Ketika seisi kapal mabuk laut, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terpaksa mengemudi kapal layar besar itu. Setelah letih, puteri menghantar Si Kembang Cina memujuk Awang Sulung Merah Muda mengambil alih. Awang Sulung membiarkan sahaja kapal bergerak mengikut tiupan angin selama tiga hari hingga merapati Pulau Tapai. Sebenarnya puteri jatuh hati dengan Awang.
Pelbagai peristiwa menakjubkan berlaku, antaranya:
1. Gelombang besar menjadi tenang setelah Awang mencampak bungkusan tulang pelanduk
putih (yang diikat pada benang panca warna) ke laut;
2. Awang mengambil air laut masin di tempat arus paling deras. Air itu kemudian bertukar rasa
menjadi manis serbat;
3. Ketika serangan sekumpulan 40 orang lanun berlaku, Awang membersihkan diri hingga
terserlah ketampanannya. Tampil dengan keris dan pedang sakti, semua penyamun
gementar dan mengenali suara Awang, seorang putera yang gagah perkasa. Seterusnya,
penyamun pula mengisikan kapal dengan rial batu dan emas hingga sarat.
Terdapat seorang oportunis dalam kapal, iaitu jurumudi. Dia mengaku kononnya dialah yang menyelamatkan seisi kapal ketika dilambung gelora lautan dan ketika diserang lanun. Dia mahu mengambil kesempatan supaya dapat mengahwini puteri, iaitu ganjaran yang dijanjikan oleh raja (Tuanku Nakhoda Tua). Sebagai bukti, dia sengaja mempersembahkan keris yang berlumuran darah. Sebenarnya, dia hanya menikam ayam. Namun, tembelangnya pecah apabila puteri mendedahkan hal sebenar.
Akhirnya, puteri dinikahkan dengan Awang. Pelayaran diteruskan di lautan yang penuh dengan pulau: Keladi, Keluang, Sembilan, Pandan, Angsa Dua, Pulau Pinang. Kapal juga melintasi Gunung Jerai, dan Selat Dinding. Dalam pelayaran pulang ke Semarang itu, pasangan suami isteri baru saling berbalas pantun hinggalah berlabuh di Negeri Pati Talak Terengganu.
Setelah berbalas maklumat dengan Puteri Pinang Masak (tuan rumah), akhirnya angkatan Awang dijemput ke istana. Sekali lagi unsur magis berlaku, iaitu segala alat kebesaran berbunyi sendiri, dan gigi Awang dilihat cantik bercahaya.
Sebelum naik ke istana, Awang berlaga ayam dengan Bujang Selamat. Kinantan Suci, ayam laga Awang berjaya menaji putus leher lawannya. Awang berangkat ke balairung seri sebagai sang putera yang hebat...
Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan geliung panjang di pulau itu untuk mengambil kayu dan air yang telah kehabisan, tetapi gelombang sangat besar dan geliung tidak dapat rapat ke tepi.
Awang Sulung segera ke petak jubungnya mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu mengikatkannya pada benang panca warna, dicampakkannya ke laut. Seketika kemudian laut menjadi tenang bagai air di kuali dan dapatlah geliung itu berlabuh dengan eloknya.
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
"Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin."
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.
(i) Berikan maksud geliung panjang. ( 1 markah )
(ii) Apakah tindakan jurumudi setelah tersedar daripada mabuk? ( 3 markah )
(iii) Jika anda ialah pegawai kepercayaan Tuanku nakhoda Tua, jelaskan dua nasihat yang anda berikan
kepada baginda tentang dakwaan jurumudi? ( 4 markah )
Akhirnya, puteri dinikahkan dengan Awang. Pelayaran diteruskan di lautan yang penuh dengan pulau: Keladi, Keluang, Sembilan, Pandan, Angsa Dua, Pulau Pinang. Kapal juga melintasi Gunung Jerai, dan Selat Dinding. Dalam pelayaran pulang ke Semarang itu, pasangan suami isteri baru saling berbalas pantun hinggalah berlabuh di Negeri Pati Talak Terengganu.
Setelah berbalas maklumat dengan Puteri Pinang Masak (tuan rumah), akhirnya angkatan Awang dijemput ke istana. Sekali lagi unsur magis berlaku, iaitu segala alat kebesaran berbunyi sendiri, dan gigi Awang dilihat cantik bercahaya.
Sebelum naik ke istana, Awang berlaga ayam dengan Bujang Selamat. Kinantan Suci, ayam laga Awang berjaya menaji putus leher lawannya. Awang berangkat ke balairung seri sebagai sang putera yang hebat...
Tugasan:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan yang berikutan.Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan geliung panjang di pulau itu untuk mengambil kayu dan air yang telah kehabisan, tetapi gelombang sangat besar dan geliung tidak dapat rapat ke tepi.
Awang Sulung segera ke petak jubungnya mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu mengikatkannya pada benang panca warna, dicampakkannya ke laut. Seketika kemudian laut menjadi tenang bagai air di kuali dan dapatlah geliung itu berlabuh dengan eloknya.
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
"Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin."
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.
(i) Berikan maksud geliung panjang. ( 1 markah )
(ii) Apakah tindakan jurumudi setelah tersedar daripada mabuk? ( 3 markah )
(iii) Jika anda ialah pegawai kepercayaan Tuanku nakhoda Tua, jelaskan dua nasihat yang anda berikan
kepada baginda tentang dakwaan jurumudi? ( 4 markah )
Memulakan ayat jawapan
(sila lengkapkan jawapan anda)
(i) Maksudnya ialah ______________________________
(ii) Tindakan jurumudi ialah ___________________________________________________
_____________________________________________________________________

(iii) Jika saya ialah orang kepercayaan Tuanku Nakhoda Tua, saya akan menasihatkan
baginda supaya ________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Selain itu, saya juga akan _________________________________________________
_____________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment