Kira-kira 100 orang bekas pelajar SMK St Michael, Ipoh (SMI) membanjiri laman sekolah untuk menyertai aktiviti yang menampilkan versi generasi muda Persatuan Murid Tua SMI (OMA). Jawatankuasa program memberitahu bahawa kepimpinan OMA yang dibarisi tokoh masyarakat yang telah menempa kejayaan dalam bidang masing-masing memberi sokongan padu terhadap program ini. Malah, Bro. Dato' Vincent sendiri telah hadir merasmikan reunion kali ini.
Kebanyakan bekas pelajar yang datang masih dalam kategori usia belia, iaitu 18 - 35 tahun. Maka, program bercorak sukan telah dijadikan pilihan untuk menyemarakkan interaksi antara bekas pelajar dengan murid SMI semasa. Acara badminton, bola sepak, ragbi dan tarik tali yang menjadi tradisi budak SMI menjadi taruhan.
Program bermula pada kira-kira pukul 8.45 pagi. Walaupun cuaca agak panas, permainan tetap rancak. Contohnya, acara bola sepak dilangsungkan bermula pukul 11 pagi.
Pasukan OMA telah diberi tentangan sengit sebelum dihadiahi kemenangan 3 - 2. Mungkin semangat Piala Dunia menyebabkan mereka bermain berhabis-habisan walaupun dalam suasana perlawanan persahabatan. Harap-harap pasukan SMI akan mengembalikan kegemilangan sekolah dalam permainan yang paling digilai itu.
Sementara itu, permainan badminton dan ragbi berkesudahan dengan keputusan seri. Program diakhiri dengan acara tarik tali. Jawatankuasa program nyata teruja dengan kejayaan program yang bercitra belia kali ini.
Program OMA ala-ala bapa selama ini seakan-akan sebati dengan imej OMA. Justeru acara orang muda pada hari ini telah membuka lembaran baharu dalam pengisian kegiatan OMA supaya lebih happening dan meriah. Budak-budak SMI berpeluang mengenali senior mereka menerusi acara yang dekat dengan minat mereka...

No comments:
Post a Comment