Sinopsis
Dalam kesibukan persediaan pertengahan tahun dan pertandingan pidato, Iman tidak menerima e-mel ibunya. Iman juga dengan tegas menolak kata dua Linda supaya menarik diri daripada pidato menyebabkan Linda menolaknya jatuh dari tangga di sekolah. Mohana membantu Iman, sedangkan Adif juga ada di situ. Iman mahu mendiamkan perkara itu daripada nenek dan guru disiplin. Adik bongsu Ruhaida, Pak Su Razlan baru balik dari New Zealand. Dia terlepas cakap dengan Iman bahawa dia berjumpa kak ngahnya (ibu Iman, Ruhaida) mesra dengan "Albert" di sana menyebabkan Iman terasa. Datuk dan nenek sependapat bahawa keptusan tentang jodoh biarlah dibuat oleh Yusri dan Ruhaida sendiri. Iman pula seakan-akan merajuk dengan sikap ibu bapanya, sebaliknya mahu menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan pidato. Iman balik lewat sedikit kerana menemui Cikgu Julia. Usai makan, barulah perbualan dimulai. Cikgu Julia memberikan pandangan yang matang tentang ayah ibu Iman, serta mahu Iman menghormati segala keputusan mereka. Iman akur bahawa dia tidak boleh berburuk sangka, sebaliknya menjadi anak solehah. Di rumah, Iman dikunjungi Zulkarnain dan Adif. Adif mahu meminta maaf, sambil memberitahu bahawa ibunya (Sofia) sedia berkorban untuk kebahagiaan dirinya. Berita itu melegakan Iman...
Perbincangan Peristiwa penting
1 Iman bertegas menolak permintaan Linda supaya dia memberi laluan kepada Linda sebagai wakil sekolah untuk pertandingan pidato. Iman tidak gentar dengan gertakan Linda walaupun akhirnya dia ditolak jatuh dari tangga.
Watak: Iman Zulaikha
Perwatakan: Tegas / berani / berterus terang
Latar masyarakat: Masyarakat yang tegas / berani / berterus terang; masyarakat murid sekolah / remaja
Nilai: Ketegasan / keberanian / terus terang
Persoalan: Ketegasan / keberanian / terus terang dalam membuat keputusan
Pengajaran: Kita hendaklah tegas / berani / terus terang dalam membuat keputusan
2 Pak Su Razlan ditegur oleh nenek (ibunya) kerana bercakap tentang kak ngahnya Ruhaida (ibu Iman) tanpa menyiasat dahulu. Perasaan Iman terguris.
Watak: Pak Su Razlan
Perwatakan: Bercakap lepas
Latar masyarakat: Masyarakat yang bercakap lepas / masyarakat pelajar universiti
Nilai: Ketelitian
Persoalan: Ketelitian dalam bercakap
Pengajaran; Kita hendaklah teliti ketika bercakap / kita janganlah bercakap lepas
3 Iman berjaya meyakinkan Pei Wen bahawa remaja juga perlu mendapatkan pandangan orang lebih dewasa. Iman memilih Cikgu Julia yang sudah dianggap bagaikan kakaknya sendiri.
Watak: Iman
Perwatakan: Bersikap terbuka
Latar masyarakat: Masyarakat yang bersikap terbuka
Nilai: Keterbukaan fikiran
Persoalan: Keterbukaan fikiran dalam menyelesaikan masalah
Pengajaran: Kita hendaklah berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah
4 Cikgu Julia bersedia melayani Iman dan mendengar segala cerita. Cikgu Julia juga berjaya merasionalkan semula Iman yang tidak tenteram kerana hajatnya menyatukan ayah ibunya yang telah bercerai tampak pudar.
Watak: Cikgu Julia
Perwatakan: Penyayang / prihatin / bijak
Latar masyarakat: Masyarakat yang penyayang / prihatin / bijak
Nilai: Kasih sayang / keprihatinan / kebijaksanaan
Persoalan: Kasih sayang / keprihatinan / kebijaksanaan guru dalam membimbing emosi murid
Pengajaran: Kita hendaklah prihatin / bijak dalam membantu orang lain
5 Adif Danial datang memohon maaf atas sikapnya yang dingin terhadap Iman. Selain itu, Adif juga menghadirkan rasa gembira kepada Iman kerana rancangan perkahwinan ibunya, Sofia dengan ibu Iman, Ruhaida dibatalkan.
Watak: Adif Danial
Perwatakan: Merendah diri
Latar masyarakat: Masyarakat yang merendah diri
Nilai: Kerendahan hati
Persoalan: Kerendahan hati / kesediaan untuk memohon maaf
Pengajaran: Kita hendaklah bersedia / berasa rendah hati untuk memohon maaf

Thanks yar......
ReplyDeleteV.V Good....