Gejala sosial remaja seperti mat rempit, bohsia, pergaulan bebas, berhibur di disko, menghisap dadah, kupu-kupu malam, berjudi secara dalam talian di kafe siber dan menjadi kutu embun sudah lama dibangkitkan. Walaupun demikian, penyelesaian yang tuntas masih kabur. Malah, kumpulan remaja pinggiran dan songsang itu seakan-akan tidak gentar dengan tindakan tegas pihak berkuasa, sama ada polis, Rela, atau jabatan agama.
Pelbagai saranan pernah dilontarkan oleh pertubuhan bukan kerajaan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Gerakan Belia 4B, Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Antaranya ialah mencontohi amalan negara maju, iaitu mengenakan perintah berkurung kepada remaja selepas pukul 10 malam. Remaja yang didapati masih berkeliaran di luar rumah tanpa ditemani ibu bapa kandung mereka boleh diangkut ke dalam lokap khas.
Di Amerika Syarikat, remaja (bawah 21 tahun) yang didapati meneguk arak (alkohol) secara terbuka, maksudnya di kelab malam, lounge, atau pub akan didakwa di mahkamah untuk sabitan hukuman. Pasangan kembar perempuan anak mantan Presiden Bush pernah diheret ke muka pengadilan atas pertuduhan berkenaan. Ertinya, kejadian mabuk-mabuk dalam kalangan remaja Amerika diharamkan sama sekali.
Di Australia, Belanda, England dan New Zealand, tiada alasan untuk remaja berpeleseran di jalanan selepas pukul 10 malam. Semua pasar raya, pusat membeli-belah dan kedai makan sudah ditutup seawal pukul 7 malam. Hanya beberapa buah kedai roti dibenarkan beroperasi hingga tengah malam.
Di negara kita, keadaannya jauh berbeza. Pasar raya dibuka hingga larut malam, kedai makan masih sesak walaupun bacaan jam menunjukkan pukul 3 pagi. Mat-mat rempit pula masih bermaharajalela membuat bising seperti hilang akal.
Peristiwa sebuah balai polis di utara semenanjung yang dikepung oleh sekumpulan mat rempit sehingga terpaksa mendapatkan bantuan balai lain, keberanian merempuh sekatan jalan raya sehingga mengakibatkan nyawa melayang, dan perbuatan menumbuk seorang exco kerajaan negeri hingga patah beberapa batang gigi sudah cukup menunjukkan parahnya akhlak remaja yang bertuankan pengaruh dadah dan nafsu itu. Jika polis yang bersenjata tidak mereka hiraukan, apalah yang ada pada orang awam. Sampai bila perkara gila itu terus dibiarkan?
Kumpulan pencopet, pencuri, perompak dan penyamun yang baharu tamat persekolahan telah direkrut oleh penjenayah yang amat berbahaya dan kejam. Pendidikan nilai murni di sekolah seolah-olah tidak pernah berbekas di hati mereka. Malangnya, mereka berada di sekeliling kita!
Cadangan untuk mengenakan bon hukuman ke atas ibu bapa yang didapati cuai melaksanakan kawalan terhadap anak-anak sukar dilakukan. Anak-anak jenis liar biasanya licik dan banyak muslihat. Di hadapan ibu bapa, pijak semut pun semut tidak mati!
Bilangan anak tidak sah taraf yang menghampiri angka 200 ribu orang turut mencemaskan. Kes buang bayi dan pengguguran janin dalam kalangan remaja semakin serius. Adakah pengajaran tsunami Acheh dan gempa bumi di sebuah daerah yang memperdagangkan persundalan di pulau Jawa tidak cukup sebagai amaran dan iktibar?
Tidak dinafikan bahawa majoriti remaja masih suci dan meniti jalan yang benar, baik dan berguna. Modal insan yang dimiliki bagaikan insurans keselamatan dan kemakmuran negara dalam jangka masa panjang. Kita boleh bergantung harap kepada mereka.
Namun, remaja yang melencong tidak ubah seperti api dalam sekam, atau anai-anai yang memakan sendi bangunan secara senyap. Sementara masih boleh ditangani, segala kaedah yang munasabah hendaklah dicari. Kalau perintah berkurung menjadi jawapannya, ayuh lakukan...

No comments:
Post a Comment