dipukau mereka tidak cukup "angin" untuk mengakhiri skrip permainan dengan kemenangan. Mereka ialah Shakir - Tiong, Sohot - Zulkarnain, Ravi - Zulkifli, dan Chin - Shahruzzaman. Mereka bagaikan tergamam di penghujung saingan.


Beregu ketujuh gandingan Azhar - Ibrahim nyata bukan tandingan beregu terakhir Rapat Setia. Kesukaran bermain di gelanggang simen dan lampu sisi nampaknya mengganggu rentak Ibrahim yang kebiasaannya bermain secara agresif. Usai perlawanan ini, pemain kedua-dua pasukan beredar ke medan selera bersebelahan Dewan Serbaguna Rapat Setia untuk menikmati hidangan "ringan" tuan rumah.


Kedua-dua pasukan becadang untuk mengadakan perlawanan ulangan. Kalah menang ialah perkara "kedua". Kilas Tangkis akan mencongak strategi seterusnya bagi mencipta kemenangan pertama. Insya-Allah...

5 comments:

  1. my godfather name spelled wrong. ZulkEfli not ZulkIfli.. saw the different? :) next time when i come back i would like join our SMI staff team if i am allowed...

    ReplyDelete
  2. o k, t q

    boleh join, tiada masalah

    kilas tangkis dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat asalkan sanggup mematuhi syarat keanggotaan...

    ReplyDelete
  3. very basic...

    pasti tiada masalah:

    menjaga nama baik kelab

    menyumbang yuran dan idea...

    ReplyDelete
  4. salam..tumpang iklan pembiayaan peribadi MBSB promosi terbaru 2013... untuk maklumat sila layari http://pembiayaanperibadi2013.blogspot.com atau like page kami di http://www.facebook.com/#!/PembiayaanPeribadiMbsb2013.... tq

    ReplyDelete