Pengenalan
Kawalan monopoli ialah langkah campur tangan kerajaan menetapkan tingkat harga dan keluaran yang berlainan daripada tingkat keseimbangan MR = MC. Tujuannya untuk mengurangkan kuasa monopoli yang cenderung mengenakan tingkat harga yang tinggi daqn dengan tingkat keluaran yang rendah. Jika langkah kawalan dapat memastikan sekurang-kurangnya monopoli meikmati untung normal, subsidi kerajaan tidak diperlukan. Hanya jika monopoli mengalami untung kurang normal (rugi), baharulah kerajaan memberikan subsidi sebanyak saiz untung kurang normal yang ditanggung.
Terdapat dua kategori kawalan monopoli, iaitu secara langsung dan secara tidak langsung. Kawalan langsung dibahagikan kepada 3 langkah penetapan harga, iaitu:
1 Pulangan adil: hasil purata = kos purata (AR = AC), monopoli beroleh untung normal ==> tiada subsidi
2 Optimum sosial, beroperasi pada tingkat kecekapan peruntukan: Harga = kos sut (P = MC), untung lebih normal mengecil;
jika monopoli semula jadi struktur kos menurun, untung kurang normal ==> perlu subsidi
3 Kapasiti penuh, beroperasi pada tingkat kecekapan pengeluaran: minimum AC, atau MC = AC; untung lebih normal mengecil;

Dasar Kawalan Harga Pulangan Adil
Menerusi dasar ini, kerajaan menetapkan harga pada tingkat hasil purata sama dengan kos purata, iaitu AC = AR. Kesannya, monopoli masih menerima untung lebih normal, tetapi saiz untung yang dinikmati lebih kecil. Pengguna pula akan menikmati harga yang lebih rendah, tetapi dengan keluaran yang lebih banyak.
~~ lukis gambar rajah ~~
Sebelum kawalan, keseimbangan ialah pada titik E dengan harga Po dan keluaran Qo, dengan untung lebih normal sebanyak OPoAP1. Tingkat keseimbangan tercapai pada keluk kos purata yang sedang menurun. Maksudnya, monopoli tidak beroperasi pada tahap kecekapan pengeluaran (Minimum AC, atau AC = MC), atau tahap kecekapan peruntukan (P = MC).
Lebihan kapasiti atau pembaziran berlaku sebanyak QoQ1, menyebabkan pengguna harus membayar harga yang tinggi (Po), manakala kuantiti keluaran lebih kecil Qo. Apabila kerajaan menetapkan harga pulangan adil, AR = AC, monopoli akan hanya menikmati untung normal, iaitu kedua-dua hasil purata dan hasil purata berada pada titik A dengan jumlah hasil bersamaan jumlah kos, OP1AQ1.
Setelah kawalan, pengguna menikmati harga yang lebih rendah pada P1 dan keluaran lebih banyak, Q1. Hal ini bermakna bahawa kerajaan berjaya mencapai objektif kawalan monopoli iaitu bagi memenuhi fungsi kerajaan dalam memaksimumkan kebajikan pengguna.
Disebabkan monopoli masih menikmati untung normal, maka kerajaan tidak perlu memberikan subsidi.
Dasar Kawalan Harga Optimum Sosial (Tanpa Subsidi)
Harga ditetapkan pada P = MC, atau AR = MC. Kesannya, monopoli masih menerima untung lebih normal, tetapi saiz untung yang dinikmati lebih kecil. Pengguna pula akan menikmati harga yang lebih rendah, tetapi dengan keluaran yang lebih banyak.
Dalam kes monopoli semula jadi yang memiliki struktur kos menurun seperti firma pembekal elektrik TNB. Walaupun sebahagian keluk kos purata berada di bawah hasil purata yang bermakna berlakunya untung lebih normal pada keseimbangan, tetapi titik minimum AC, atau ketika MC memotong AC (MC = AC) berada di sebelaqh atas keluk AR.

