Seseorang Muslim wajib mempertahankan aqidah, syariat dan akhlak Islam sepanjang kehidupannya dalam sebarang persekitaran dan zaman. Cabarannya bukan sedikit. Sebab itulah tuntutan jemaah (organisasi) dan syura (proses membuat keputusan secara kumpulan) diberi penekanan utama.
Menyedari hakikat berkenaan, Panitia Pendidikan Islam SMK St Michael, Ipoh (SMI) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam telah menganjurkan "Program Jati Diri Muslim 2010" bertempat di Dewan Besar SMI. Terdapat kira-kira 25% orang pelajar Islam daripada keseluruhan enrolmen pelajar SMI yang berjumlah 2111 orang. Input ilmu pengetahuan dan motivasi kepada mereka umpama tonik tulen tanpa bahan terlarang, bertujuan mengekalkan momentum kecemerlangan pelajar Islam.
Majlis dimulai dengan bacaan surah Yasin pimpinan Tuan Haji Mokhtar, Imam Masjid Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Kerjasama pelajar amat memuaskan. Mereka mematuhi adab dan tertib dalam bacaan al-Qur'an.
Slot ceramah pertama diisi oleh Tuan Haji Mokhtar juga dengan tumpuan terhadap tema jati diri Muslim. Sebuah cermah ialah lontaran idea yang diselang-seli dengan contoh dunia sebenar. Terpulang kepada pelajar Islam SMI untuk memindahkan idea dan saranan Haji Mokhtar dalam kerangka kecemerlangan yang dihajati.
Bilangan pelajar perempuan Islam di SMI mungkin kecil bilangannya. Namun, mereka ialah srikandi yang menjadi penanda aras kumpulan muslimah terpelajar suatu hari kelak. Peringatan tentang adab pergaulan dalam persekitaran yang begitu mencabar, serta kod tingkat laku wanita solehah perlu sentiasa dilaksanakan.
Majlis berhenti rehat dengan kenduri mini. Menu nasi beriyani, cream puff dan tembikai memang membuka selera peserta program. Tidak kisahlah beratur panjang asalkan dapat menikmati hidangan rezeki yang enak itu.
Slot ketiga bersambung pada pukul 11 pagi. Kali ini ceramah motivasi dikendalikan oleh seorang kaunselor berpengalaman dari Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, iaitu Tuan Haji Abdul Jalil. Program berakhir kira-kira pukul 12.15 tengah hari...

No comments:
Post a Comment