Antara pembaharuan yang diperkenalkan dalam sistem pengajian tingkatan enam ialah tugasan penyelidikan kepada semua pelajar. Pelaksanaannya bertujuan menyediakan asas yang kukuh dalam aktiviti penyelidikan yang menjadi teras pemerolehan ilmu dan identiti pengajian tinggi. Menerusi bimbingan guru berpengalaman setiap orang pelajar tingkatan 6 bakal menghasilkan satu penyelidikan yang menepati piawai yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran (KPM).
Memang diakui terdapat begitu banyak bahan rujukan tentang penyelidikan dalam bentuk buku, ataupun secara dalam talian. Walaupun begitu, manual terperinci penyelidikan tingkatan 6 yang diperakui KPM masih belum berada di pasaran. Maka buat sementara, guru tingkatan 6 boleh menggunakan pendekatan asas penyelidikan menggunakan kaedah deskriptif, iaitu data kekerapan (frequency) dan peratus (percentage).
Secara ringkas, format penyelidikan yang boleh dicadangkan meliputi:
1 Pengenalan
2 Penyataan Masalah Penyelidikan / Signifikan Penyelidikan
3 Objektif / Soalan Penyelidikan
4 Tinjauan Bacaan: teori, dapatan lalu
5 Instrumentasi: bina sendiri, guna milik penyelidik lain, dengan kebenaran
6 Kaedah Penyelidikan
7 Analisis Data
8 Kesimpulan dan Cadangan
Laporan penyelidikan sama sekali berlainan dengan bentuk penulisan popular, gosip atau pendapat peribadi. Setiap perkataan, konsep atau ayat yang digunakan mesti bertaraf data, bukan pernyataan yang bersifat arbitrari (terawang-awang) atau falasi (pernyataan tanpa sandaran data). Maka, data penyelidikan mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang sangat tinggi kerana kebiasaannya nilai ralat (alpha) yang diperuntukkan ialah 0.05 atau 5%.
Sebagai pendedahan, bidang penyelidikan tingkatan 6 hendaklah dibatasi kepada masalah yang berskala kecil sahaja supaya pentadbiran penyelidikan mudah dilakukan. Jawatankuasa penyelidikan yang dianggotai sekumpulan guru hendaklah membuat pertimbangan yang wajar dalam meluluskan sesuatu tajuk dan cadangan penyelidikan pelajar. Biarlah pelajar berasa bahawa aktiviti penyelidikan sebagai berguna dan menyeronokkan mereka...

No comments:
Post a Comment