Saturday, February 12, 2011

"PERTANDINGAN" BAB 4 ERTI SEBUAH PENGORBANAN (THE WINNERS NEVER QUIT)

Sinopsis


Pertarungan maruah (pidato) antara Iman dengan Linda tiba juga. Sementara Pei Wen dan Zulkarnain tercari-cari kelibat Adif Danial, Iman pula mengharapkan kehadiran Yusri, ayahnya. Linda tampil dengan hujah-hujah yang bernas, serta mendapat tepukan gemuruh. Kemunculan Yusri sebaik Iman naik ke pentas menyuntik semangat luar biasa gadis cilik itu. Setelah Iman diisytiharkan sebagai pemenang, Iman memperkenalkan Yusri kepada tiga sahabat karibnya. Demi bertemu mata, kedua-dua Yusri dan Adif Danial menjadi serba tidak kena, apatah lagi Danial enggan menyambut salam Yusri bahkan terus meminta diri. Ketika Iman hendak mengucapkan terima kasih, Cikgu Julia terus memberi kata-kata dorongan supaya Iman mara hingga ke peringkat negeri. Sementelah Linda yang ditemui menuntut dia diberi tempat mewakili sekolah walaupun telah tewas. Di kamarnya, Iman membalas e-mel ibunya sambil menyelitkan harapan agar keluarga mereka kembali bersatu. Malah, ketika makan malam bersama-sama Yusri, Iman sengaja cuba memancing kenangan detik bahagia dengan pakaian ungu sedondon, tetapi Yusri cepat-cepat menepis cerita lama. Iman yang sebaliknya tersandar di kerusi sebaik Yusri mengatakan dia menemui pengganti Ruhaida, iaitu ibu tunggal bernama Sofia yang juga ibu kepada Adif Danial. Iman hilang selera berhadapan dengan kekusutan dan kekecewaan dirinya. Setiba di rumah, Iman hanya dapat menahan pilu sebentar sahaja sebelum memeluk nenek erat-erat...

Perbincangan Peristiwa Menarik

bersambung...

No comments:

Post a Comment