Selain amalan kebajikan dan ibadah dalam bulan Ramadan yang berkat ini, bab bazar Ramadan juga turut mencuri perhatian masyarakat. Kesibukan dan penjimatan masa ialah klise bagi mewajarkan juadah berbuka tunjuk, kuih tunjuk dan macam-macam tunjuk lagi. Jalan mudah ialah berbondong-bondong ke tapak bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai pilihan yang mungkin menepati selera masing-masing.
Untuk minggu pertama tahun ini kerancakan bazar Ramadan terjejas sedikit dek musim hujan pada lewat sebelah petang. Kes di Jasin dan di Kota Bharu (hujan lebat dan angin kencang) menunjukkan betapa sudah terdapat keperluan perancangan dari segi logistik dan keselamatan apabila berhadapan dengan cuaca yang sukar diramalkan. Di Pakistan, bencana banjir yang dahsyat telah mendatangkan ujian keimanan dan kemanusiaan bukan sahaja kepada hampir 20 juta orang mangsa, bahkan kepada saudara seagama dan manusia seluruhnya.
Penulis blog (PB) berkesempatan mengunjungi dua tiga buah bazar Ramadan sekitar bandar raya Ipoh. Antaranya di tapak pasar tani mega, bersebelahan Stadium Perak. Kebetulan cuaca petang itu cerah dan titik-titik hujan hanya turun sekejap-sekejap.
Tidak hairanlah jika 15,000 orang pembida sanggup beratur panjang bagi mendapatkan borang undian 500 tapak bazar yang disediakan di sebuah lokasi di ibu kota. Kelihatannya pengunjung bazar Ramadan tidak banyak soal dan siasat. Kebanyakannya terus "tunjuk-tunjuk" dan kemudian memancarkan rasa puas dengan membimbit berbungkus-bungkus juadah yang dibeli.
PB masih ingat satu ceramah kesihatan semasa bertugas di SM Teknik, Persiaran Prash. Penceramah mengingatkan tentang kealpaan orang ramai tentang penyebaran hepatetis B menerusi cecair badan seperti air liur dan peluh, terutama ketika membeli makanan di luar. Walaupun peniaga disyaratkan menjalani pemeriksaan kesihatan, pengguna mesti sentiasa berwaspada terhadap tahap kebersihan makanan dan juga gelagat orang ramai yang suka bercakap-cakap di hadapan makanan, atau menyentuh uji makanan yang dijual.
Seorang penjual yang ditanya tentang status ikan rebus yang disekalikan dengan nasi goreng di gerainya tidak dapat memberi jaminan tentang kebersihan ikan berkenaan. Barang diingat, ikan yang bersaiz melebihi dua jari mesti dibersihkan perutnya supaya bebas daripada najis. Ertinya, pengguna harus menjaga diri masing-masing daripada risiko sebegitu akibat sikap tidak prihatin segelintir peniaga yang hanya memikirkan al-fulus.
Pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa kesihatan harus sentiasa membuat pemantauan, pemeriksaan mengejut, dan mengambil sampel makanan yang dijual untuk diuji di makmal. Walaupun saranan ini mungkin dianggap keterlaluan, demi kebaikan semua pihak - penjual dan pembeli - ketegasan mesti ada. Dengan adanya jaminan kualiti dari segi kebersihan, harga dan hak pembeli, bazar Ramadan dapat dicanang-canangkan sebagai suatu produk pelancongan.
Sesungguhnya berniaga suatu ibadah, asalkan beberapa syarat dipenuhi. Antaranya tiada unsur kesamaran dan syak dari segi halalnya barang yang diniagakan. Selain itu, peniaga tidak sampai leka berniaga hingga meninggalkan ibadah asas, terutama solat...

gambar hiasan, tiada kena-mengena dengan isu ikan rebus dalam artikel ini

time is passing so fast as last year we were talking about the life of muslim here in ireland. i celebrated in some muslim friends house for raya etc and now we are celebrating raya again soon therefore another year has been passed by. i'm wishing you and your family and all muslimin and musliman staff of smi selamat berpuasa and selamat hari raya. maaf zahir dan batin.
ReplyDeletethanks for your feedback, your greetings. glad 2 hear from u after such a long time.
ReplyDeletejohn naisbett (future shock) said time percieved as divided by our own age. that's mean a little boy feels like a longer 24 hours compared to young guy like u. (eg. 24 (hours) /6 (years old) = 4; compared 24 / 20...