Saturday, April 2, 2011

KAJIAN KEMBARA AMIRA BAB 12 (THE DELAYING OF TRUTH)

Pengenalan


Bab ini berkisar kepada banyak tanggapan yang separuh benar kerana kekurangan maklumat. Profesor Zaidah cuba melegakan kerisauan Ludin tentang masa depan petempatan mereka, Itai yang bertanyakan Jacinta tanpa usul periksa, dan kehadiran Malique secara tiba-tiba di Desa Karpus. Jawapan yang dicari-cari juga masih tidak kesampaian.

Analisis Peristiwa Penting

1   Rawatan (tuk batin) Ludin berjaya menyembuhkan tangan kiri Profesor Zaidah yang tercedera akibat kemalangan dalam tempoh tiga hari. Profesor Zaidah memohon maaf kerana sebelumnya ragu dengan kaedah balutan buluh itu, dan terpaksa melaluinya kerana jarak hospital yang jauh.

Watak:  Profesor Zaidah
Perwatakan:  Berterus terang
Latar masyarakat:  Masyarakat yang berterus terang
Nilai:  Kejujuran
Persoalan:  Berterus terang / kejujuran dalam berkomunikasi
Pengajaran:  Kita hendaklah berteus terang / jujur dalam komunikasi

2   Ludin sudi mendengar penjelasan Profesor Zaidah tentang kajian arkeologi mereka walaupun belum tentu dia memahaminya. Amira menyifatkan Ludin sebagai "mangsa" seperti dirinya. Itai pula mengatakan Ludin sudah terbiasa bersedia mendengar kerana sebagai Tuk Batin, Ludin sentiasa melayan aduan anak buah.

Watak:  Ludin
Perwatakan:  Pendengar yang setia
Latar masyarakat:  Masyarakat yang sedia mendengar cerita orang lain
Nilai:  Kesetiaan
Persoalan:  Kesetiaan dalam melayan percakapan orang lain
Pengajaran:  Kita hendaklah bersedia mendengar penjelasan yang munasabah

3   Bagi menebus kesilapannya bertanyakan soalan yang menyebabkan Jacinta tersinggung, Itai mengajak Amira mencari emas di hutan yang akan dihadiahkan sebagai tanda permohonan maaf. Supaya menjadi kejutan, pemergian mereka berdua tidak dimaklumkan kepada sesiapa pun, termasuk ibu Amira.

Watak:  Itai
Perwatakan:  Peka / prihatin
Latar masyarakat:  Masyarakat yang peka / prihatin
Nilai:  Kepekaan / keprihatinan
Persoalan:  Kepekaan / keprihatinan terhadap perasaan orang lain
Pengajaran;  Kita hendaklah peka / prihatin terhadap perasaan orang lain

4   Ludin cuba menyokong penjelasan teori Profesor Zaidah dengan pengalamannya sendiri  di hutan. Rusdi tertarik dengan komunikasi berlainan minda itu dengan penuh minat.

Watak:  Rusdi
Perwatakan:  Menghormati orang lain
Latar masyarakat:  Masyarakat yang menghormati orang lain
Nilai:  Hormat-menghormati
Persoalan:  Hormat-menghormati sesama manusia
Pengajaran:  Kita hendaklah menghormati orang lain tanpa mengira status

5   Malique cuba mendapatkan maklumat tentang Amira daripada Jacinta. Namun, disebabkan Malique menjawab pertanyaan Jacinta dengan soalan juga, Jacinta mulai berasa tidak selesa, serta mencari akal untuk mengenakan Malique. Apabila diperkenalkan kepada Profesor Zaidah, Malique berjaya menonjolkan dirinya sebagai kawan Amira yang boleh dipercayai.

Watak:  Malique
Perwatakan:  Tidak mudah putus asa
Latar masyarakat:  Masyarakat yang tidak mudah berputus asa
Nilai:  Tegas diri / teguh pendirian
Persoalan:  Tegas diri / teguh pendirian dalam merungkaikan kemusykilan
Nilai:  Kita hendaklah tegas diri / teguh pendirian dalam merungkai kemusykilan

No comments:

Post a Comment