Tuesday, May 17, 2011

PENULISAN RUMUSAN BM2 TINGKATAN 4, 5: PRINSIP DAN KESILAPAN (IDENTIFYING ERRORS IN WRITING)

Pengenalan

Di peringkat menengah atas, iaitu tingkatan 4 dan 5, rumusan bermaksud menulis sejumlah isi yang merangkumi pendahuluan, isi tersurat (dicadangkan 6), isi tersirat (dicadangkan minimum 2) dan kesimpulan. Pada keseluruhannya, jawapan rumusan hendaklah cukup 10 isi dan ditulis tidak melebihi had 120 patah perkataan. Berdasarkan jawapan murid tingkatan 5 untuk peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini, beberapa kesilapan masih berlaku dan murid mestilah mengambil tindakan segera bagi menambah baik mutu jawapan yang dipersembahkan jika berhajat mencatat markah maksimum 30. 

Bahagian Pendahuluan

Sekurang-kurangnya kata tugas dalam ayat soalan sebelum dan digantikan dengan perkataan yang setara. Murid disarankan supaya menulis pendahuluan dalam satu ayat dan satu perenggan khas. Contoh ayat soalan berdasarkan kertas peperiksaan yang disediakan oleh JPN Perak:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara mengawal kandungan gula dalam tubuh badan dan manfaat gula kepada setiap individu. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tumpuan jawapan ialah kepada bahagian ayat bercetak huruf tebal secara menegak sebelum dan, iaitu cara-cara mengawal kandungan gula dalam tubuh badan. Jelas bahawa kata tugas yang perlu digantikan ialah cara-cara. Maka, ayat pendahuluan boleh ditulis sebagai:

Petikan membincangkan (perkataan setara) mengawal kandungan gula dalam tubuh badan. 

Terdapat juga murid yang memasukkan sekali bahagian ayat selepas dan. Hal itu boleh dielakkan jika murid menyedari bahawa petikan ialah berkonsep tersurat, iaitu seperti yang tercetak. Bahagian selepas dan hanya merujuk kepada tugasan isi tersirat.

Bahagian Isi Tersurat

Konsep isi  tersurat ialah seperti yang tercetak. Isi bermaksud tiada huraian diperlukan. Huraian pula ialah frasa penerangan selain subjek dan predikat dalam ayat.

Kesilapan murid ialah memasukkan sekali huraian hingga mengakibatkan jumlah perkataan yang berlebihan. Contohnya ayat berikut:

Kita perlu menjauhi minuman ringan yang melambak di pasaran kerana kandungan gula dalam minuman tersebut amat tinggi. (jumlah perkataan = 16)

Bahagian isi:  Kita perlu menjauhi minuman ringan.   (jumlah perkataan = 5)

Huraian:  yang melambak di pasaran (kata pancangan yang memisahkan isi dengan huraian).

Huraian lanjut / tambahan: kerana kandungan gula dalam minuman tersebut amat tinggi. (bahagian selepas kerana ialah huraian)

bersambung...

1 comment:

  1. Nama saya Leon dari Lincoln University College, saudara boleh melanjutkan pelajaran di Lincoln University College.Saudara boleh pilih kursus-kursus Diploma yang saudara minati. Pendaftaran hanya RM500 dan boleh masuk kelas belajar. Kami boleh menolong saudara dapatkan pinjaman dari PTPTN loan nanti. Kolej alamat kita ialah:- Lincoln University College No.2 Jln Stadium SS7/15, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya. Sila hubungi saya Leon 012-6575693 untuk mendapatkan informasi kursus-kursus yang di tawarkan di college Lincoln.

    ReplyDelete