Pada era pengangkutan kereta api wap yang menggunakan bahan api arang batu, nama Tapah Road terkenal satu Malaya dengan stesen transit terpenting rangkaian rel di pantai barat semenanjung. Stesen kereta api Tapah Road turut menjadi antara depot gerabak dan kepala kereta api terbesar negara. Pekan Tapah Road juga sentiasa sibuk dengan kenderaan yang menghantar dan mengambil penumpang yang turun daripada kereta api.
Pemandangan di stesen kereta api Tapah Road dahulu lebih kurang sama dengan gambaran filem Kuch Kuch Hota Hai, iaitu ketika Rahul melepaskan Anjali pergi membawa remuk redam di hati akibat cinta yang tidak kesampaian. Apabila loceng dibunyikan menandakan kereta api akan tiba, suasana menjadi hiruk-pihuk antara kaum keluarga yang bersesak-sesak dengan teriakan penjual kacang dan kuih yang menjaja jualan mereka yang diisi dalam bakul. Penjaga stesen (station master) turut bersedia menukar baton yang berbentuk gari dengan pemandu kereta api sebagai sistem data cara dahulu.
Penulis blog (PB) juga memiliki kenangan peribadi di stesen kereta api Tapah Road. Suatu ketika dahulu, sebelum ditawarkan masuk ke UKM, terlebih dahulu PB ditawarkan tempat di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dalam opsyen Pengajian Bahasa Inggeris dan Matematik (Pendidikan Awal Remaja). Pengangkutan kereta api menjadi pilihan tunggal justeru bayang-bayang Lebuh Raya Utara Selatan pun belum muncul!
Kini, tiada lagi gerabak kereta api klasik, pelepasan asap yang berkepul-kepul dan hiruk-pikuk suara orang yang berurusan. Sebaliknya, tempat yang sibuk itu bertukar menjadi stor simpanan gelung-gelung kabel syarikat swasta. Tiada akses pintu masuk tanpa kebenaran khas pengurusan syarikat.
Patah tumbuh hilang berganti. Barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merosaklah badan. Tapah Road yang lama itu biarlah berlalu dengan kisah-kisah silam yang mungkin sukar dimengerti lagi oleh generasi muda sekarang.
Perkembangan dan peluasan bandar Tapah Baru berhampiran kampus terbaharu Universiti Teknologi Mara (UiTM), kira-kira 3 kilometer dari Tapah Road. Menurut seorang pesara yang ditemui di masjid, Tapah Road akan lenyap ditelan Tapah Baharu. Satu-satunya mercu tanda yang akan mengingatkan bahawa pernah wujudnya pekan Tapah Road yang sibuk ialah stesen transit kereta api laju yang menghubungkan seluruh rangkaian rel rentas benua dari Singapura hingga ke Kunming, China.
Tapah Road terpaksa beralah dan berkorban supaya pekan Tapah Lama yang lesu setelah monopoli laluan ke tanah tinggi Cameron diambil alih oleh laluan Simpang Pulai, dekat Ipoh, kembali mendapat nyawanya. Aktiviti ekonomi di Tapah, termasuk yang membabitkan masyarakat orang Asli perlu dirancakkan semula. Budak-budak kampung di Changkat Petai dan Tanjung Keramat pasti menerima tempias kejutan proses pembandaran yang pesat itu...

sebagai anak jati tapah road aku bangga tapah road menampakkan pemesatan walaupun perlahan. tapi secara jujurnya aku sukakan kedamaian desa tanpa pembangunang. Apa2 pun aku nak iklan ni, sape2 yg p uitm atau penjara atau makan angin naik ERL tak de tempat tdo, meh le tdo homestay aku depan iutm. asrini homestay 012-6542395/0175883203
ReplyDelete