Terdapat tuan punya blog yang berpendapat bahawa paparan (posting) yang berbentuk esei bakal mengalami kesukaran bagi menarik perhatian pengunjung. Mereka berhujah bahawa cukuplah dengan beberapa paparan gambar dan sebaris dua ayat. Jika sebaliknya, pengunjung akan cepat berasa bosan dan mengalami kepenatan mata.
Pendapat berkenaan mungkin benar, separuh benar, atau tidak benar sama sekali. Bagi memperoleh kepastian, suatu penyelidikan boleh dilaksanakan. Bagaimanapun, penulis blog (PB) akan cuba membuat analisis ringkas berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh google.com terhadap blog ini sendiri.
Dalam tempoh lima bulan terakhir (Mei hingga September), paparan yang paling banyak dibuka ialah "Lantikan Guru Tingkatan 6, pelajar berpeluang ke luar negara", iaitu sebanyak 1,643 kali (terkini: 7,648). Paparan berkenaan dimasukkan pada 25 Mei 2009 tidak menyertakan sebarang foto, melainkan hanya tulisan. Maklum balas dan perbincangan juga mencatat jumlah tertinggi, iaitu 344 komen setakat ini (terkini 317).
Paparan lain yang menduduki carta teratas juga tiada sebarang foto, kecuali yang bertanda * ialah:
2 Prinsip Fonemik dalam Bahasa Melayu: 953 bukaan, 13 komen (8.4.2009); terkini 1,056
3 Pantun Empat Kerat (Budi): 584, 1 (22.4.2010); terkini 9,584, 5
5 Analisis Sajak "Di Perpustakaan": 355, 4 (25.4.2010); terkini 3,501; 6
6 Cerpen Komsas "Memori Seorang Tua": 294 (28.4.2010); terkini 447
7 Kembara Amira Novel Komsas tingkatan 5 Zon Utara: 5,996,10 (11.12.10)* (gambar kulit hadapan dan belakang)
8 Cadangan Penyelidikan Pelajar Tingkatan 6: 253 (18.6.2010); terkini 334
9 Konsep Bahasa: 271, 5 (5.4.2009)
10 Memperkenalkan Antologi Baharu Komsas Tingkatan 4: 157, 2 (27.12.2009)* (gambar kulit buku hadapan dan belakang); terkini 375
11 Ulasan Ladap Pengetahuan Profesional Guru: 321 (2.10.2010)
12 Menulis Cadangan Penyelidikan untuk Pelajar Tingkatan 6: 118 (8.9.2009)
13 Kegiatan Kokurikulum Bertaraf Dunia: 114 (11.9.10)
14 Teks Ucapan Guru Bertugas: 84 (25.7.2010)* (gambar murid SMI duduk di tapak perhimpunan); terkini 126
15 Erti Sebuah Pengorbanan" Novel Komsas Tingkatan 2: 8,130; 20 (13.12.10)* gambar kulit hadapan, belakang
17 Dirgahayu Bahasaku Antologi Baharu Tingkatan 5: 3,278
18 Gema Sepi Gadis Genius: 12,752, 20 (24.12.10)
19 Panduan Belajar Cerpen Komsas, Pahlawan Buntung: 926
20 Peristiwa Penting Kembara Amira Bab 1: 1,163
21 Pantun Dua Kerat: 2,938
Semua paparan di atas bertemakan kerjaya keguruan, pembelajaran bahasa, dan penyelidikan. PB mengandaikan (kesimpulan sementara) bahawa majoriti pengunjung blog ini mahukan pendapat kedua (second opinion) tentang bidang yang menjadi minat mereka. PB tidak dapat memastikan hal itu, melainkan para pengunjung memberikan maklum balas selanjutnya...
(kemas kini: 16.11.11)
Hi Cikgu Azhar,
ReplyDeletePada pendapat saya, blog mempunyai banyak fungsi dan terdapat blogger yang berlainan di dunia ini. Sesetengah blogger menggunakan blog untuk mencatatkan pendapat mereka terhadap sesuatu isu, sesetengah menceritakan perjalanan dan pengalaman mereka dan sesetengah pula menceritakan perasaan mereka setiap hari.
Sama untuk pengunjung blog, sesetengah mereka tidak suka membaca blog post yang panjang lebar, sebaliknya mereka lebih suka tengok blog yang mempunyai banyak gambar disertakan ayat yang ringkas.
Jadi bergantunglah kepada pengunjung blog untuk memilih blog yang digemari oleh mereka. =)
Hai Ivan
ReplyDeleteTerima kasih atas maklum balas
Pendapat Ivan memang benar. Malah, ada blogger yang menjadi kaya raya dengan menjual foto yang dipaparkan.
Individu yang bermotivasi akan menangkap setiap peluang yang muncul di hadapan mata tanpa bertangguh.
Sekeping gambar lebih bermakna daripada seribu ayat yang ditulis. Begitulah falsafah jurufoto profesional.
Walaupun begitu, seribu keping foto pun tidak akan memberi sebarang makna kepada orang yang tidak begitu rajin berfikir.
Maka, paparan gambar lebih menjurus kepada rangsangan pengalaman konkrit, sedangkan input idea intelektual mengungkapkan kebijaksanaan zaman-berzaman.
Pepatah Peranchis mengatakan bahawa jangan percaya langsung kepada apa-apa yang kamu lihat, percaya separuh sahaja daripada apa-apa yang kamu dengar.
Pada akhirnya, sama ada gambar atau penulisan, perkara yang lebih penting ialah akauntabiliti, etika, integriti dan intelektualiti.
Blogger remaja seperti Ivan lebih digemari oleh pengunjung blog, berbanding dengan blogger dewasa. Diharap Ivan dapat menerapkan elemen-elemen yang dinyatakan walaupun secara santai...
Pembetulan pepatah Peranchis:
ReplyDelete"Jangan percaya langsung terhadap apa-apa yang kamu dengar, percaya separuh sahaja terhadap apa-apa yang kamu lihat."
(telah ditulis terbalik)