Pengenalan
Bab 1 novel komsas zon utara (Perlis, Kedah, Perak dan pulau Pinang) dicetak sepanjang 16 muka surat. Subjudul "Kisah Seorang Kawan" sudah membolehkan pembaca meneka penceritaan penting permulaan karya Cikgu Zaihanim itu. Watak utama, Iman diperkenalkan seawal perkataan pertama, diikuti oleh Pei Wen pada ayat keenam (perenggan 2, ayat 2).
Watak datuk dan nenek kepada watak utama, Iman Zulikha binti Yusri muncul pada perenggan 3. Watak antagonis (penentang / penghalang / musuh / seteru / saingan watak utama / protagonis), iaitu Linda mula diperkenalkan pada perenggan 2, muka surat 2 menerusi imbas kembali watak utama. Watak ibu Iman (Ruhaida) yang berada di New Zealand, dan ayahnya Yusri mula disebut pada muka surat 4.
Permulaan novel dengan maklumat tentang watak dianggap penting bagi memancing perhatian atau mengajak pembaca supaya terus "melekat" dengan sesebuah novel hingga selesai. Kebanyakan pengarang (secara tipikal) menggambarkan watak utama / antagonis sebagai orang "baik-baik", manakala watak protagonis / penentang watak utama sebagai negatif. Begitulah yang berlaku dengan novel "Erti Sebuah Pengorbanan", teks komsas tingkatan 2 zon utara yang baharu pertama kali digunakan pada tahun 2011 ini.
Sinopsis Bab 1
Iman Zulaikha baru pulang dari sekolah bersama-sama rakan karib yang juga jirannya Pei Wen, usai menemani rakannya itu ke pasar raya.Emosi Iman sedikit terganggu dengan kerenah Linda di sekolah. Perbualan Iman dengan neneknya berkisar tentang masalah keluarga Pei Wen dan tentang ibu bapanya sendiri yang telah berpisah. Pei Wen kemudian datang ke rumah Iman dan mengadu tentang ibu tirinya lagi menyebabkan dia masih belum makan. Iman mempelawa Pei Wen makan nasi, kemudian mereka berdua mendapatkan nasihat datuk dan nenek Iman. Akhirnya, Pei Wen akur akan nasihat datuk Iman yang menyarankan Pei Wen sebagai anak supaya lebih beralah dengan ibu tirinya. Iman sendiri bimbang kalau-kalau dia mengalami nasib yang sama. Rutin Iman sebelum tidaur ialah menyemak e-mel ibunya yang belajar Ph.D di New Zealand. Iman memulakan rancangan menyatukan kembali ibu bapanya dengan memberi khabar tentang Yusri, ayahnya menerusi balasan e-mel kepada Ruhaida, ibunya itu...

Perbincangan peristiwa penting
1 Fikiran Iman terganggu dengan peristiwa sikap janggal yang ditunjukkan oleh Linda semasa
di kelas. Linda beria-ria mahu menarik diri daripada digabungkan dengan kumpulan Iman
untuk kerja kursus sejarah.
Watak: Iman Zulaikha / Linda
Perwatakan: Mudah terasa / sensitif
Latar masyarakat: Masyarakat murid sekolah / masyarakat yang mudah terasa / sensitif
Nilai: Kepekaan / keprihatinan
Persoalan: Kepekaan / keprihatinan terhadap perasaan orang lain
Pengajaran: Kita hendaklah peka / prihatin / mengambil kira akan perasaan orang lain
2 Iman mendengar segala keluhan Pei Wen tentang sikap ibu tirinya yang suka marah-marah.
Iman membiarkan Pei Wen lebih banyak bercakap walaupun sesekali Iman melontarkan soalan
yang bersifat andaian bertujuan mengajak Pei Wen menilai semula anggapannya.
Watak: Iman Zulaikha
Perwatakan: Simpati / empati / setia kawan
Latar masyarakat: Masyarakat yang simpati / mengambil berat terhadap kesusahan orang lain
Nilai: Kesetiakawanan / simpati / empati
Persoalan: Kesetiakawanan dalam hidup bermasyarakat
Pengajaran: Kita hendaklah setia kawan / simpati / empati terhadap kawan
3 Datuk berjaya memberi alasan (justifikasi) yang munasabah tentang sikap ibu tiri Pei Wen.
Datuk juga meminta Pei Wen bersangka baik, menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang
selain membantu kerja di rumah supaya dapat memenangi hati ibu tirinya.
Watak: Datuk Iman
Perwatakan: Bijak / matang / rasional / rasional
Latar masyarakat: Masyarakat warga emas / golongan orang tua / masyarakat yang bijak / matang / rasional
Nilai: Kebijaksanaan / ketelitian / kehalusan akal budi
Persoalan: Kebijaksanaan dalam menyatakan pendapat
Pengajaran: Kita hendaklah bijaksana dalam memberi pandangan
4 Iman segera membaca dan seterusnya membalas e-mel yang diterima daripada ibunya, Ruhaida. Iman mengambil kesempatan itu untuk memulakan rancangannya menyatukan semula mahligai rumah tangga ibu bapanya yang telah berkecai.
Watak: Iman Zulaikha
Perwatakan: Penyayang / Bijak
Latar masyarakat: Masyarakat keluarga yang bercerai / Masyarakat yang menghormati ibu bapa yang sudah berpisah
Nilai: Kasih sayang / kebijaksanaan
Persoalan: Kasih sayang sesama keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah menyayangi kedua-dua orang ibu bapa kita...

CIKGU TELAH MENYELAMATKAN NYAWA SAYA .SAYA RASA AMAT GEMBIRA !!!!
ReplyDelete