Prolog:
Realiti kehidupan seolah-olah menghukumkan wujudnya keseimbangan dalam kontra. Maksudnya, setiap satu perkara ada lawannya supaya saling melengkapi antara satu dengan lain. Demikian ketetapan Ilahi yang tidak betah ditolak oleh sekalian manusia.
Cuba senaraikan seberapa banyak pasangan: hitam putih, lelaki perempuan, tua muda, hidup mati, miskin kaya, tenggelam timbul, terang gelap, siang malam, suami isteri, kiri kanan, atas bawah, kecil besar, tinggi rendah, debit kredit, dahulu kemudian, baik buruk, jauh dekat, jantan betina, ... Belum lagi senarai antonim dan kata ganda. Pokoknya, paradoks (percanggahan) yang ada pasti ada hikmahnya.
Mengapa sedikit orang kaya, ramai orang miskin?
Rezeki manusia tidak sama. Model Pareto mengatakan 20% manusia menguasai 80% kekayaan, sedangkan 80% lagi manusia hanya menguasai 20% baki kekayaan yang ada. Maknanya, pemilikan harta dan kecairan (wang ringgit) dikuasai oleh segelintir manusia yang mempunyai akses terhadap peluang mengumpul sumber yang terhad.
Ketika kelab negara kaya G8 (Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman, Peranchis, United Kingdom) mempamerkan kemewahan dan pendapatan per kapita yang begitu tinggi, sebahagian besar benua Afrika dan Amerika Latin masih menderita akibat kemelaratan dan kelaparan. 30% penduduk Amerika Syarikat dan Australia berperut buncit kerana kekenyangan, sedangkan lebih separuh penduduk Afrika berperut membusung justeru kembung dipenuhi angin akibat kekurangan zat makanan. Pengecualian mungkin berlaku kepada beberapa kerat bangsawan dan elit, serta pemain bola sepak yang berjaya menempa kemasyhuran dalam saingan liga Eropah.
Negara yang dilanda konflik seperti Afghanistan, India, Pakistan, Palestin dan Sudan juga mengalami nasib yang sama. Aktiviti ekonomi mengalami gangguan kerana jaminan keselamatan nyawa ibarat telur di hujung tanduk. Musuh sentiasa hendak membaham, manakala saudagar senjata terus mengadu domba.
Secara individu, perbezaan taraf hidup juga berkait rapat dengan akses terhadap harta pusaka, hubungan dengan punca pengaruh, nasib baik dan peluang yang datang tanpa disangka. Apabila seseorang individu mendapat akses kekayaan, individu lain pula akan terlepas akses peluang berkenaan. Senang cakap, seseorang itu menjadi kaya kerana banyak orang lain tidak menemui peluang berbuat demikian.
Contohnya dalam perebutan tender. Sesetengah pemilik syarikat yang menikmati faedah ekonomi bidangan (kos pengeluaran yang rendah ekoran pengeluaran besar-besaran) mungkin berjaya membida begitu banyak projek berbanding dengan kontraktor lain yang hanya mampu menggigit jari. Akhirnya si kaya rakus menimbun-nimbun harta seperti kisah karun (qarun), manakala si miskin terus terperangkap dalam putaran ganas kemiskinan.
Pemilikan harta dan kekayaan yang berlegar dalam kalangan segelintir kelompok individu merupakan kepincangan ekonomi dan sosial yang bahaya. Jurang pendapatan yang ketara akan menjejaskan keseimbangan dan kesejahteraan masyarakat. Lama-kelamaan kuasa beli majoriti isi rumah kian lemah.
Apabila kuasa beli isi rumah menjadi lemah, perniagaan si kaya akan terjejas. Pasaran barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan menjadi terhad. Sebaliknya bilangan peminta sedekah, pengemis, dan lebih menakutkan ialah hakikat indeks jenayah semakin melonjak. Ketenteraman masyarakat punah.
Sejak sekian lama isu agihan pendapatan mendapat perhatian ahli ekonomi. Malah disiplin ekonomi meletakkan peranan kerajaan untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat menerusi instrumen cukai dan subsidi, serta dasar fiskal dan dasar kewangan yang lain. Penyediaan barang dan perkhidmatan awam merupakan tanggungjawab yang tidak boleh sama sekali diabaikan.
Dalam sistem ekonomi Islam, instrumen agihan diinstitusikan sebagai sendi penghayatan keagamaan. Zakat tersenarai dalam rukun Islam yang keempat. Selain itu, amalan sedekah dan wakaf sangat digalakkan.

bersambung...
No comments:
Post a Comment