Sungai Besar, Selangor: Ahad, 31 Januari 2010 / 15 Safar 1431
Jarak perjalanan dari Ipoh ke Sungai Besar, Selangor ialah kira-kira 120 kilometer menerusi Teluk Intan. Di bandar Teluk Intan, salah satu pilihan mengarah ke sana ialah simpang empat sebelah kiri wisma Tenaga Nasional. Disebabkan profil tanah gambut, permukaan jalan agak beralun-alun sedikit.

Apabila tiba di Simpang Ampat, pilih laluan yang betul. Jika silap laluan, pemandu mungkin akan terlajak ke Sungai Sumun, Bagan Datoh atau Hutan Melintang. Kedua-dua bandar Sabak Bernam dan Sungai Besar terletak di bahagian kanan jalan utama. Sungai Besar terletak 14 kilometer di hadapan Sabak Bernam.
Kiri kanan jalan dipenuhi ladang kelapa sawit. Terdapat juga ladang pisang di bahagian hadapan, mungkin sementara menunggu sawit mengeluarkan hasil. Selain itu jagung juga ditanam secara berselang-seli. Samalah dengan maksud peribahasa "berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak".
Sebelum membelok ke kanan, pemandu akan ternambah papan iklan "Sabak Bernam bandar beriman dan budiman" terlebih dahulu. Susun atur bandar Sungai Besar memudahkan pergerakan pemandu. Risiko untuk tersesat jalan amat minimum.
Masuk sahaja ke pusat bandar, kita dengan serta-merta boleh memberi imej Sungai Besar sebagai bandar tekstil. Di sana sini terpampang label dan kain rentang tentang promosi tekstil yang mengujakan. Tidak hairanlah banyak rombongan bas berkunjung ke Sungai Besar, persis Nilai 3 dan Tangkak.
Kedudukan geografi Sungai Besar yang berhampiran dengan pelabuhan mungkin sekali merendahkan kos pengangkutan. Sebagai contoh, seunit kain tudung terkini yang sama dijual pada harga RM15 sahaja, berbanding dengan RM22 di pasar tani Ipoh. Variasi pilihan juga lebih banyak.
Selain tekstil, peralatan sukan dan alat mainan kanak-kanak juga ditawarkan pada harga yang lebih murah, jika dibandingkan dengan harga jualan di gedung terkemuka bandar-bandar besar. Walaupun penggunaan kad kredit masih belum menyeluruh, pembeli yang menghadapi masalah wang tunai tidak harus bimbang. Kebanyakan cawangan bank (Maybank, CIMB, Bank Islam, BSN dan RHB) berada pada jarak penglihatan dalam kawasan bandar.
Penulis blog (PB) berpendapat Sungai Besar masih tergolong sebagai bandar sepi, walaupun pada hari Ahad. Mungkin penduduk sekitar mengambil peluang berehat sebelum kembali bekerja pada keesokan harinya. Pergerakan kenderaan di kawasan bandar begitu lancar. Tempat letak kereta juga mencukupi.
Stesen bas juga kelihatan lengang. Hanya terdapat sebuah bas dan beberapa kerat penumpang yang menunggu. Hanya kebisingan muzik daripada kedai makan di sebelah yang memecah kesepian Sungai Besar.
Iklan RM3 di atas merujuk kepada harga makanan panas seperti mi goreng, mi rebus, nasi goreng, laksana dan aneka hidangan yang lain. Bagi menunjukkan bahawa restoran berkenaan pernah dikunjungi selebriti, tandatangan mereka dikekalkan pada cermin di bahagian tepi dinding restoran.

Saya pun akan memandu ke Sabak Bernam / Sungai Besar buat pertama untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan. Perjalanan: Ipoh → Tapah → Teluk Intan → Sabak Bernam → Sungai Besar. Harap-harap saya tidak akan sesat dengan panduan awak yang bernas.
ReplyDeleteRM3 tu bukan lah bermaksud Ringgit Malaysia 3 tetapi ia bermaksud Rashid Madu 3. Pemiliknya bernama Rashid dan mempunyai 3 isteri.
ReplyDeleteOdw to sg besar now...hope can get something there...
ReplyDeleteOdw to sg besar now...hope can get something there...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteOdw to sg besar now.. Hope can get something there..
ReplyDelete