Antara ciri penting sekolah berkesan ialah hubungan berterusan bekas pelajarnya. Di SMK St Michael, Ipoh (SMI), persatuan bekas pelajar (OMA) memang aktif dalam konteks memberi perhatian terhadap kemajuan sekolah. Biro Bekas Pelajar Islam OMA yang diselaraskan oleh Cikgu Adi Yusri, dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam SMI buat kesekian kalinya berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang warga SMI.
Majlis yang bermula seawal 6.30 petang itu diisi dengan tahlil dan ramah mesra. Menariknya tahlil dipimpin oleh Tuan Haji Khairuddin, imam Masjid Abu Bakar as-Siddiq, Bangsar yang sanggup turun ke SMI semata-mata mahu menjengah alma mater beliau. Haji Khairuddin mula bersekolah di SMI dalam kelas peralihan pada tahun 1971.
Bekas pelajar SMI yang lain sanggup datang dari jauh, termasuk Dr Kamaruddin (Manjung) dan Cikgu Abdul Rahman (Tapah). Di samping majlis berbuka puasa, mereka juga bercadang untuk menganjurkan pula rumah terbuka Aidil Fitri yang dijangkakan pada pertengahan bulan September ini. Lebih ramai bekas pelajar yang telah berjaya dalam bidang masing-masing bakal berkumpul dalam perjumpaan yang dirancangkan itu.
Kira-kira pukul 7.28 petang, azan Maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka. Dari dewan sekolah, majlis berpindah ke medan selera SMI. Kelihatan wajah ceria dalam kalangan semua yang hadir.
Usai berbuka, hadirin kembali ke dewan sekolah untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah. Sementara menunggu waktu Isyak, slot ceramah motivasi disampaikan oleh Dr Kamaruddin yang bersekolah di SMI antara tahun 1974 - 78 sebelum ditawarkan mengikuti program matrikulasi UKM, dan seterusnya di fakulti perubatan. Sejak 1992, beliau mengendalikan klinik persendirian di Manjung.
Majlis disambung dengan solat Isyak dan tarawih sebanyak 8 rakaat + 3 rakaat witir. Sekali lagi solat dipimpin oleh Haji Khairuddin, yang kemudiannya turut menyampaikan tazkirah ringkas 2 minit. Antara ingatan penting beliau ialah supaya generasi muda SMI bijak memilih rakan supaya dapat memelihara solat...

No comments:
Post a Comment