Thursday, February 3, 2011

PENYELIDIKAN KUALITATIF ANALISIS DOKUMEN (CONTENT ANALYSIS AMONG TEACHERS)

Pengenalan

Selain kajian tindakan yang mendapat tempat dalam kalangan pendidik seluruh dunia, kaedah penyelidikan yang lain masih boleh dilaksanakan. Sebagai penyelidikan berskala kecil, guru sekolah boleh menggunakan kaedah-kaedah lain seperti analisis dokumen dan kajian kes. Perkara yang akan membezakan pelaksanaan penyelidikan ialah dari segi pemilihan subjek penyelidikan, sampel dan pengumpulan data.


Pada amnya, analisis dokumen ialah pecahan kaedah penyelidikan analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunkasi yang telah dicetak, disiarkan atau digambarkan. Dalam kata lain, bahagian mesej itu dapat didengar, diperoleh dan dilihat dengan merujuk kandungan teks pada perkataan, maksud, gambar, simbol, idea, tema, atau apa-apa sahaja mesej yang telah dikomunikasikan (Sabitha Marican, 2009: 97; Babbie,2010: 332)


Takrif di atas juga disarankan oleh Fraenkel dan Wallen (1993:389): 

Document analysis is just what its name implies – the analysis of the written or visual contents of a document. Textbooks, essays, newspapers, novels, magazine articles, cookbooks, political speeches, advertisements, pictures – in fact, the content of virtually any type of written or visual communication can be analyzed invarious ways. A person’s or group’s conscious beliefs, attitudes, values, and ideas are often revealed in the document they produce.  

bersambung...

Fraenkel, Jack R. & Wallen, Norman E.:1993. How To design and Evaluate Research in Education. New York: McGraw-Hill

1 comment:

  1. Blh saya tahu takrifan yang cikgu gunakan diambil drpd mana utk sy lengkapkan takrifan bagi assigment saya

    ReplyDelete