Permulaan bab menyambung cerita Azfa Hanani yang kaget melihat Ekran menjual burger berhampiran Institut Lingua Franca. Sejak itu, Azfa Hanani menyimpan hasrat untuk mengenali Ekran: pemimpin pelajar yang berwibawa dan seorang penjual burger. Terdapat kontradiksi (percanggahan perwatakan).
Antara peristiwa penting dan analisis komsas yang berkaitan:
Catatan Cikgu Zamri tentang penguasaan bahasa dalam karangannya yang begitu baik melonjakkan semangat Azfa Hanani. Di perpustakaan, Hanani terus sahaja mencari rencana akhbar untuk dijadikan rujukan karangan fakta yang bakal ditulis.
Perwatakan | Rajin |
Latar Masyarakat | Masyarakat yang rajin |
Nilai | Kerajinan |
Persoalan | Kerajinan dalam menuntut ilmu |
Pengajaran | Kita hendaklah rajin dalam menuntut ilmu |
Wakil kumpulan "budak glamor", Fuziana dan Syafiqah yang diutus khas oleh Laili (ketua mereka) cuba mempengaruhi Hanani supaya menyertai mereka mengambil alih Malam Sumbangsih daripada sebuah kelas (5 Sastera II). Sambil merendah-rendahkan kemampuan budak kelas berkenaan, Fika dan Fuzi mengumpan Hanani dengan "tawaran" pengacara glamor kononnya bagi menyelamatkan keadaan.
Perwatakan | Suka mengambil kesempatan (kumpulan budak glamor) |
Latar Masyarakat | Masyarakat yang suka mengambil kesempatan |
Nilai | - |
Persoalan | Sikap suka mengambil kesempatan terhadap orang lain |
Pengajaran | Kita janganlah suka mengambil kesempatan terhadap orang lain |
Azfa Hanani bertegas menolak pelawaan kumpulan "budak glamor" sebagai pengacara Malam Sumbangsih yang hendak mereka ambil alih. Hanani tidak memberi reaksi lampau (overreact) terhadap cemuhan Fika dan Fuzi, walaupun dalam benaknya tidak suka disekutukan sebagai "kita" dengan kumpulan "budak glamor", atau mahu disamakan dengan arwah Tengku Murni.
Perwatakan | Tegas / asertif |
Latar Masyarakat | Masyarakat yang tegas |
Nilai | Ketegasan |
Persoalan | Ketegasan dalam membuat keputusan |
Pengajaran | Kita hendaklah tegas dalam membuat keputusan |
Perwatakan | Suka menolong |
Latar Masyarakat | Masyarakat yang suka menolong |
Nilai | Tolong-menolong / Saling menolong |
Persoalan | Tolong-menolong sesama anggota keluarga |
Pengajaran | Kita hendaklah saling menolong dalam keluarga |
No comments:
Post a Comment