Sebaik tiba di stesen kereta api Daun Hijau, Amira dan JC perlu menunggu Pak Lias, pemandu kenderaan pacuan empat roda bagi projek arkeologi Profesor Zaidah. Pak Lias bersendirian kerana Prof. Zaidah perlu menguruskan perkara luar jangkaan. Supaya tidak membazir waktu, Amira dan JC bersarapan dalam pergerakan kenderaan yang terhuyung-hayang melewati jalan yang tidak rata dan tidak berturap. Di pertengahan jalan, Pak Lias membiarkan kenderaan yang dinaiki Malique dan O'hara memintas mereka untuk menyeberang sungai. Pemandu kenderaan itu, Roslan bukan sahaja cekap memandu di permukaan jalan curam bahkan juga tahu tentang projek arkeologi di Bukit Mat Raya.
Analisis Peristiwa Penting
1 Sejurus turun daripada kereta api, Amira bergegas mengqada' (mengganti) solat Subuh di stesen Dahan Hijau.
2 Kegelisahan JC menunggu Pak Lias berpindah kepada Amira. Dia mundar-mandir di tepi rel kereta api, iaitu sesuatu yang jarang-jarang dilihat oleh JC berlaku kepada kawan baiknya itu.
3 JC berasa puas kerana dapat memprotes kehidupan keluarga ketika mengelamun sementara menunggu Pak Lias. Dia mahu jauh daripada ibu tirinya.
4 Amira dan JC bersarapan pagi nasi goreng air tangan Prof. Zaidah semasa kenderaan bergerak terhuyung-hayang. Mereka mengenepikan keselesaan untuk melayan perut yang kelaparan.
5 Pak Lias membiarkan kenderaan yang dinaiki Malique dan O'hara memintas ketika hendak menyeberangi sungai.
6 O'Hara meluahkan rasa tidak senang dengan aktiviti arkeologi di Bukit Mat Raya. O'Hara menganggapnya sebagai saingan kepada projek pencarian emas yang ditugaskan kepadanya.
Perbincangan
Watak dan Perwatakan:
1 Amira remaja yang taat (hujah: peristiwa 1)
2 Jacinta remaja yang perasa / sensitif (p3)
3 Pak Lias bertolak ansur (p5)
4 O'hara cepat berprasangka / peka terhadap saingan (p6)
Latar Masyarakat:
1 Masyarakat yang taat (p1)
2 Masyarakat yang mudah terasa / sensitif / tersinggung (p3)
3 Masyarakat yang mementingkan masa (p4)
4 Masyarakat yang bertolak ansur (p5)
5 Masyarakat yang peka terhadap saingan / masyarakat yang cepat berprasangka
Nilai:
1 Ketaatan (p1)
2 Menghargai masa (p4)
3 Bertolak ansur (p5)
4 setia kawan (p2, Jacinta sangat masak dengan perangai Amira)
Persoalan:
1 Ketaatan dalam mengerjakan suruhan agama (p1)
2 Kebijaksanaan dalam pengurusan masa (p3)
3 Bertolak ansur dalam sesuatu urusan (p5)
Pengajaran:
1 Kita hendaklah taat dalam mengerjakan suruhan agama (p1)
2 Kita hendaklah bersabar / bertenang dalam sesuatu urusan (p2)
3 Kita hendaklah berani berhadapan dengan masalah / jangan sentiasa mengelak daripada masalah (p3)
4 Kita hendaklah bijak menguruskan masa (p4)
5 Kita hendaklah bertolak ansur dalam sesuatu urusan (p5)
6 Kita janganlah cepat menaruh prasangka sebelum jelas kedudukan perkara sebenar (p6)
Latar tempat:
1 stesen kereta api Dahan Hijau (p1, p2, p3, p6)
2 di dalam kenderaan pacuan empat roda (p4)
3 berhampiran sungai (p5)
Latar masa:
1 Awal pagi (p1 hingga p6)
Elemen kbkk:
1 teknik penceritaan: imbas kembali (p3); sudut pandangan orang ketiga (keseluruhan bab)
Nota: Cara menulis latar masyarakat juga boleh merujuk kepada status usia watak, kerjaya, lokasi dan kumpulan mereka. Seorang watak sudah memadai untuk mewakili sesuatu latar masyarakat. Contohnya, masyarakat pensyarah, masyarakat pelajar sekolah, masyarakat yang bermasalah keluarga, masyarakat zaman internet, dan lain-lain. Huraian masih merujuk kepada peristiwa yang sama.

bersambung...
No comments:
Post a Comment