Malaysia melangkah ke dekad baru 2010-an dengan keberanian mengisytiharkan sasaran negara maju berpendapatan tinggi dalam tempoh sepuluh tahun. Pendapatan per kapita negara pada ketika ini di sekitar USD7k, berbanding dengan Singapura, USD22k. Pendapatan perkapita diperoleh dengan membahagikan jumlah pendapatan negara dengan jumlah penduduk.
Walaupun pendapatan per kapita bukanlah suatu petunjuk kemakmuran yang muktamad justeru lebih bersifat agregat, sekurang-kurangnya ada petunjuk lebih baik daripada tiada petunjuk langsung. Buat masa ini, kuasa beli rakyat Singapura jauh lebih besar, dan mereka mampu memiliki hartanah bernilai tinggi di serata dunia seperti di Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Malaysia. Pemilik-pemilik kereta mewah mereka juga mampu melepaskan "geram" di rangkaian lebuh raya negara kita kerana di Singapura sukar untuk berbuat demikian.
Namun, dalam jangka panjang, seperti juga kumpulan negara yang bergelar BRIC (Brazil, Russia, China, India) yang kaya dengan simpanan galian, serta pasaran dalam negara yang besar, Malaysia memiliki banyak kelebihan berbanding dengan Singapura. Dari segi saiz wilayah daratan dan pesisir, serta kualiti modal insan, Malaysia makin meningkat, sedangkan Singapura mungkin sudah sampai tahap puncak (peak level) dan boleh dipintas dalam tempoh terdekat. Sudah tentu Singapura masih merupakan rakan dagang terbesar negara, dan kepentingan strategik bersama ini tidak akan dilepaskan.
Setelah berpisah daripada Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hampir empat dekad yang lalu, Singapura yang tidak memiliki sumber bumi yang banyak sangat bergantung kepada modal insan yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi apabila muncul sebagai pelabuhan entreport utama dunia. Mereka berjaya mengumpul margin untung yang besar apabila mengendalikan sistem perkhidmatan yang cekap dalam pergerakan sumber antarabangsa. Di samping itu, dasar pelaburan yang lebih agresif berjaya menarik kebanyakan syarikat multinasional dan kewangan menempatkan ibu pejabat serantau Asia Pasifik di sana.
Kantung perbendaharaan negara kita yang selama ini banyak bergantung kepada sumbangan Petronas dan sektor berorientasi eksport tidak mungkin kekal demikian. Peralihan kepada sektor ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi, serta pelancongan dijangka bertambah penting. Galakan terhadap usaha penyelidikan dan pembangunan (R & D) bakal menjadi pemangkin ke arah itu.
Malaysia mesti mengurangkan sedikit demi sedikit nisbah keluaran negara kasar daripada sektor asing. Negara-negara maju biasanya hanya bergantung tidak sampai 10 peratus daripada perdagangan antarabangsa. Maka, asas-asas sektor domestik seperti agihan pendapatan, kuasa beli, dan saiz pasaran perlu diberi keutamaan dalam perancangan ekonomi dalam jangka panjang.
Tapak semaian terbaik penjanaan modal insan minda kelas pertama pastinya bermula di sekolah. Generasi muda yang dipupuk dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berdaya saing ialah suatu jaminan terhadap impian menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Kemajuan yang hendak dicapai itu biarlah dalam acuan baldatun tayyibatun warabbun ghafur, negara yang makmur dengan limpahan pengampunan Tuhan...

No comments:
Post a Comment