Johannersberg, Isnin: 12 Julai 2010 / 29 Rejab 1431
Teka-teki pasukan ke-8 muncul sebagai juara bola sepak Piala Dunia menemui noktah. Jaringan Andres Iniesta pada minit ke-115 menjadi pemisah antara pasukan Sepanyol dengan Belanda. Nasib malang Belanda itu bertitik tolak daripada layangan kad merah kepada Johnny Hetinga yang mengasari penjaring tunggal perlawanan akhir itu.
penjaring gol kemenangan menjulang piala dunia
Banyak analisis akan dibuat oleh pakar dan juga pemerhati bola sepak. Sepanyol yang bermula dengan kekalahan 0 - 1 kepada Switzerland akhirnya berjaya menjulang piala idaman yang paling mendapat perhatian di planet bumi dengan keputusan jaringan yang serupa. Secara kebetulan, sekali lagi pilihan "Paul", seekor sotong kurita di sebuah akuarium di Jerman mengena.
Sembang-sembang Piala Dunia dijangka akan terus rancak untuk seminggu dua ini. Insiden perlawanan akan menjadi modal kepada artis dan pengkritik dalam penghasilan karya atau penulisan mereka. Peniaga pula akan mengambil peluang akhir untuk melelong cenderamata yang berkaitan pasukan dan pemain yang menyinar di Afrika Selatan kali ini.
Apa pula yang berlaku kepada pemerhati, peminat dan penggiat bola sepak Malaysia?
bersambung...
No comments:
Post a Comment