Biarkan orang politik menyelesaikan pertelingkahan tentang idea asal 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Bagi kakitangan perkhidmatan awam, peranan mereka dalam jentera kerajaan tidak lain tidak bukan ialah untuk memaksimumkan kebajikan rakyat. Maka, kebijaksanaan walau dari mana-mana pun datangnya, akan diterima dengan tangan terbuka.
Keniche Ohmae dalam bukunya, Mind of the Strategies, mengatakan bahawa sesebuah organisasi yang hendak bertahan lama mesti mengenal 3 C's: company, client, competitor (diri sendiri, pelanggan, pesaing). Selepas itu, ada yang menambah kepada 5 C's dan seterusnya. Dalam sebuah hadith disebutkan al-hikmah dholatul-mukmin (au kama qala), iaitu kebijaksanaan ialah barang yang hilang daripada orang-orang yang beriman.
Bubuhlah apa-apa gagasan, slogan atau kata-kata yang muluk. Perspektif ekonomi tetap mengatakan bahawa fungsi tunggal kerajaan ialah memaksimumkan kebajikan rakyat. Maknanya, kerajaan kena mencari jalan supaya kek kemakmuran negara dapat dikongsi menerusi pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi, tanpa pengangguran, di samping memastikan pengagihan semula yang adil. Rakyat yang berpendapatan tinggi bukan sahaja memiliki kuasa beli untuk menjana aktiviti ekonomi domestik, bahkan berdaya saing dalam persekitaran ekonomi global yang dicengkam oleh segelintir negara kaya yang angkuh, serta haloba lagi rakus.
Sekolah juga hanya mempunyai fungsi tunggal, iaitu memupuk pembelajaran. Letaklah apa-apa nama: sekolah cemerlang, sekolah kluster, sekolah berprestasi, sekolah harapan, sekolah lima bintang, sekolah luar bandar, sekolah bantuan modal... Semua sekolah, tanpa mengira kategori dan status, berkewajipan menunaikan fungsinya untuk menyediakan pendidikan bermutu untuk semua murid, iaitu memupuk pembelajaran.
Maka, slogan lebih kurang sama dengan tag line, jenama dan bungkusan. Tujuannya bagi memikat perhatian, menjana sokongan, dan seterusnya mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat. Pakar perhubungan awam, pemasaran, pengiklanan, pereka fesyen dan perunding imej berjaya menjual penciptaan slogan yang ringkas sebagai punca pendapatan yang lumayan dan moncah. Manusia mudah terpesona dengan lafaz atau penampilan zahir terlebih dahulu.
Secara mudah, sekolah juga ialah wadah untuk pencapaian kebajikan rakyat. Dengan akses ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dipupuk menerusi aktiviti pembelajaran, murid dapat dibimbing ke arah kehidupan yang bermakna, produktif, dan sejahtera. Nilai murni merentas kurikulum dan kokurikulum memantapkan pembinaan jati diri murid.
Sekolah wujud kerana ada murid. Pembelajaran murid ditolong oleh para guru dengan sokongan kepimpinan sekolah, ibu bapa, masyarakat dan pelaksanaan segala dasar pendidikan negara yang diturunkan hingga ke peringkat sekolah. Tiap-tiap komponen kumpulan berkepentingan (stake-holders) dan komponen aktiviti pembelajaran menyumbang terhadap fungsi memaksimumkan kebajikan rakyat.
Analisis tentang hubung kait gagasan 1Malaysia dengan pembelajaran di sekolah harus dilihat sebagai penyediaan penanda aras, petunjuk atau piawaian pencapaian dasar-dasar kerajaan menerusi organisasi pendidikan. Pihak Kementerian Pelajaran turut menetapkan bidang keutamaan (NKRA) selaras dengan persetujuan jemaah menteri. Pelbagai langkah telah diumumkan supaya kemudahan dan persekitaran pembelajaran di semua sekolah dapat menggambarkan bahawa rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Huraian terperinci pelaksanaan gagasan 1Malaysia di sekolah boleh merangkumi:
1 Peluang akses dan ekuiti pembelajaran;
2 Kepimpinan dan organisasi sekolah;
3 Pembaharuan dan transformasi pembelajaran (dalam dan luar bilik darjah);
4 Permuafakatan pihak berkepentingan;
5 Penambahbaikan dan perubahan.
Pihak sekolah harus dapat memindahkan gagasan 1Malaysia dalam bentuk program yang memenuhi ciri SMART (spesifik, boleh ukur, boleh capai, munasabah, berjangka masa). Sebagai permulaan, bidang tujahan (niche area) tertentu hendaklah dikenal pasti. Sesuatu usaha menagih pengorbanan, kegigihan dan keyakinan yang jitu...

No comments:
Post a Comment