Musim tengkujuh tiba lagi. Di sebelah pantai timur semenanjung, hujan lebat yang berterusan bermula di utara dan timur laut Kelantan. Setakat ini, ramalan jabatan kaji cuaca (metereologi) bahawa hujan lebat bakal melanda Pahang dan Terengganu mulai awal minggu ini masih belum menjadi kenyataan.
Namun, petanda bahawa aras air laut dan air sungai akan meningkat ditunjukkan oleh perubahan warna air laut yang bertukar keruh akibat aliran hulu sungai yang masuk ke muara. Pemandangan laut tenang yang membiru atau menghijau tidak kelihatan lagi. Lambungan dan percikan ombak juga makin tinggi, terutama menjelang senja.
Papan tanda amaran tentang bahaya aktiviti di tepi pantai telah dipasang oleh pihak berkuasa tempatan, khusus ditujukan kepada pengunjung-pengunjung luar yang mungkin tidak arif dengan situasi tarikan gelombang secara mengejut. Laut lepas saujana mata memandang bukanlah kawasan permainan yang sesuai dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Jika hendak juga merakam fenomena alam itu, lakukan dari jarak yang dikira selamat.

Suhu dingin yang dirasakan hingga te tulang sum-sum itu juga mungkin mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Pada waktu ini, pihak hospital dan klinik menerima kadar kunjungan pesakit yang lebih tinggi. Langkah berjaga-jaga terhadap penyakit bawaan air seharusnya diberi perhatian yang wajar.
Ironinya, majlis penting seperti perkahwinan tetap diteruskan. Perkara baik seperti akad nikah dan meraikan mempelai tidak seyogia ditunda-tunda menunggu hujan reda.Tuan rumah tidak perlu gusar akan bilangan tetamu yang hadir, justeru pada musim hujan begini perut lebih cepat berasa lapar...

No comments:
Post a Comment