Dua orang sahabat karib, Encik Mohd Rauhi bin Mohd Isa, Pengarah Pelajaran Perak dan Encik Mustafa Shaari, Pengetua SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh berkongsi tarikh lahir yang sama. Walaupun tarikh sebenar telah berlalu, kesempatan meraikan kedua-dua mereka dalam majlis yang lebih ramai terlaksana di Restoran Dulang, Hotel Excelsior dekat sini petang tadi. Tetamu lain ialah sahabat-sahabat Encik Vellupilay, Penolong Kanan HEM SMK St Michael, Ipoh (SMI) yang bakal meninggalkan SMI dalam tempoh terdekat.
dari kiri: (tidak diperoleh nama), Encik Vellu dan isteri,
Encik Mustaffa, Encik Rauhi, Tuan Haji Tauhid Ahmad (penolong kanan SMI)
Kebetulan bahawa penulis blog (PB) mengenali Encik Rauhi dan Encik Mustafa secara dekat kerana pernah bertugas dengan mereka. Encik Rauhi dahulunya ialah pegawai kanan pentaksiran bahasa, manakala Encik Mustafa pernah bertugas sebagai penolong kanan di sekolah teknik, tempat PB bertugas sehingga pertengahan 2003. Semasa Encik Rauhi menjadi pengetua di SMK Seri Ampang, Ipoh, Encik Mustaffa ialah timbalannya sebelum mengambil alih jawatan berkenaan.
Encik Rauhi ialah pengarah yang sangat memahami persekitaran sekolah, justeru lantikan pertama sebagai guru penolong hinggalah yang terakhir sebagai pengetua cemerlang Jusa C sebelum diserahkan tanggungjawab sebagai pengarah JPN Perak. Beliau berpendirian bahawa pengetua mestilah sentiasa rapat dengan guru penolong, kerana hakikatnya seseorang pengetua "menumpang" kecemerlangan guru-guru. Encik Rauhi sendiri tidak pernah melupakan sahabat-sahabat lama beliau yang terdiri daripada guru biasa walaupun beliau boleh memilih untuk berkawan dengan pegawai-pegawai tinggi sahaja.
Sementara itu, Encik Vellupillai yang dinaikkan pangkat sebagai pengetua di SMK Sungai Pari mulai 1 November lalu merakamkan penghargaan kepada semua rakan yang menyokong kerjaya beliau selama ini. Sebelum SMI, Encik Vellu pernah menabur bakti di SMK Seri Ampang dan SMK Gunung Rapat. Beliau ialah seorang pakar matematik prauniversiti, di samping bertanggungjawab memperkenalkan sistem data dalam talian tempatan secara bersepadu (integrated local area network, LAN) di setiap sekolah yang berkenaan...

Encik Vellu bersama-sama Haji Sidik (guru kanan bahasa SMI)
Sementara itu, Encik Vellupillai yang dinaikkan pangkat sebagai pengetua di SMK Sungai Pari mulai 1 November lalu merakamkan penghargaan kepada semua rakan yang menyokong kerjaya beliau selama ini. Sebelum SMI, Encik Vellu pernah menabur bakti di SMK Seri Ampang dan SMK Gunung Rapat. Beliau ialah seorang pakar matematik prauniversiti, di samping bertanggungjawab memperkenalkan sistem data dalam talian tempatan secara bersepadu (integrated local area network, LAN) di setiap sekolah yang berkenaan...
No comments:
Post a Comment