Kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sudah termaktub dalam perlembagaan negara. Malah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diberi status perundangan untuk memastikan bahawa bahasa Melayu diletakkan di tempat yang sejajar dengan kedudukan unggul itu dalam segala urusan rasmi di negara kita. Walaupun kelihatan seolah-olahnya terdapat persaingan daripada bahasa Inggeris, para pencinta dan pejuang bahasa Melayu terus gigih dalam membangkitkan kesedaran umum tentang kepentingan bahasa kelima paling banyak dituturkan di dunia itu.
SMK St Michael, Ipoh (SMI), menerusi Panitia Bahasa Melayu, dengan kerjasama Persatuan Bahasa Melayu (Perbama) telah mengambil daya usaha menyokong dasar memantapkan bahasa Melayu dalam proses pembelajaran di sekolah. Menyedari bahawa kebanyakan murid SMI bukan merupakan penutur jati bahasa Melayu, apa-apa juga kegiatan yang dapat membangkitkan kecenderungan penggunaan bahasa Melayu sebagai lambang jati diri bangsa perlu disemarakkan. Aktiviti yang dirancang seboleh-bolehnya mampu menarik penglibatan dan sambutan semua murid yang bergelar warga SMI.
Pelancaran minggu bahasa dilakukan oleh pengetua SMI, Encik Phoon Chong Chee. Beliau mengharapkan bahawa program tahunan ini mampu menyumbang terhadap pencapaian warga SMI, sama ada bidang akademik, koakademik, kokurikulum, disiplin, mahupun sahsiah. Bahasa mendekatkan insan dengan akal budi, serta penghayatan nilai murni.
Selain tradisi paluan gong sebanyak tiga kali, pengetua telah sudi memotong pulut kuning sebagai tanda rasminya pelancaran minggu bahasa. Sesuatu yang berbeza kali ini ialah tugas membawa bunga manggar digalas oleh kaum Adam, simbol SMI yang mempunyai 95 peratus enrolmen murid lelaki. Walaupun demikian, peranan pelajar perempuan tingkatan enam tetap dialu-alukan, di samping sokongan guru wanita yang mewakili dua per tiga bilangan tenaga akademik SMI.
Pengisian program minggu bahasa SMI yang berlangsung selama dua minggu ini termasuk peraduan mengarang esei, deklamasi puisi dan pidato. Barangkali banyak bakat terpendam dalam kalangan lebih daripada 2,000 orang murid SMI dapat dicungkil. Semoga segala objektif yang digariskan oleh pihak penganjur bakal tercapai sepenuhnya...

No comments:
Post a Comment