Ketika Dato' Abdul Rahim Abdul Majid mula menduduki kerusi pengarah pelajaran negeri, beliau telah melancarkan slogan "Perak Nombor Satu". Walaupun dalam acara sukan, pingat perak hanya berkedudukan nombor dua, slogan berkenaan ialah suatu anjakan paradigma dalam kalangan warga sekolah supaya merancang program yang dapat melonjakkan status pencapaian sekolah-sekolah di Perak setinggi yang mungkin. Malah, "Perak Nombor Satu" dipindahkan sebagai lagu rasmi JPN Perak.
Selepas Dato' Abdul Rahim, nama-nama seperti Dato' Khairuddin (projek jadual anjal), Dato' Ahmad Zainuddin (bekas pengetua penulis blog [PB] di SM Teknik, Ipoh), Dato' Adnan Ibrahim (bekas guru geografi PB di SMK Seri Perak, Teluk Intan; projek walk around your schools, WAYS), Haji Hussien, Dato' Ir. Zakaria (projek komuniti berilmu Perak gemilang), Haji Mohd Radzi Jabbar (guru kertas am PB), dan kini Encik Mohd Rauhi mengisi jawatan bersatus Jusa C itu. Bidang koakademik dan kokurikulum telah melonjakkan negeri Perak di puncak persada. Namun, bidang kurikulum, yang diukur menerusi pencapaian peperiksaan awam masih belum meletakkan negeri Perak dalam kelompok terbaik.

komposisi murid yang unik di negeri Perak
Setiap kali keputusan peperiksaan awam diumumkan, negeri-negeri pantai timur lazimnya menghuni kedudukan tertinggi. Adakah faktor demografi mempengaruhi pencapaian berkenaan, atau Perak belum menemui "lampu Aladin" yang dicari-cari? Barangkali sudah jenuh perkara berkenaan dibangkitkan dalam mesyuarat, bengkel, seminar dan kajian tindakan.
Sebelum bertugas di Ipoh, PB pernah mengajar di beberapa buah sekolah di Hilir Perak, termasuk di Bagan Datoh. Antaranya ialah mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni untuk kelas peralihan. Nyata sekali bahawa penguasaan asas bahasa murid berkenaan, dengan pengecualian kepada segelintir mereka, di bawah tahap minimum. Meskipun guru berhempas pulas menggunakan pelbagai pendekatan pedagogi dan alat bantu mengajar, pada akhirnya khidmat "penterjemah" dalam kalangan murid terpaksa digunakan.
Keputusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dalam kalangan murid kelompok berkenaan hanya sekitar 30 peratus, berpunca daripada masalah bahasa. Maka, bilangan keciciran dalam usia 15 tahun sangat tinggi. Kemudian, apabila Penilaian Menengah Rendah (PMR) diperkenalkan, diikuti dasar kenaikan automatik ke tingkatan 4, masalah penguasaan minimum bahasa masih belum menemukan penawar yang mujarab.
gambar hiasan; tiada kena-mengena dengan artikel
Pihak JPN Perak pernah melaksanakan modul galus menerusi program Gemilang Perak. Tumpuan diberi kepada pencapaian minimum lulus kertas Bahasa Melayu SPM sebagai syarat memperoleh sijil. Berlaku peningkatan sekitar dua peratus, apabila teknik tertentu digunakan supaya pelajar galus berkebolehan menulis jawapan yang dikenal pasti membantu murid berkenaan sekurang-kurangnya lulus minimum gred D.
Sebenarnya masih banyak yang perlu dilakukan di negeri Perak. Penempatan guru bergerak dan guru cemerlang bahasa di sekolah-sekolah bantual modal, khususnya sekolah jenis kebangsaan (SJKC dan SJKT) eloklah dipertimbangkan. Modul pembelajaran bahasa bukan penutur jati harus disediakan setelah satu kajian mendalam dilaksanakan.
Perubahan mungkin terjadi jika terdapat daya pacu (driving forces). Jika guru bertindak secara individu, keberkesanannya mungkin hanya berskala kecil umpama titisan air yang mengambil masa untuk meninggalkan bekas. Sebaliknya, jika kepakaran guru diperkasakan secara berpasukan, impaknya mungkin seumpama hujan lebat yang turun mencurah-curah membasahi bumi...
No comments:
Post a Comment