Pasukan Debat Ala Parlimen SMK St. Michael, Ipoh (SMI) telah menunjukkan pencapaian membanggakan apabila memasuki pertandingan akhir Zon 2 Kinta Utara tahun ini. Namun, kemaraan SMI disekat oleh musuh tradisinya, iaitu SMK Anderson. Pendebat SMI nyata sukar menerimanya, justeru mereka berpendapat bahawa pasukan Anderson terlalu bergantung kepada teks.
Sebenarnya bagi mencapai kemenangan, sesuatu pasukan harus bergantung kepada kekuatan sendiri. Jika mengharapkan kemenangan atas faktor "kekurangan" pihak lawan, risikonya cukup tinggi. Ketua hakim, Encik Khairuddin (PK Koku, SMK Seri Ampang) telah memberikan justifikasi dan saranan yang cukup berguna untuk pedoman pasukan yang berhasrat mengungguli pertandingan debat ala parlimen 2010.
Perkara yang paling dititikberatkan oleh panel hakim ialah potensi pasukan yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Pasukan Anderson telah membuktikannya apabila berjaya mara hingga ke pentas akhir daerah Kinta Utara (semuanya 6 zon), sebelum berpuas hati sebagai naib juara. Pasukan SMI harus menerima dengan fikiran yang terbuka akan segala kritikan panel hakim yang masih memerlukan persembahan sebenar suasana parlimen, terutama dari segi intonasi dan gaya berdebat yang lebih bersesuaian.
Sebelum mara ke pertandingan akhir yang berlangsung di SMK Anderson, pasukan SMI telah berjaya mengenepikan cabaran pendebat ala parlimen SM Teknik Leboh Cator, Ipoh. Kemenangan itu memang telah dijangkakan kerana pasukan SMI dapat memberikan isi dan hujah yang sukar ditangkis oleh pihak lawan.
Pada pusingan kedua, debaran mula dirasakan. Pasukan SMK Sam Tet ternyata menampilkan barisan "Yang Berhormat" yang seimbang dan mampu melontarkan isi, serta hujah yang meyakinkan. Namun, fokus Sam Tet yang berlebihan dan agak rigid tentang definisi "kebanjiran" telah memakan diri. SMI dihadiahi kemenangan untuk melangkah ke saingan akhir.
Pencapaian naib juara zon 2 Kinta Utara bagi pasukan debat ala parlimen tahun 2009 telah menjadi sejarah. Kini, tahun 2010 menyongsong tiba. Jika pasukan debat SMI mahu mencatat kejayaan yang lebih cemerlang, beberapa langkah penambahbaikan perlu dilaksanakan. Sambil itu, pasukan SMI juga harus mencari x-factor, justeru pasukan lain juga akan menggandakan kekuatan mereka!
Selain intonasi dan gaya persembahan (body language), sesebuah pasukan debat ala parlimen harus menunjukkan rasa hormat kepada Yang Dipertua / Speaker Dewan selaku pengerusi persidangan. Maka, apabila hendak beralih kepada isi baharu, sebutkan "tuan speaker...." terlebih dahulu.
Selain itu, strategi izin laluan hendaklah dititikberatkan. Setiap pendebat atau pembahas harus menerima dua soalan atau pendapat pihak lawan bagi giliran masing-masing. Jawapan yang dikemukakan hendaklah menggambarkan seorang "Yang Berhormat" berupaya memberikan respons yang munasabah, serta dapat mematahkan hujah lawan secara bijak.
Peranan pendebat atau pembahas simpanan tidak kurang pentingnya. Mereka diperlukan bagi mencatat hujah pihak lawan, dan membantu dari segi penyediaan isi dan hujah yang dapat memusnahkan kes atau usul pihak lawan. Mereka tidak boleh pasif, sebaliknya memberi input kepada pendebat seterusnya.
Beberapa orang bekas pelajar SMI yang kini bertapak kukuh dalam kerjaya guaman telah menawarkan diri untuk memberi latihan dan tunjuk cara. Mereka memiliki pengalaman berhujah dalam perbicaraan mahkamah, di samping ada yang bergelar "Yang Berhormat" di parlimen sebenar. Sudah tentu tapisan perlu dilakukan supaya tidak berlaku konflik dengan dasar dan peraturan Kementerian Pelajaran.

Semoga pasukan debat ala parlimen SMI 2010 mencapai sasaran. Insya-Allah...
Ya , cikgu . Kami terima keputusan hakim . Harap kami menang lebih besar tahun hadapan . Terima kasih atas nasihat cikgu .
ReplyDelete~ Dhesegaan
Great job. Please remember to highlight this in our school magazine. More pictures and s write-up.
ReplyDeletethanks mr peter khiew.
ReplyDeletebertemu lagi dhesegaan...