Dari segi sejarah, Ipoh muncul sebagai bandar terkenal di serata dunia kerana menjadi nadi Lembah Kinta, sebuah kawasan simpanan bijih timah terbesar dunia. Namun disebabkan ketiadaan inovasi, serta kekurangan penyelidikan kegunaan bilik timah secara termaju mengakibatkan imej itu luput ditelan zaman. Mutakhir ini, dengan kegilaan masyarakat terhadap kopi pracampuran segera, terutama kopi putih, nama Ipoh kembali menjadi sebutan.
Di sekitar bandar raya, kewujudan premis perniagaan seperti di atas bukan asing lagi. Jenama kopi putih Ipoh yang sedang mekar diambil kesempatan sepenuhnya. Setakat mana kekukuhannya bagi menandingi jenama global seperti Coffe Bean dan Starbucks masih belum dapat dipastikan.
Jika kedai kopi putih Ipoh hendak merebut pelanggan Muslim, pengesahan taraf halal daripada pihak berkuasa perlu ditentusah dan kemudian dihebahkan. Sebabnya di samping minuman kopi, mesti ada menu kudapan dan hidangan yang lain. Sebagai negara yang hendak mempromosi hub pengeluaran makanan halal, langkah itu dijangka meningkatkan angka ketibaan pelancong yang agak fobia untuk berkunjung ke negara lain yang dilanda kekacauan di samping tahap risiko keselamatan yang tinggi.
Daya tarikan bandar raya Ipoh mungkin belum sehebat Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang menjadi tumpuan pelancong asing. Maka, produk kopi putih boleh dipatenkan sebagai imej baru Ipoh untuk "dijual" sebagai destinasi pelancongan sedunia. Jika kita lambat, berkemungkinan bandar raya lain akan mendahului Ipoh sebagaimana yang berlaku terhadap industri batik yang dipatenkan sebagai produk asal negara tertentu sahaja.
Keluhan peniaga kecil dan sederhana di bandar raya Ipoh bukan kerana langsung tidak untung, tetapi kerana perkembangan urus niaga yang sedikit perlahan justeru terlalu banyak bergantung kepada pelanggan tempatan dan bandar berdekatan. Sebagai sebuah bandar raya "senior", selain banyak berjasa memakmurkan Malaysia, Ipoh tidak boleh dibiarkan begitu. Elemen kreativiti seperti yang dibuktikan oleh Melaka seharusnya membuka mata pihak yang bertanggungjawab memajukan bandar raya Ipoh bagi tempoh masa yang lebih panjang.

No comments:
Post a Comment