Bukan mudah untuk menjaga sebuah organisasi besar yang terangkum di dalamnya pelbagai kerenah dan ragam manusia, tetapi hendak dijuruskan kepada satu pencapaian. Maka, antara langkah terbaik yang dapat dilakukan ialah dengan menampilkan slogan yang boleh melekat dalam minda setiap anggota organisasi biar pun tahap penerimaannya akan berbeza-beza. Langkah Jabatan Pendidikan Negeri Perak Darul Ridzuan, menerusi pengarah barunya, Encik Mohd Rauhi bin Mohd Isa memperbaharui slogan, siap dengan lagunya sekali, tentulah membawa harapan yang tinggi agar Perak kembali ke era cemerlang dari segi pencapaian akademik sebagaimana yang pernah dikecapi dahulu.
Mengapa slogan baharu?
1 menggambarkan kejituan tekad
2 janji setia
3 keazaman tinggi
Semua tindakan yang dirancang dalam kalangan warga pendidik mencapai tahap yang perlu dalam semua bidang. Keyakinan dan komitmen melakukan perubahan adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Dukungan dan sokongan dapat digerakkan demi melahirkan generasi berkualiti masa kini dan hadapan.
Demikian penegasan Encik Mohd Rauhi seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian, 28 Januari 211, edisi Perak, PK4. Berdasarkan peningkatan yang tinggi dalam peperiksaan awam, beliau yakin bahawa momentum berkenaan dapat diteruskan dalam masa yang singkat jika dilaksanakan secara bersepadu.
Aplikasi di sekolah
Slogan tidak ubah seperti iklan yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Slogan ialah luahan berbentuk retorik yang disusun daripada kata-kata pilihan yang dapat menangkap imaginasi sasaran. Dari segi etimologi (asal usul kata), slogan berasal daripada perkataan slogorn yang dikaitkan dengan ketenteraan (lihat Wikipedia).
Slogan juga ialah moto yang akan diulang-ulang sebagai penyataan sesuatu idea atau tujuan. Apabila kerap diulang-ulang, slogan diharapkan akan kekal dalam ingatan sasaran. Walaupun ada pihak yang menganggap bahawa slogan tidak lebih sebagai lip service, telah terbukti bahawa semua organisasi yang berjaya selalu membangga-banggakan slogan mereka.
Di peringkat negeri, JPN ialah bapa kepada keluarga sekolah. Lantaran itu, sebagai anak, pihak sekolah mesti akur dengan kehendak dan hala tuju yang ditetapkan oleh pihak JPN. Memang ada strategi peringkat dalaman, tetapi masih perlu sejajar dengan ketetapan JPN.
Sekolah dikelolakan mengikut rentak JPN. Slogan kecemerlangan JPN ialah penegasan semula idea kecemerlangan yang sentiasa dilaung-laungkan. Warga sekolah mesti sanggup melakukan perubahan kerana jika masih selesa dengan status quo, pencapaian juga akan kekal di takuk lama...

No comments:
Post a Comment