Tuesday, September 14, 2010

KEMBALI MAKAN SECARA TERBUKA (AFTER FASTING MONTH)

Setelah berjaya menjalani ibadah puasa Ramadan, umat Islam sudah boleh mengunjungi gerai makanan dan restoran pada waktu siang hari. Justeru masih banyak peniaga yang mengambil "cuti tahunan", maka wujudlah keadaan permintaan melebihi penawaran. Peniaga tidak menang tangan mengambil pesanan dan menyiapkan menu hidangan.
Walaupun menurut hukum permintaan bahawa keadaan di atas akan melonjakkan harga, nampaknya peniaga makanan masih menjaga etika mereka. Jumlah jualan yang banyak akan mendatangkan keuntungan yang tinggi sekalipun margin yang ditetapkan kecil sahaja. Rezeki yang berkat datang daripada kejujuran dan timbang rasa.
Kalau di kampung-kampung, orang tua-tua terus berpuasa enam (ibadah sunat  yang digalakkan) sebaik sahaja hari kedua Syawal. Mereka tidak mahu bertangguh sementara tubuh masih sihat. Orang muda bagaimana?

bersambung...

No comments:

Post a Comment