Saturday, December 11, 2010

KEMBARA AMIRA NOVEL KOMSAS TINGKATAN 5 ZON UTARA (INTRODUCING NEW NOVEL FOR FORM 5)

Julia telah mengucapkan selamat tinggal kepada murid tingkatan lima di negeri-negeri zon utara. Kini, Amira datang untuk berkenalan buat kali yang pertama. Nampak gayanya Amira melengkapkan dominasi feminin karya maskulin menyusuli Azfa Hanani yang menjadi teman murid tingkatan 4!
Novel setebal 361 halaman, tidak termasuk biodata pengarang dan butiran penerbitan itu, ialah edisi murid  yang berdasarkan karya asal Cikgu Amer Hamzah bin L. Kadir, 44, yang berasal dari Dungun, tetapi kini bertugas di SMK Mahang, Kulim. Sesuai dengan judulnya, maka bahagian kulit hadapan novel Kembara Amira dihiasai dengan kasut (kelihatannya maskulin), dan sebekas aksesori feminin barangkali. Nampaknya cikgu-cikgu kena bekerja keras mempromosi Kembara Amira yang sungguh tebal itu supaya naskhah asalnya dibaca oleh murid, bukan analisis dan sinopsis yang mula melambak di kedai buku.
Bahagian kulit belakang novel memaparkan maklumat ringkas tentang penceritaan novel. Walaupun hanya berjumlah 59 patah perkataan, namun istilah yang digunakan agak asing dan sukar bagi murid. Contohnya: leluhur, identifikasi, dan ekskavasi. Latar belakangnya pula ialah versi mini hiasan kulit hadapan, di samping kod bar maklumat harga buku.

Watak utama novel ialah Amira Amir, anak pasangan Pofesor Zaidah, seorang pensyarah arkeologi dengan Amir, seorang jurutera komputer sebuah syarikat multinasional yang berpangkalan di Eropah. Amira diperkenalkan dalam perjalanan sebuah kereta api. Amira menyertai ibunya, serta pelajar tahun akhir universiti yang hendak membuat penyelidikan arkeologi di belantara Titiwangsa.

Antara watak sampingan terawal yang ditonjolkan ialah Jacinta (JC), seorang gadis Cina yang menjadi teman rapatnya. Kemudian barulah watak-watak lain diperkenalkan satu per satu seperti Pak Lias, Roslan dan John O'Hara. Penggunaan komputer riba, e-mel, hotspot dan mobile disk menunjukkan latar masa alaf tiga (novel terbit pada tahun 2006), berbeza dengan Azfa Hanani yang memaparkan era 1980-an.

Sudut pandangan orang ketiga yang digunakan menjadikan Kembara Amira sama dengan gaya penceritaan Azfa Hanani. Teknik imbas kembali, monolog dan dialog juga menjadi pilihan pengarang. Latar belakang pengajian sejarah yang dilalui pengarang nampaknya turut mempengaruhi fakta dalam penceritaan.

Jika murid mula membaca bab pertama, pastinya berasa ingin menghabiskan pembacaan secepat mungkin. Novel dengan kira-kira 60,000 patah perkataan itu dijamin memberi kepuasan kepada pembaca. Selamat berkenalan dengan Tau, Ipah dan Ludin dari Desa Karpus...

7 comments:

  1. bagus.....tapi mana nak cari kupasan tentang novel ni??

    ReplyDelete
  2. untuk tujuan apa? kajian atau peperiksaan? langkah terbaik baca naskhah novel asalnya dahulu.

    ReplyDelete
  3. saya sudah baca novel ini & hendak mengkaji tentang peristiwa penting dalam 27 bab yang terdapat di dalam novel ini..so,di mana perlu saya dapatkan kesemua yang dikehendaki??

    ReplyDelete
  4. sinopsis bab demi bab menyusul, dijadualkan seminggu satu bab, boleh?

    peristiwa penting juga akan dibincangkan berdasarkan. kalau untuk tujuan peperiksaan beberapa peristiwa sudah cukup sebagai hujah / huraian isi...

    ReplyDelete
  5. cikgu...apakah peristiwa-peristiwa penting untuk amira sahaja...??aku dah pun keliru..

    ReplyDelete
  6. cikgu,.
    klu s0alan dy brbunyi bgini:huraikan prbezaan dan prsamaan prwtkan wtk utama n0vel yg anda kaji d ting4 dan ting 5,,
    1-mcm mne kte nak tles prmulaannye?..
    2-bolehke klu kte tles 2isi persamaan dan 2isi perbandingan?..

    ReplyDelete