Hasrat untuk menyekat Anderson daripada kenduri gol akhirnya kesampaian. Pasukan hoki SMI berjaya mengajak Anderson memperlahankan rentak permainan dan menyerap asakan pemain-pemain lipas kudung mereka. Walaupun Anderson dikatakan tidak menghantar barisan terkuat mereka untuk pertandingan peringkat daerah, mereka ternyata tidak memandang ringan setiap pertemuan, hatta dengan pasukan yang berstatus pendatang baru.
Anderson sebelum ini telah membelasah Tanjung Rambutan dengan jaringan 7-0. Maka, untuk menjuarai kumpulan A yang menemukan tiga pasukan, Anderson hanya memerlukan seri dengan SMI. Mereka boleh sahaja melayan SMI sebagai "sparring" seumpama dalam sesi latihan pemanas badan. Namun, mereka menghidu bahaya yang bisa mencalar reputasi mereka sebagai juara kebangsaan jika tersilap percaturan.
Atas prinsip itu, pengurus merangkap ketua jurulatih Anderson, Cikgu Jamaludin telah mengerah anak buahnya melakukan serbuan agresif ke kubu SMI seawal minit pertama untuk mencari gol pembukaan. SMI yang menyedari hal berkenaan telah berkampung dan membina benteng pertahanan yang menyukarkan pergerakan Anderson. Pengalaman bertanding di peringkat tinggi bagaimanapun membantu Anderson lolos daripada kawalan ketat SMI.
Anderson berjaya memaksa SMI menghadiahi mereka beberapa pukulan percuma dan tolakan sudut penalti. Latihan intensif tolakan sudut penalti memang menjadi amalan pasukan hoki yang berpengalaman. Foto di atas menunjukkan gol yang dihasilkan menerusi tolakan sudut penalti. Anderson tidak melakukan sebarang kesilapan walaupun peluang berkenaan hadir sekali-sekala.
Tamat separuh masa pertama, Anderson di hadapan dengan empat jaringan tanpa balas. Namun, mereka jelas belum berpuas hati. Tentangan SMI menggugat sasaran mereka untuk menjaringkan jumlah gol dua angka.
Sebaik wisel separuh masa kedua ditiupkan, SMI kelihatan lebih bersemangat kerana disuntik keyakinan mampu menyaingi Anderson. SMI sudah berani meninggalkan kubu untuk menceroboh masuk ke kawasan D Anderson. Penjaga gol Anderson yang banyak berehat dalam separuh masa pertama terpaksa berkeadaan sedia.
Anderson nyata tidak rela hampa dengan sifar jaringan dalam mana-mana separuh masa. Mereka bekerja lebih keras dan menggandakan asakan. Tekanan untuk meledak jaringan menyebabkan mereka turut dipersalahkan oleh pengadil perlawanan.
Akhirnya, ketika permainan berbaki beberapa minit sahaja lagi, Anderson berjaya meraih kesempatan yang dihajati. Tolakan sudut penalti bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Keputusan penuh: SMI (0), Anderson (5)...

No comments:
Post a Comment