Seseorang penyelidik hendaklah sentiasa mengambil berat tentang mutu, atau kualiti penyelidikan yang dilaksanakan. Bagi penyelidik muda prauniversiti tingkatan enam, antara kriteria utama yang perlu diukur ialah sama ada penyelidikan yang dilaksanakan akan berguna dalam menambah baik program pengajian di sekolah masing-masing, ataupun sekadar memenuhi syarat tugasan. Senarai semak berikut mungkin membantu penyelidik muda melakukan penilaian kendiri terhadap proses penyelidikan yang telah dilaksanakan.
Tajuk
- mengandungi antara 10 hingga 12 patah perkataan sahaja
- menyatakan pemboleh ubah yang hendak diperoleh datanya
- menyatakan populasi dan lokasi penyelidikan (tidak dinamakan secara khusus)
(contoh: "Tahap Penggunaan Buku Teks Dalam Kalangan Pelajar Prauniversiti Di Sebuah Sekolah)
Bab 1: Pengenalan
Pernyataan Masalah
- terdapat hujah bahawa isu yang dibawa adalah penting
- membandingkan apa yang sebenarnya ada, apa yang seharusnya ada, dan keperluan bagi menyamakan kedua-duanya
Soalan Penyelidikan
- berdasarkan penyataan objektif
- dalam bentuk ayat tanya: adakah, apakah; elakkan bagaimanakah, mengapakah.
Definisi Operasional
- beri makna pemboleh ubah utama berdasarkan konteks penyelidikan
Bab 2: Tinjauan Bacaan
- sejajar dengan keperluan pengetahuan tentang pemboleh ubah penyelidikan
- menjadi asas kepada proses instrumentasi
Bab 3: Kaedah Penyelidikan
- kuantitatif
- tinjauan soal selidik: item bina sendiri / pentadbiran serentak sekali sahaja
- sampel bukan rawak bertujuan (non-random purposive sampling)
- kadar kembalian 100%
- statistik deskriptif (jadual taburan kekerapan, peratusan)
- berbantu kalkulator / lembaran Excel / perisian SPSS
Bab 4: Analisis Data
- persembahan data yang telah diproses dalam bentuk jadual
- statistik deskriptif yang dipilih menjawab soalan penyelidikan
- sejajar dengan pernyataan masalah penyelidikan
- keterangan ciri data: normal / pencong
Bab 5: Penutup
- menyatakan semula soalan penyelidikan, ringkasan analisis data
- implikasi dapatan / keputusan terhadap pihak berkepentingan (yang dinyatakan dalam bab 1)
- generalisasi dapatan terhadap populasi / batasan penyelidikan
- cadangan penyelidikan lanjut: tajuk yang mirip / tajuk lain, tetapi masih bidang yang sama
Semua butiran dalam senarai semak ini sebenarnya telah diperincikan dalam nota-nota kuliah yang lalu, iaitu sejak bermula pengenalan penyelidikan dan penyediaan kertas cadangan penyelidikan hinggalah bab penutup. Penyelidik muda perlu menggunakan senarai semak bagi memastikan bahawa mutu penyelidikan yang dilaksanakan telah mencapai tahap yang dikehendaki. Selepas semakan draf penulisan penuh bab demi bab, penyelidik sepatutnya mula membuat persediaan untuk sesi pembentangan dalam kolokium yang bakal diadakan (selepas cuti hari raya Aidil Fitri).
Usai kolokium, penyelidik muda sekali lagi harus menyemak draf penulisan bab demi bab untuk dimuktamadkan sebagai laporan penyelidikan dalam format yang akan dibincangkan kelak. Hanya satu tambahan penulisan perlu dimasukkan, iaitu abstrak / sinopsis / ringkasan eksekutif di bawah tajuk, dan sebelum bab 1. Tiada unsur kejutan / suspens diperlukan justeru keputusan penyelidikan terus disebut dalam bahagian abstrak...
No comments:
Post a Comment