Ketika menuju laluan kaunter pasar raya Uda Ocean, Greentown Mall Ipoh, penulis blog (PB) disapa seorang petugas UO. Kali ini lucu sedikitlah pula. PB tergamam dan mengagak petugas berkenaan tersalah orang.
"Encik hendak masuk pertandingan karaoke?." Kalau tidak kerana ramai orang di situ, mahu agaknya PB ketawa bagaikan reaksi kelakar penceramah motivasi. Kalau ada cermin di situ, mahu agaknya PB melihat diri berkali-kali untuk melihat aura diri sebagai peserta karaoke.
Semuanya hanyalah monolog dalaman. Sebutir kata pun tidak diucapkan. PB hanya menggeleng ringkas tanda ucapan terima kasih kepada petugas UO atas pelawaan yang di luar dugaan itu.
Peristiwa di UO mengingatkan PB kenangan sebulan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru lama dahulu. Semua guru pelatih dikehendaki menjalani ujian vokal untuk pemilihan pasukan koir maktab. Pensyarah muzik memainkan piano dan guru pelatih disuruh melagukan "lalalala" mengikut irama piano.
PB diuji berkali-kali. Ingatkan ada yang tidak kena. Rupa-rupanya pensyarah berkenaan hendak mencalonkan PB menganggotai pasukan koir maktab yang menurutnya sangat berprestij dan berpeluang bertanding di peringkat kebangsaan. Vokal PB sesuai di bahagian korus beramai-ramai.
PB sememangnya langsung tidak memiliki kecenderungan ke arah itu. Maka, PB memberi "seribu" alasan supaya dapat mengelakkan diri. Pensyarah muzik menyatakan kehairanannya kerana banyak guru pelatih berebut-rebut supaya dipilih.
Bidang seni suara sering dikaitkan dengan gemerlapan dunia glamor. Itu pun kalau seseorang penyanyi itu digilai pencandu muzik, memperoleh melodi yang serasi, serta disokong oleh media. Lebih ramai yang kecundang.
Seorang bapa penyanyi terkenal pernah memberitahu PB bahawa duit hasil nyanyian ialah duit "hantu syaitan" yang tiada keberkatan. PB tidak mampu memberi apa-apa komen balas kerana di luar sana anak-anak muda berhempas pulas hendak menjadi glamor dan bersalut kemewahan sementara. Wallahu a'lam...

No comments:
Post a Comment