Monday, January 31, 2011

"LEBAH DAN MADU" SAJAK KOMSAS TINGKATAN 1 (BEE AND HONEY)

Sajak "Lebah dan Madu" dimuatkan dalam antologi Kasut Kelopak Jantung, muka surat 20. Karya Siti Zaleha M. Hashim itu mengandungi tiga rangkap Tema sajak berkisar terhadap kesedaran untuk mencontohi lebah yang sentiasa bekerjasama, dan sepakat, selain berjasa kepada hidupan lain.          


          Di pohon sana
          pada dahan pohon tualang
          lihatlah lebah-lebah
          sudah membuat sarang
          serangga yang cergas
          sentiasa hidup sepakat
          sikap yang terpuji.


Pada dahan pokok tualang, kelihatan sekumpulan lebah membuat sarang. Lebah-lebah itu menggambarkan sikap yang terpuji, iaitu sebagai serangga yang cergas dan sentiasa hidup sepakat. Dalam kata lain, tiada seekor pun yang kelihatan bermalas-malas, atau mengasingkan diri daripada kumpulan.

          Ada ratu ada pekerja
          berkumpul dan bekerjasama
          madu manisnya
          penawar penyakit manusia.


Koloni (kumpulan) lebah itu mempunyai ketua atau pemimpin, iaitu ratu lebah. Ratu yang mengatur dan mengawasi aktiviti pekerja membuat sarang dan madu. Penghasilan madu (dari bunga-bungaan terpilih) dengan rasanya yang manis, kemudian menjadi penawar (yang mujarab) bagi penyakit yang dihidapi manusia.

           Lebah-lebah
           pada dahan pohon tualang
           kau membuat aku sedar
           harus selalu berusaha
           dan meninggalkan jasa
           seperti madumu yang istimewa.

Pemerhatian terhadap lebah pada dahan pohon tualang berkenaan menyedarkan penyajak (manusia yang peka) bahawa seseorang itu harus sentiasa berusaha sehabis daya dalam sesuatu pekerjaan. Selain itu. seseorang itu juga hendaklah meninggalkan jasa sebagaimana lebah yang menghadiahi manusia dengan madu yang istimewa. Pendek kata, sifat-sifat lebah patut menjadi contoh teladan kepada manusia.

Nilai

1   kecekapan / kecergasan / ketangkasan / ketekunan (fokus / memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerja membuat sarang)

2   kesepakatan / kemuafakatan / bekerjasama / saling membantu / saling menolong (membuat sarang di dahan pokok tualang)

3   kerajinan / kesungguhan / kegigihan (dalam menyiapkan sarang dan menghasilkan madu)

4   kepatuhan / ketaatan (pekerja lebah  terhadap perintah ratu lebah)

5   kebijaksanaan (kepimpinan ratu lebah)

6   hidup berjasa (membekalkan madu sebagai penawar kepada penyakit manusia)

7   kepekaan / keprihatinan (penyajak terhadap sifat-sifat lebah yang terpuji)

Persoalan

1   Kecekapan / kecergasan / ketangkasan / ketekunan dalam melakukan sesuatu pekerjaan

2   Kesepakatan / kemuafakatan / bekerjasama / saling membantu / saling menolong dalam sebarang kegiatan / pekerjaan

3   Kerajinan / kesungguhan / kegigihan dalam menyempurnakan sesuatu aktiviti / kegiatan / pekerjaan / tugasan

4   Kepatuhan / ketaan terhadap ketua / pemimpin

5   Kebijaksanaan dalam mengatur kumpulan / organisasi / pasukan

6   Hidup berjasa sesama makhluk

7   Kepekaan / keprihatinan terhadap sifat terpuji

Pengajaran

1   Kita hendaklah cekap / cergas / tangkas / tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan

2   Kita hendaklah sepakat / bermuafakat / bekerjasama / saling membantu / saling menolong dalam sesuatu kegiatan / pekerjaan

3   Kita hendaklah bersungguh-sungguh / gigih / rajin dalam melaksanakan sesuatu aktiviti / kegiatan / pekerjaan / tugasan

4   Kita hendaklah mematuhi arahan ketua / pemimpin (dalam kumpulan / pasukan / organisasi)

5   Kita hendaklah bijak dalam memimpin (kumpulan / pasukan / organisasi)

6   Kita wajiblah hidup berjasa sesama makhluk

7   Kita hendaklah peka / prihatin / mencontohi / meneladani / meniru sifat-sifat terpuji

8 comments:

  1. cikgu boleh tak masukkan tema,gaya bahasa dan nilai dalam setiap bab...

    ReplyDelete
  2. cikgu knpe x msskkn gya bhsa skli?

    ReplyDelete
  3. cikgu,boleh masukkan sekali gaya bahasa and bentuk plus nilai????

    ReplyDelete
  4. terima kasih cikgu, saya banyak gunakan nota di blog cikgu untuk siapkan tugasan membina laman web. tapi saya tak terbitkan laman tu. saya hanya gunakan untuk tugasan sahaja. terima kasih....

    ReplyDelete
  5. salam

    gaya bahasa, insya-Allah. buat sementara rujuk tajuk "gaya bahasa dalam komsas"

    hendak terbitkan pun tidak apa, asal dinyatakan sumber ambilan blog.

    ReplyDelete
  6. TERIMA KASIH , CIKGU AZHAR........
    AI SANGAT TOLONG SAYA BUAT KERJA SEKOLAH SAYA..........
    CIKGU , TOLONG TAMBAH GAYA BAHASA SUPAYA DAPAT BUAT DENGAN MUDAH ......
    SEKIAN , TERIMA KASIH .

    ReplyDelete
  7. terima kasih banyak banyak....
    sangat membantu

    ReplyDelete
  8. harap dapat masukkan bentuk sajak........

    ReplyDelete