Pengenalan
Puisi karya Zulfazlan Jumrah yang mengandungi empat rangkap menghiasi slot pertama daripada enam buah sajak pilihan dalam antologi Kasut Kelopak Jantung, iaitu pada muka surat 19. Secara amnya, tema sajak ialah tentang sikap manusia yang mudah lupa terhadap nikmat kesenangan yang diperoleh hinggalah nikmat berkenaan lenyap. Murid yang mempelajari sajak berkenaan diharapkan menyedari tentang jasa generasi silam, serta sentiasa bersyukur ke Hadrat Ilahi.
Analisis rangkap demi rangkap
Kian kita lupa
pada usul jerih bangsa
bila mewah harta di birai mata.
Kita makin lupa terhadap sejarah perjuangan bangsa apabila dibuai hidup mewah di hadapan mata. Kita lupa bahawa kesenangan yang dinikmati ialah atas air mata, pengorbanan dan susah payah generasi dahulu.
Kian kita lupa
pada derita moyang dahulu kala
bila asyik riak dan berbangga.
Kita makin melupakan derita dan sengsara nenek moyang kita pada zaman silam apabila keterlaluan mengkagumi diri sendiri dan bermegah-megah.
Kian kita lupa
pada azab dan seksa di sana
bila Tuhan melimpahkan kurnia.
Kita juga makin melupakan azab seksa pada hari pembalasan (akhirat) kelak. Kita terlupa untuk bersyukur apabila Tuhan melimpahkan kurnia-Nya.
Tetapi
kita hanya tak lupa
bila terlewat masa
untuk menyesali segala
terlanjur laku dan bicara
bahagia bertukar derita
gembira menjadi duka.
Ironinya, kita (manusia) tidak pula pernah lupa untuk berasa sesal apabila terlambat untuk menyedari segala kesilapan (ketelanjuran) dari segi perbuatan dan kata-kata. Pada masa itu, bahagia yang dinikmati bertukar menjadi derita, manakala gembira bertukar menjadi duka. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...

Cikgu, sajak kian kita lupa bernada sinis atau melankolik? Terima kasih!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletemelankolik lebih kepada mendayu-dayu, manakala sinis lebih kepada sindiran. Jika dideklemasikan terpulang kepada pelontar (pembaca) puisi nada yang mana satu hendak dipilih.
sajak kian kita lupa mungkin lebih sesuai dengan nada sinis (dan kesal).