Dalam kajian ekonomi 2 sektor hanya terdapat isi rumah dan firma sebagai pelaku ekonomi. Secara matematik, fungsinya boleh diringkas kepada Y = C + I
Y = pendapatan negara
C = penggunaan
I = pelaburan
C ialah bahagian Y yang dibelanjakan (untuk membeli barang dan perkhidmatan)
Tidak terdapat sektor kerajaan (G) dan sektor asing (Xn).
Secara asasnya, pelaku ekonomi akan menggunakan keseluruhan Y untuk tujuan C + I. Dalam kata lain, isi rumah menggunakan sepenuhnya Y untuk C, manakala firma menggunakan sepenuhnya Y untuk I.
Namun, dalam keadaan sebenar kedua-dua pelaku ekonomi itu akan memperuntukkan sebahagian Y untuk menabung (S). Maka Y = C + S, dan I + S.
Tabungan (S) disalurkan kepada institusi kewangan yang akan membuat I.
Keseimbangan tercapai apabila I ex-ante = S ex-ante, iaitu pelaburan dirancang = tabungan dirancang
Tabungan (S) ialah bocoran yang akan akan mengecilkan saiz aliran pusingan pendapatan jika S tidak diIkan, iaitu I < S.
No comments:
Post a Comment