1 Bagi membezakan kajian mikroekonomi dengan makroekonomi, lihat beza ejaan mikro dengan makro, iaitu i dengan a. Mikro mengkaji pelaku ekonomi (isi rumah, firma) individu, manakala makro mengkaji pelaku ekonomi secara agregat (keseluruhan).
2 Kajian makroekonomi boleh diringkaskan dalam rumus: Y = C + I + G + Xn
Y = yield = pendapatan negara
C = consumption = penggunaan (dan tabungan = S = saving)
I = investment = pelaburan
G = government spending = perbelanjaan kerajaan (dan cukai = T = tax)
Xn = nett export = eksport bersih, iaitu X - M = eksport - import
[ Keseimbangan pendapatan negara boleh dianalisis berdasarkan empat peringkat sektoral:
keseimbangan Y satu sektor ==> Y = C + S }
} ekonomi
keseimbangan Y dua sektor ==> Y = C + I } tertutup
}
keseimbangan Y tiga sektor ==> Y = C + I + G }
keseimbangan Y empat sektor ==> Y = C + I + G + Xn >>> ekonomi terbuka ]

3 Secara am, matlamat makro ialah pertumbuhan tanpa inflasi dan tanpa pengangguran, serta imbangan bayaran positif.
4 Pertumbuhan terbahagi kepada:
a: pertumbuhan ekonomi: diukur oleh peningkatan aktiviti ekonomi, atau peningkatan pembangunan
berbentuk fizikal. Dari segi angka ditunjukkan oleh peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara
Kasar benar (KDNK, GDP = gross domestic product);
b: pertumbuhan kebajikan: peningkatan taraf hidup masyarakat = peningkatan pendapatan per kapita
benar = { [Ypc benar baru - Ypc benar asal] / Ypc asal } x 100%
Nota: pertumbuhan ekonomi tidak semestinya diikuti oleh pertumbuhan kebajikan disebabkan isu eksternaliti (pencemaran, kesesakan), agihan pendapatan tidak setara, komposisi dan kualiti keluaran, dll.
Nota: pertumbuhan ekonomi tidak semestinya diikuti oleh pertumbuhan kebajikan disebabkan isu eksternaliti (pencemaran, kesesakan), agihan pendapatan tidak setara, komposisi dan kualiti keluaran, dll.
5 Inflasi dianggap rendah (tanpa inflasi) jika kadarnya tidak melebihi 2% setahun
6 Tanpa pengangguran (guna tenaga penuh, full employent) berlaku jika kadar pengangguran tidak melebihi 4%
7 Imbangan pembayaran (BoP = balance of payment) positif ialah apabila X - M = +ve.
(secara am sahaja, perincian akan dibincangkan dalam bab yang khusus)
8 Pemboleh ubah makro (yang penting):
a: Tenaga buruh (TB) = jumlah penduduk dalam usia produktif (15 - 64 tahun)
= guna tenaga + penganggur (GT + UN, unemployment)
b: Guna tenaga (GT) = tenaga buruh yang berjaya mendapat pekerjaan = GT - UN
c: Penganggur (UN) = TB yang sanggup bekerja, tetapi tidak memperoleh pekerjaan = TB - GT
9 Rumus Kadar TB = [TB / penduduk] x 100%
10 Kadar Pertumbuhan TB = [TB baru - TB asal] / TB asal
11 Kadar GT = [ GT / TB ] x 100%
12 Kadar pertumbuhan GT = { [GT baru - GT asal] / GT asal } x 100%
13 Kadar pengangguran = [ UN / TB ] / 100%
14 Dasar sebelah permintaan ialah langkah kerajaan menerusi bank pusat mempengaruhi AE (perbelanjaan agregat, aggregate expenditure, aktiviti ekonomi) dengan cara:
a: dasar fiskal (mengubah-ubah G, T); G = perbelanjaan kerajaan, T = cukai;
b: dasar kewangan (mengubah-ubah bekalan / penawaran wang);
c: kawalan langsung X, M ( tarif, kuota, embargo, dll )
15 Dasar sebelah penawaran ialah langkah kerajaan mempengaruhi penawaran agregat dalam negara (domestik) dengan cara menurunkan cukai input yang diimport, insentif pelaburan, galakan R & D).
Kesimpulannya, kajian makroekonomi memberi tumpuan kepada peranan kerajaan untuk mencapai semua matlamat ekonomi, di samping mengelak kesan -ve akibat peningkatan Y.

No comments:
Post a Comment