Pengumuman Kementerian untuk melanjutkan khidmat 12,000 orang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) semalam pasti melegakan banyak pihak. GSTT sendiri sudah boleh berkira-kira bagi membuat persediaan sesi akademik tahun 2011 walaupun masih belum tahu mata pelajaran yang akan diajar. Ibu bapa GSTT juga akan berasa lega dengan jaminan kementerian, khususnya tentang kemungkinan diserapkan ke dalam jawatan tetap menerusi program kursus latihan perguruan dalam cuti (KDC) dan kursus perguruan lepas ijazah (KPLI).
Kebanyakan GSTT memiliki ijazah sarjana muda atau sarjana dalam bidang-bidang yang sangat relevan dengan kerjaya keguruan. GSTT memiliki kemahiran kandungan mata pelajaran, cuma mungkin perlu mengambil daya usaha mempelajari cara penyampaian isi pelajaran dan pengurusan bilik darjah justeru tidak mempunyai pendedahan formal tentang pedagogi, psikologi, sosiologi dan ilmu pendidikan yang lain. GSTT juga perlu rajin mendekati guru-guru terlatih yang sedia ada di sekolah, khususnya dalam panitia mata pelajaran yang sama.
Sebagai orang muda yang baru "sebentar" menamatkan pengajian di universiti, GSTT memang berkobar-kobar dan idealis. Persediaan mengajar begitu terperinci dan melangkah ke bilik darjah pun penuh semangat. Murid juga mempamerkan sambutan yang hebat kepada guru yang masih "ganteng" dan "cun" lagi senang sekali didampingi tanpa banyak pantang larang, atau protokol yang merimaskan.
Hakikatnya, khidmat GSTT sangat didambakan oleh pihak berkuasa pendidikan bagi menampung keperluan yang masih belum dapat diisi oleh guru terlatih. Sebagai balasan, GSTT telah berusaha berhabis-habisan bagi membuktikan bahawa kepercayaan yang diamanahkan dapat ditunaikan dengan jayanya. GSTT akhirnya telah "jatuh cinta" dengan dunia pendidikan, lalu berharap agar diberi kesempatan ditauliahkan sebagai guru terlatih dalam tempoh yang terdekat.
Kerjaya keguruan bukanlah tiket untuk muncul sebagai insan glamor atau senang-lenang dalam kehidupan. Sebagai kakitangan awam, guru terikat kepada ikrar mendahulukan kepentingan (perkhidmatan) awam daripada kepentingan peribadi. Guru bukan sahaja mesti arif terhadap perintah am perjawatan awam, serta arahan perbendaharaan dan pekeliling lain yang sedang berkuat kuasa, bahkan perlu sentiasa akur.
Tidak dinafikan kedapatan juga guru yang mampu memandu kenderaan mewah ke sekolah, menggayakan busana elegan yang ditempah khas daripada butik ternama, dan menghuni banglo yang serba lengkap. Mereka datang daripada latar belakang keluarga yang berada, atau bertemu jodoh dengan pasangan yang memiliki sumber pendapatan yang moncah. Mungkin juga guru sedemikan memiliki kepakaran bidang tertentu yang mempunyai harga yang tinggi apabila dipasarkan, misalnya reka bentuk perisian manual pengurusan maklumat sekolah yang boleh dijual ke seluruh negara, dengan restu kementerian.
Pengurangan beban kerja berasaskan kertas (working paper) digantikan pula dengan pelbagai borang data dalam talian. Dengan bilangan kaum guru yang sudah mencecah angka 400,000 orang di seluruh negara, isu-isu naik pangkat, faedah saraan dan kebajikan makin rencam. Kaum guru juga telah membentuk satu kumpulan kuasa ekonomi pertengahan yang menjadi sasaran para peniaga dengan pelbagai bentuk skim dan tawaran yang menggoncang kantung mereka yang bersaiz sederhana itu.
Peranan guru sebagai pembekal dan penyampai maklumat masih belum berakhir sepenuhnya walaupun dalam era digital maklumat di hujung jari ini. Guru masih membawa imej perpustakaan hidup dan ensaiklopedik atas keupayaan memisahkan status ilmu pengetahuan tulen dengan pesona-pesona yang tidak tentu hujung pangkalnya. Kalau tidak demikian, tentulah budak-budak hanya perlu duduk di rumah menghadap skrin komputer yang dihubungkan dengan makmal pembelajaran jarak jauh dengan kawalan disiplin kendiri.
Sekolah akan kekal relevan sebagai organisasi yang memupuk pembelajaran. Belajar tanpa guru akan mudah dipesongkan oleh syaitan. Konsep menadah kitab kuning (buku teks fizikal) masih belum begitu kuno sifatnya walaupun telah muncul kaedah penyampaian dan teknologi komunikasi yang serba maju.
Guru ialah golongan yang mempraktikkan konsep cekal dan sabar sepenuhnya. Guru rela dianggap sebagai penjaga kanak-kanak besar (babby sitter) ketika kaum ibu bapa yang lain keluar bekerja. Guru sanggup berhadapan dengan seribu satu tingkah laku kanak-kanak yang menagih bimbingan, pengiktirafan, pengukuhan dan perhatian.
Kepada GSTT yang bercita-cita tinggi, demikianlah secebis diari kehidupan yang bakal ditempuhi jika kalian menetapkan pilihan kerjaya keguruan di sekolah. Pun demikian, peningkatan dalam kerjaya keguruan terbuka luas jika kalian sanggup bergerak ke peringkat yang lebih tinggi. Guru boleh memohon untuk berkhidmat di peringkat daerah (PPD), negeri (JPN), kebangsaan (kementerian) dan antarabangsa (MSD, Unesco, pegawai pinjaman di negara asing), atau mengintai peluang berkhidmat di agensi latihan kementerian seperti Institut Aminuddin Baki, institut perguruan dan lain-lain.
Terdapat juga segelintir guru yang beralih menjadi profesor ternama, usahawan yang berjaya, ahli politik terkenal, dan menceburi pelbagai bidang profesional. Pendek kata, kerjaya keguruan bukanlah jalan mati atau titik noktah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah GSTT di mana agaknya?

No comments:
Post a Comment