Sebelum kawalan, keseimbangan ialah pada titik E dengan harga Po dan keluaran Qo, dengan untung lebih normal sebanyak OPoAP1. Tingkat keseimbangan tercapai pada keluk kos purata yang sedang menurun. Maksudnya, monopoli tidak beroperasi pada tahap kecekapan pengeluaran (Minimum AC, atau AC = MC).
Lebihan kapasiti atau pembaziran berlaku sebanyak QoQ1, menyebabkan pengguna harus membayar harga yang tinggi (Po), manakala kuantiti keluaran lebih kecil Qo. Apabila kerajaan menetapkan harga optimum sosial, AR = MC, monopoli masih menikmati untung lebih normal, iaitu pada tingkat keluaran Q1, hasil purata sebanyak Q1A masih melebihi kos purata Q1B. Namun saiz keuntungan sebanyak P1CDQ1 didapati lebih kecil berbanding dengan untung sebelum kawalan sebanyak PoP1AB.
Objektif kawalan tercapai kerana pengguna menikmati harga yang lebih rendah, P1 dan keluaran lebih banyak, Q1. Di samping itu, kerajaan tidak perlu memberikan subdisi kerana monopoli masih memperoleh untung lebih normal.
Setelah kawalan, pengguna menikmati harga yang lebih rendah pada P1 dan keluaran lebih banyak, Q1. Hal ini bermakna bahawa kerajaan berjaya mencapai objektif kawalan monopoli iaitu bagi memenuhi fungsi kerajaan dalam memaksimumkan kebajikan pengguna.
Disebabkan monopoli masih menikmati untung normal, maka kerajaan tidak perlu memberikan subsidi.
Dasar Kawalan Harga Optimum Sosial (Dengan Subsidi)
Dalam kes monopoli semula jadi yang memiliki struktur kos menurun seperti firma pembekal elektrik TNB. Walaupun sebahagian keluk kos purata berada di bawah hasil purata yang bermakna berlakunya untung lebih normal pada keseimbangan, tetapi titik minimum AC, atau ketika MC memotong AC (MC = AC) berada di sebelaqh atas keluk AR.
Apabila harga ditetapkan pada P = MC, atau AR = MC, monopoli akan mengalami untung kurang normal. Bagi mencapai tujuan memaksimumkan kebajikan pengguna tanpa menyebabkan monopoli mengalami kerugian, kerajaan memberikan subsidi sebanyak untung kurang normal yang dialami supaya monopoli boleh terus beroperasi. Maka, pengguna akan menikmati harga yang lebih rendah, tetapi dengan keluaran yang lebih banyak berbandingan dengan sebelum kawalan.
~~ lukis gambar rajah ~~
Sebelum kawalan, keseimbangan ialah pada titik E dengan harga Po dan keluaran Qo, dengan untung lebih normal sebanyak OPoAP1. Tingkat keseimbangan tercapai pada keluk kos purata yang sedang menurun. Maksudnya, monopoli tidak beroperasi pada tahap kecekapan pengeluaran (Minimum AC, atau AC = MC).
Lebihan kapasiti atau pembaziran berlaku sebanyak QoQ1, menyebabkan pengguna harus membayar harga yang tinggi (Po), manakala kuantiti keluaran lebih kecil Qo. Apabila kerajaan menetapkan harga optimum sosial, AR = MC, monopoli mengalami untung kurang normal, iaitu pada tingkat keluaran Q1, kos purata sebanyak Q1C melebihi hasil purata Q1D. Kerugian sebanyak P2P3CD perlu ditampung oleh kerajaan dengan memberi subsidi kepada monopoli.
Objektif kawalan tercapai kerana pengguna menikmati harga yang lebih rendah, P1 dan keluaran lebih banyak, Q1. Di samping itu, monopoli tidak perlu menghentikan operasi walaupun berada dalam keadaa untung kurang normal kerana akan diberi subsidi.
Setelah kawalan, pengguna menikmati harga yang lebih rendah pada P1 dan keluaran lebih banyak, Q1. Hal ini bermakna bahawa kerajaan berjaya mencapai objektif kawalan monopoli iaitu bagi memenuhi fungsi kerajaan dalam memaksimumkan kebajikan pengguna
bersambung...
No comments:
Post a Comment